Ayam Masak Merah, Ayam Masak Merah Ala Kampung, Resepi ayam masak merah, ayam masak merah mudah,

Ayam Masak Merah Ala Kampung. 


Serius mudah, senang dan cepat nak buat. Lebih kurang macam Ayam Masak Merah versi aku. Aku suka resipi simple macam ni. Bezanya, aku guna Cili Giling Adabi dan tak masukkan herba 4 sekawan. Sebab aku tak guna cili kering biasa adalah kerana tak selesanya terkena 'pijar'. 

Ayam Masak Merah Ala Kampung

Apa itu pijar? 


Bila jari terasa panas, gatal, pedas, dan pedih selepas memotong atau mengunting cili. Inilah yang dikatakan pijar. 

Aku jumpa resipi ni di facebook Liza Idris. Nampak sedap la pula Ayam Masak Merah. Terus rasa teringin nak cuba sebab mudah dan konfem sedap bila dah masuk herba 4 sekawan tu. 

Senarai Bahan Yang Perlu Ada


BAHAN DIKISAR

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering 

BAHAN SOS

3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap 

1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit
Herba 4 sekawan 

Jom Mula Masak


Ayam Masak Merah Ala Kampung

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 

2. Satukan bahan sos di dalam mangkuk. 

Ayam Masak Merah Ala Kampung

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan 4 sekawan dan kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak. 

4. Dah pecah minyak masukkan bahan sos. Kacau hingga naik seri. 

5. Masuk 1 cawan air. Kacau. Dan biar mendidih sedikit. 

Ayam Masak Merah Ala Kampung

6. Masukkan ayam goreng. Gaul rata. Biar mesra. 

Ayam Masak Merah Ala Kampung

7. Akhir sekali tabur bawang yang dah dihiris bulat. Siap! 

Sedap di makan dengan nasi panas. Selamat menjamu selera.

18 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. menarik, lagi menarik kalau ada orang masakkan hahahaha

    BalasPadam
  2. Macam tau tau je ye hari ni sis nak masak ayam masak merah cuma plus madu je sebab madu lebah ada. Menarik.....simple je resipi ni. Thanks sis.

    BalasPadam
  3. Thank you for the recipe. Ayam masak merah is my favourite. Will try it soon.

    BalasPadam
  4. dah lama tak makan ayam masak merah. makan dengan nasi tomato sedap melantun2 haha

    BalasPadam
  5. Ok nice. Rawlins suka resipi simple-simple begini (sebab Rawlins tak kenal rempah) hahaha. Boleh la cuba dalam keadaan kita MCO nie kan

    BalasPadam
  6. Ermmm... dapnyee ayam masak merah! Resepi kita sama plk tu sis haha sure sedap ni!

    BalasPadam
  7. Sape kata masak susah kan ? Campak² je siap ha. Nanti Sal nak try la resipi ayam masak merah ni sebab anak² suka. Bila makan nasi sure bertambah². Tq tau share resipi

    BalasPadam
  8. terimakasih berkongsi resepi. nampak mudah je rupanya nak masak ayam masak merah nie. nanti nak cuba jugaklah

    BalasPadam
  9. Sedapnya ayam masak merah. Dah lama tak makan. Selalu makan bila ada kenduri kahwin je. Haha.

    BalasPadam
  10. Rumah Sis ni, kalau tang masak merah, Yana anak Sis aje, dia teror dan sedap.. Sis buat tak sesedap macam anak buat.. nanti boleh try resepi ni..

    BalasPadam
  11. Uishhh!Ayam masak merah ni memang my favorite bah! Sure ambik lauk ni if go makan kat luar! Boleh la try this at home since memang masak kat rumah sejak PKP... (Y)

    BalasPadam
  12. Favourite ni. Marina suka sangat makan ayam masak merah, lagi2 dengan nasi tomato. Fuhhh. Boleh cuba resepi kak eiza plak lepas ni.

    BalasPadam
  13. Nasib baik nampak post ni harini, boleh la buat ayam masak merah untuk lunch kejap lagi.

    BalasPadam
  14. Kita pun baru masak Ayam masak merah ala-ala kenduri. Tq sharing resepi nanti nak try follow resepi ni pulak. Sedap menyelerakn.

    BalasPadam
  15. Sedapnyaaaa lama x makan ayam masak merah. Anak2 mmg suka hidangan ini

    BalasPadam
  16. wow you made me so hungry now! The chicken looks so delicious! I want to try make it tomorrow too

    BalasPadam
  17. Sis Terliur! hahaha lauk simple tapi memang ngam dengan tekak Malaysia ni. Nanti sis nak try out this recipe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama