Bayar zakat fitrah secara online

Throwback beberapa tahun lepas, masa nak masuk ke Tesco, aku dah ternampak kaunter bayaran zakat di tepi pintu masuk. Rasa lega dan dipermudahkan urusan bab zakat fitrah. Masa tu, nak buat bayaran zakat tak semudah sekarang. Sekarang semuanya cashless, dihujung jari.

Memandangkan boleh tahan panjanglah juga barisan di kaunter zakat, aku ambil keputusan untuk selesaikan dahulu topup barang dapur.

Masa tu berbaki lagi beberapa minggu nak raya. Orang ramai dah mula membeli untuk persiapan Aidilfitri. Kelihatan beberapa mak ayah sedang ukur baju raya di badan anak. Ada yang kejar anak selepas anak dalam usia 3 tahun berlari dengan kasut raya. Tangkap dan terus masuk ke dalam troli.

Rindunya situasi sebelum Covid19 melanda.

Setelah selesai urusan di kaunter bayaran, aku terus balik. Semasa tengah drive, aku rasa serba tak kena, serba tak lengkap. Apa yang tak selesai ni? Dah sampai rumah baru teringat, zakat fitrah tak bayar.

Itu cerita beberapa tahun lepas. Berbeza dengan sekarang. Urusan bayaran zakat semakin mudah. Semuanya secara cashless. Sambil keluarkan cash di atm mesin pun boleh bayar zakat.

Bayar zakat secara online cashless

Kenapa kadar bayaran zakat fitrah berbeza-beza? 

Anak aku pernah tanya soalan ni bila dia terlihat ada 3 jenis kadar bayaran zakat fitrah. Suka aku terangkan kepada dia bahawa bayaran zakat fitrah kini mengikut harga beras yang kita makan. Macam family kita setiap bulan beli beras super special tempatan 5%, jadi bayaran zakat fitrah ialah RM7 seorang. 

Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Seorang
– Beras Super Special Tempatan 5% 

Bayaran Zakat Fitrah Rm14 Seorang
– Beras Putih Import
– Beras Perang
– Beras Pulut
– Beras Ponni
– Beras Wangi 

Bayaran Zakat Fitrah Rm21 Seorang
– Beras Merah
– beras Jepun
– Beras Basmathi

Bayar Zakat Fitrah di mesin ATM

Pembayar zakat yang ingin bayar zakat melalui ATM perlu mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di bank-bank yang terpilih ini sahaja iaitu:

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - Mempunyai Kad Smart ATM

Public Bank - Mempunyai PR Card ATM

OCBC Bank

RHB Bank

Bank Simpanan Nasional

Caranya mudah saja, untuk korang buat transaksi ketika berada di paparan skrin Mesin ATM, hanya perlu tekan ke Menu Lain-Lain dan diikuti dengan menu pembayaran bil.

Untuk pelanggan BIMB, dikehendaki terlebih dahulu mendaftar di mana-mana cawangan BIMB. Pelanggan akan diberikan "Kod Penerima" semasa pendaftaran.

Apabila ingin melakukan transaksi pembayaran zakat, pembayar perlu memilih menu "Lain-lain" diikuti dengan menu "Pembayaran Bil".

Kemudian pembayar dikehendaki memasukkan nombor "Kod Penerima" yang diberikan semasa pendaftaran.

Pemegang kad Smart ATM (BIMB) dan PR Card ATM (Public Bank) boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di mana-mana cawangan samada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pembayar zakat yang membayar melalui kemudahan mesin ATM dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.

Kempen Zakat CashLess anjuran Lembaga Zakat Selangor

Kempen Pay Smart Stay Smart

Untung jadi orang Selangor. Selesai bayar zakat, berpeluang pula memenangi hadiah melalui Kempen Zakat Cashless sepanjang bulan Ramadan 1442H. 

Kempen yang bermula pada 13 April hingga 12 Mei 2021 menawarkan hadiah utama Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN bernilai RM6,000!

Ianya bertujuan untuk menggalakkan pembayaran zakat secara atas talian. Saluran bayaran tanpa tunai 24 jam boleh diakses melalui online banking, saluran e-Zakatpay, online banking, cawangan online, mesin ATM dan e-Wallet.

Untuk menyertai kempen ini, layari: http://bit.ly/zakatcashless2021 

Untuk maklumat dan semakan lanjut, layari:


Kempen Jom Zakat Cashless

Website 

Zakat dihati

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Senang tak payah nak beratur dah.

    BalasPadam
  2. Betapa mudahnya untuk kita lunaskan pembayaran Zakat sekarang ni. Tambah di musim pandemik. Dengan berzakat, kita jugak dapat bantu golongan yang memerlukan

    BalasPadam
  3. Senang cashless ni, xd sebab x buat kan kak eiza. 👍

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama