Tips beg Original vs Fake

Memang rasa ralat sangat bila dah tertipu dengan mereka yang tak jujur. Harga dan barang yang dipamerkan original. Tapi bila dah sekian lama pakai, tiba-tiba satu hari tu baru dapat tahu yang diri dah kena tipu.

Beg yang di pamerkan di rak pameran memang harga Original. Beg pun Ori. Tapi bila dah selesai urusan pembayaran, beg FAKE yang pembeli dapat. Tak ke setannya perangai. Kaya dengan menipu orang ni memang kesudahnya tak aman hidup. Terus rasa macam nak serkup kepala seller tu dengan beg. Ikat dan campak dalam laut. Nak menipu sangat kan.

Berikut aku kongsikan tips daripada Puan Nor Rafidah Khairuddin, Founder Sellection Online Premium Outlet. Semoga dengan ilmu yang dikongsi, kita lebih cakna dengan ready to fight untuk hak pengguna.

Tips nak tahu beg Original vs Fake

Selama 8 tahun menjadi Personal Shopper, saya terima banyak pertanyaan dan perkongsian berkenaan beg tangan Original vs Fake. Melalui pengalaman membeli, memiliki dan memerhati barangan original dan eksklusif, saya dapat kongsikan beberapa tips bagaimana untuk mengenalpasti samada beg anda original atau tipu.

Sharing is Caring
Saya berkongsi tips ini atas rasa tanggungjawab kerana sekarang banyak sindiket penipuan barangan berjenama. Penjual sering memaparkan barangan original di laman sosial tetapi bila sampai ke tangan pembeli, ia bukanlah original. Maka sebab itulah saya nasihatkan supaya kenali terlebih dahulu siapa seller anda dan buat sedikit bacaan atau review.

Jangan serkap jarang kerana bila sudah terkena, mesti sedih dan frust! Akan tetapi bermula 2017 sehingga sekarang, handbag Fake sudah sangat advance sehinggakan hampir 90% sama macam original. Maka berhati-hati dan dapatkan handbag branded hanya melalui trusted Seller, Butik atau Outlet yang sah

Perkongsian Peribadi
Ini adalah perkongsian persendirian saya dan tidak mewakili sesiapa. Tiada prejudis kepada mana-mana pihak. Semua orang punya hak untuk memakai barangan original, gred, palsu, berjenama dan sebagainya. Sekiranya ia bermanfaat boleh share untuk menambah ilmu.

Untuk pengetahuan anda, untuk barangan yang dibeli di outlet, dustbag TIDAK akan disediakan. Sekiranya ia adalah koleksi butik, dustbag akan disediakan dalam beg tangan tersebut. Paperbag juga tidak disediakan tetapi kadangkala mereka akan berikan kepada seller dengan kuantiti yang terhad (upon request).

Akan tetapi Sellection tidak mengambil sebarang paperbag dari jenama-jenama ini kerana kami ingin memberikan paperbag kami sendiri “Sellection” untuk branding/penjenamaan business kami. Pelanggan tidak harus risau tentang originaliti produk kami sekiranya paperbag dari jenama Amerika ini tidak diterima kerana produk Sellection 💯 adalah original.

Apabila pelanggan membeli dengan Sellection secara walk-in, pelanggan akan mendapat paperbag Sellection secara percuma dan apabila membeli secara online, pelanggan boleh membelinya di website.

Original VS Fake
Gambar-gambar di bawah ini saya perolehi hasil daripada rujukan sendiri dan juga gambar daripada customer yang telah mendapat beg tangan tipu (mereka telah kongsikan kepada saya).

Saya menangkap gambar-gambar ini dengan menggunakan iPhone 11, Iphone 10, Iphone X & iPhone 8 Plus untuk kualiti gambar yang jelas dan terang. Berikut adalah contoh lebih lanjut untuk evolusi dan transformasi logo dan perincian sehingga tahun 2020. Saya sediakan juga tentang ciri-ciri beg original dan beg fake. Boleh baca setiap perincian dia setiap gambar-gambar yang saya sediakan.

Kepakaran Sellection Membantu Wanita & Lelaki untuk Memiliki Barangan Berjenama yang Eksklusif Pada Harga Mampu Milik dan Pastinya Menaikkan Status Sosial dari Segi Penggayaan, Penampilan, Keyakinan & Personaliti Peribadi .

SELLECTION menyediakan pelbagai koleksi barangan yang ORIGINAL, berjenama dan berkualiti. Anda pasti tidak akan was-was membeli dengan kami. Semua item dibeli secara terus di Amerika Syarikat oleh Sellection dan kami mempunyai #TeamSellectionUS & #TeamSellectionKL

Diharap tulisan ini bermanfaat kepada semua. Kongsikan kepada famili & rakan yang suka membeli beg tangan dan barangan original!

Ikhlas
Nor Rafidah Khairuddin
Founder Sellection Online Premium Outlet

7 TIPS BEG ORIGINAL VS FAKE

Tips nak tahu beg Original vs Fake

ZIP
Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK, IDEAL, Cursive C (berbentuk lingkaran) rujuk gambar. Berikut adalah 3 jenis Zip yang digunakan pada tahun 2020.

Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilibat seperti berikut.

Tips nak tahu beg Original vs Fake

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, lambang YKK yang terletak pada zip adalah rapi. Sekali pandang boleh terus baca. Hurufnya jelas & kemas. Tulisan YKK mesti terletak dalam petak empat segi tepat. Coach menggunakan zip YKK atau IDEAL untuk beg tangan dan produk mereka.

Lihat tiga gambar FAKE yang dibawahnya. Cubaan untuk meniru lambang YKK. Tulisan yang tidak kemas dan hampir tidak kelihatan (herot dan gemuk hurufnya)

BUTANG
Tips nak tahu beg Original vs Fake

Coach sentiasa mengeluarkan model handbag yang pelbagai setiap tahun. Model handbag ada yang mempunyai butang sahaja dan mungkin menggunakan zip. Gambar dibawah ialah butang pada model handbag Town Bucket koleksi tahun 2020.

Tips nak tahu beg Original vs Fake

Perbezaan butang Original dan Fake
Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, butang beg tangan Coach mempunyai bulatan kecil di tengah dan ada tulisan "USA PAT-SERIAL NUMBER-COMAG" (Standart Stamping) yang kemas dan jelas.

Lihat dua gambar FAKE dibawah, tiada butang di tengah dan tulisan yang jelas bukan 'authentic'.

FONT DAN TULISAN
Tips nak tahu beg Original vs Fake

Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil. Tulisannya konsisten dari segi saiz dan placement.

Lihat dua gambar FAKE dibawah, anda akan dapat membezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK dicetak. Nampak huruf tidak kemas, berlapis, sekadar mencetak dan tidak jelas langsung.

Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada rantai dan zip beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.

RANTAI DAN PEMEGANG KULIT HANDBAG
Tips nak tahu beg Original vs Fake

Lihat pada gambar ORIGINAL disebelah kanan, pemegang beg tangan disalut rapi dan hampir mencengkam rantai. Begitu kemas. Berbanding dengan gambar FAKE disebelah kiri, boleh lihat rantai beg digantung sebegitu sahaja.

Coach hardware adalah material berkualiti tinggi. Ia tidak akan pudar atau terhakis untuk jangka masa yang panjang. Warna hardware mungkin berlainan mengikut model handbag.

Tips nak tahu beg Original vs Fake

Kedua-dua beg ini adalah jenis model yang sama iaitu Satchel Minetta. Jika dilihat pada pemegang beg ORIGINAL (merah), permukaan kulitnya sedikit timbul berbanding beg FAKE (putih) yang permukaan kulitnya flat sahaja.

Kualiti jahitan pada kesemua beg tangan dan produk Coach yang original sentiasa terjaga, rapi dan kemas. Jarang sekali untuk berlaku jahitan berganda ataupun benang terkeluar.

LOGO PEDATI KUDA
Logo Coach yang Original telah menampakkan transformasi hampir setiap tahun. Terdapat sedikit evolusi pada bentuk pedati kuda. Boleh rujuk gambar yang dikongsikan.

Selain dari Logo Pedati Kuda, Coach juga mempunyai variasi logo yang berbeza mengikut model barangan kulit yang mereka keluarkan. Yang pasti, untuk melihat Logo Original, kita boleh lihat secara dekat pada Logo Pedati Kuda, Huruf Coach.

Tips nak tahu beg Original vs Fake

Gambar Logo Original adalah seperti berikut, bermula dari tahun 2015 hingga tahun 2020.

Tips nak tahu beg Original vs Fake

Variasi Logo Coach sehingga tahun 2020. Model Logo untuk koleksi wanita dan lelaki.


BEZAKAN GAMBAR 'ORIGINAL' dan 'FAKE' DIBAWAH
Tips nak tahu beg Original vs Fake

Logo tulisan COACH : Anda akan nampak perbezaan dari segi kemasan font. Setiap huruf C.O.A.C.H adalah konsisten saiznya. Berbanding dengan fake, anda dapat lihat di huruf A sedikit senget dan Nampak hamper sama tetapi jelas berbeza.

Logo lambang KERETA KUDA : Untuk logo ORIGINAL, anda akan nampak perbezaan tentang perincian pada bentuk pedate dab kereta kuda. Malah kaki kuda pun anda akan nampak dengan jelas. Berbanding logo FAKE sekadar bentuk sahaja tetapi tidak rapi perinciannya. Jika lihat sepintas lalu mungkin tidak perasan tetapi jika lihat secara dekat jelas Nampak bezanya.


KEMASAN JAHITAN DAN BENTUK KULIT
Tips nak tahu beg Original vs Fake

Gambar di atas ialah beg tangan ORIGINAL. Jika dibandingkan dengan beg ORIGINAL (merah) disebelah kiri bawah, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya sedikit runcing ke bawah. 

Berbanding beg FAKE (putih) disebelah kanan bawah, kulit tidak nampak timbul dan bentuknya lebih lebar dan flat.

19 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Biasa kalau yg fake ni.. Pegang dia punya material pun boleh tau dah ke-fake - an dia ni... Yg biasa beli akan tau 😂

    BalasPadam
  2. kalau tengok mata kasar pun kadang kita boleh tau dah fake dengan original.

    BalasPadam
  3. Bagusla perkongsian ni. Baru tau apa beza yang tiruan. Kena hati2 nanti rugi je malayang duit dapat yang tak ori. So beli kat Selection je senang, konfem ori!

    BalasPadam
  4. Bagus nie sebagai panduan agar tidak terpedaya dengan jualan dalam talian yang cuba menipu. Thanks for sharing info berharga nie.

    BalasPadam
  5. Bagus kan tips dari Mem Rafidah nih , kita yang tak tahu sangat pasal barang ori dan fake pun boleh belajar. Ingatkan susah nak kenal tapi kalau kita belajar dari yang pakar hasilnya kita pun akan pandai menilai juga. Terbaikk entry nih.

    BalasPadam
  6. Memang kalau orang takpandai senang je kena tipu. Kita ni dahla penat kumpul duit nak dapat brg idaman sekali kena tipu. Sekrg kena pndai tengok tak pun beli dengan yang dipercayai

    BalasPadam
  7. Bagus juga tips ni... Sbb kadang nk beli beg branded online pun was2.. Sbb takut dpt yg fake... Kalau kedai depan mata nk check senang.. Thanks share

    BalasPadam
  8. Oh yes! Tips ni sgt berguna ye! Betul la those yang guna produk ori will understand and cepat detect if benda tue ori ke tak! my aunts both pakar in this bah!

    BalasPadam
  9. Ohhhh kita baru tahu cara nak check beg ori atau fake good sharing lah sebab kita ada plan nak beli beg baru kat mak kita heheheheh bagus boleh guna tips ini nak kena check satu persatu ni...

    BalasPadam
  10. Ohhh banyak tips berguna nak check beg yg kita beli adakah ori atau sebaliknya bagus lah berguna sebab org laki ni main beli jer hehehe mana nak tahu...

    BalasPadam
  11. Yup kalau yang guna branded dia tengok je dah tau, paling nampak tang color zip.. ori takde warna gols keemasan, dia nampak macam rosegold.. macam Sis jujurnya pemakai Coach, kadang nak beli banyak design tak mampu, so beli laa di butik design kita suka.. alah membeli memang memakai.. but sekarang suka CD heheheh..

    BalasPadam
  12. Thanks for the tips, banyak angle yang kita kena check dan tau sebelum membeli beg jenama kan.

    BalasPadam
  13. Oo macam tu ya, nk bezakan yg ori dgn yg fake. Kita tak tau la, tak pernah beli barang branded. 🤭

    BalasPadam
  14. Bagus tips ni. Biasa kalo fake ni kadang pegang je dah tau..kadang kalo teliti sikit tgk pun dah kenal bg yg dh biasa dgn jenama tu. Tp skrg aduii mmg yg buat fake ni makin teliti pulak haha

    BalasPadam
  15. Wahhh moga ada rezeki sy di masa akan datang beli coach original ni, lawa betul kemasan dia. Bole rujuk post ni nnt hehe

    BalasPadam
  16. Thank you for sharing. I'm not really expert in bags..haha

    BalasPadam
  17. thanks so much for this informative sharing, now I learn better on the differences of the fake vs original bags :D cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  18. Kalau ikutkan tak ramai yang perasan handbag ni, tapi untuk mereka yang selalu pakai jenama branded tu maybe perasan.

    BalasPadam
  19. Dulu pun tak berapa tahu, bila Men Rafidah dah explain rupanya banyak bezanya. Dah ada 2 ketul bag branded puashati pakai

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama