Gangguan ketika menginap dihotel

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini, hanya 2 hari permit pergerakan dibenarkan untuk pasangan jarak jauh (PJJ). Lain macam punya debaran sebab inilah kali pertama aku melangkah masuk ke balai polis bersama borang permit pergerakan yang dah lengkap di isi dan sijil nikah. Borang tu aku download from Google je.

Sebenarnya, aku dah telefon Balai Polis terdekat terlebih dahulu untuk dapatkan kepastian dokumen apa yang diperlukan serta syarat terkini rentas negeri untuk PJJ. Terus hilang semua debaran bila Permit Pergerakan dah lulus. Tiket penerbangan Firefly dan bilik hotel untuk penginapan selama 2 hari pun dah di tempah terlebih dahulu.

Penerbangan aku sepatutnya pada jam 9:20 malam terpaksa ditangguh ke jam 10:20 disebabkan hujan lebat. Sejam lebih jugalah aku bertakafur di ruang berlepas bersama penumpang yang lain. Syukur hujan mula reda dan dari jauh dah nampak kapal terbang Firely mendarat. Aku selesa dengan Firefly sebab jarang la disaat akhir tiba-tiba penerbangan di tunda ke tarikh lain.

Dalam hujan renyai-renyai, aku sarung hoodie di kepala dan seret bagasi berjalan menuju ke kapal terbang. Ada la staff Firefly hulur payung. Aku tak nak sebab malas dan hujan pun just renyai-renyai. Redah je lah.

Alhamdulillah, kapal terbang selamat mendarat di Subang. Merasa jugalah kapal terbang bergegar kiri kanan disebabkan cuaca yang tak berapa mengizinkan. Bab cuaca ni, bukan kita boleh nak agak. Dalam dok hujan renyai-renyai dan kita sangka hujan akan berhenti, tiba-tiba dia boleh bertukar ke hujan lebat semula.

Encik Hubby dah setia menanti di pintu ketibaan. Tak sempat aku nak main hide-and-seek. Dia dah nampak kelibat aku dari jauh. Kami naik teksi untuk ke hotel. Sempat la berborak dengan uncle Ramesh yang mesra dan fasih berbahasa Melayu. Teratur susunan ayat yang digunakan. Sembang punya sembang, rupanya dia bekas tenaga pengajar. Patut la.

Tingkat 14. Dah lewat malam aku baru nak jamah dinner. Sempat la Encik Hubby ‘tapau’ Sandwich dari Subway. Jadilah. Sebab masa kat airport Penang tadi, aku baru teringat menu aku sepanjang hari tersebut ialah sandwich dan keropok lekor. Terus Whatsapp kat hubby minta dia belikan something for dinner.

Sambil makan, kami sembang isu semasa, keluarga dan apa yang terjadi sepanjang hari. Settle makan dan mandi, aku masih tak dapat lelapkan mata. Encik Hubby dah lama lena di ulik mimpi. Aku layan movie di Netflix. Best pula cerita tu. Kalau berkesempatan, boleh la aku tulis review di blog.

Lampu bilik aku off. Tinggal lampu tidur sebelah aku dan di bilik mandi yang aku biarkan terpasang. Tengah syok layan movie, tiba-tiba terdengar bunyi seperti pintu bilik air dibuka. Perlahan. Memang pintu tu berbunyi sedikit bila dibuka. Tapi rasanya aku dah tutup pintu bilik air dah tadi. Hurm... aku salah dengar kot. Aku abaikan dan sambung layan movie.

Sikit je lagi movie tu nak habis. Mata aku pun dah mula mengantuk. Dah hampir jam 1 pagi rupanya. 

Krekkkk...

Sekali lagi pintu bilik air tu berbunyi. Bunyi berkeriut pintu di buka dan di tutup perlahan-lahan. Eh eh... nak bergurau ke apa pula ni. Hilang terus rasa mengantuk aku. Mulalah aku terbayang macam-macam kemungkinan yang bakal berlaku. Aku cuba pusing badan, nak kejutkan hubby.. tapi tak boleh. Ahh.. sudah.

Aku bertenang. Tarik nafas walaupun jantung aku dah lain rentaknya. Aku pejam mata dan baca Ayatul Kursi. Dan ulang 3 kali ayat terakhir surah tersebut. Aku ulang baca sampai terbayang dalam minda huruf-huruf dengan mata masih terpejam. Setakat dengar bunyi... aku tabah lagi. Semoga terbakarlah syaitan atau jin yang ada. 

Alhamdulillah, lepas 3 kali aku baca surah tu, hati rasa tenang. Tiada dah bunyi main pintu.

Bila situasi dah tenang, sempat la aku terfikir, industri perhotelan lama tertutup buat sementara waktu disebabkan pendamik Covid-19... tak mustahil benda-benda mistik akan jadi penghuni dan singgah sebentar. Cuma terpulang pada rezeki masing-masing samada nak kena ganggu atau tak je.

Malam ke dua dah tiada sebarang gangguan. Tenang je. Best hotel ni sebab nak ke mana-mana dekat. Jimat masa dan wang. 

Hari ke2 aku menginap di hotel ni jatuh pada hari Sabtu. Siang tu ada kenduri kahwin siapa tah. Perkarangan lobi meriah dengan kaum keluarga, rakan dan sahabat handai pengantin.

Aku dan Encik Hubby keluar breakfast dan lunch ride motor. Cuaca pun elok. Tak panas terik. Kami pulang ke hotel sebelum petang sebab situasi cuaca pada ketika tu, asal petang je... mesti hujan di Selangor.

Untuk dinner, kami jalan kaki sambil pegang tangan ke shopping mall di hadapan hotel. Dalam hujan gerimis, kami lintas jalan yang tak berapa sibuk. (Sila bayangkan babak romantis.) Hope dua-dua tak demam sudah la. 

Thanks sebab singgah ke blog dan baca coretan aku kali ni. 

www.greenappleku.com

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Depa singgah kejap ja tu .. hehehe... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Tak sangka rezeki Eiza la pula nak kena ganggu. Scary la juga.

      Padam
  2. aku kena ganggu masa di cameron , masa tu boleh rentas negeri. siap rasuk anak aku jalan sambiltidur. gila! tobak dah aku tk pergi homestay

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi scary punya ujian. Homestay lagilah akak fikir berkali nak stay.

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama