Peluang kerjaya di iREHAB
Sejak pandemic Covid-19 tersebar, kita sering terbaca dan terdengar kes hilang pekerjaan dari media sosial, rakan taulan, masyarakat sekeliling dan ahli keluarga sendiri. Di kawasan tempat tinggal aku pun makin bertambah peniaga berniaga di tepi jalan. Sebelum ni tidaklah sebanyak ini. Ini menunjukkan isu hilang matapencarian memberi impak yang sangat serius. Semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki buat mereka dan kita.


Tawaran Latihan dan Peluang Pekerjaan di iREHAB 

Buat anda yang tercari pekerjaan dan berminat menjaga warga emas, mungkin peluang kerjaya ini anda patut cuba. Kerjaya sebagai Caregiver / Penjaga terlatih di iREHAB. Tugas utama menjaga warga emas dan bekas pesakit strok. Samada berpengalaman ataupun tidak dalam menjaga warga emas, iREHAB akan membantu melalui latihan yang ditawarkan. 

Kursus Latihan dan Bayaran 

Kursus atau latihan penjagaan ni tak lama, cuma satu hari sahaja. Dan apa yang menarik, kursus yang ditawarkan ni bukan sahaja belajar secara teori tetapi jugak praktikal atau hands-on di iCenter atau jugak iHome. Jadi anda akan praktikkan apa yang dibelajar semasa kelas teori di kelas praktikal. 

Bayaran kursus cuma RM70 sahaja. Dan sebaik tamat kursus, anda akan diberi peluang untuk bekerja bersama iREHAB. Insya Allah. 

Maklumat Lanjut Mengenai Peluang Pekerjaan 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 012-9061690 atau 017-988 0324 untuk membuat temujanji atau ke laman media sosial iREHAB. 

Peluang kerjaya di iREHAB

21 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bagusnya, peluan gkeja ada je..cuma nak kerja atau tak nak. pilihan masin2

    BalasPadam
  2. thanks for sharing these employment opportunities here, it would be helpful esp for those needed a job at this juncture due to the health pandemic. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  3. macam-macam peluang pekerjaan yang dulunya jarang ada, dah banyak ada sekarang

    BalasPadam
  4. Bagusnya ada peluang kerja macam ni. Yang mencari kerja tu boleh cuba apply. Kursus semua disediakan. Bagus sangat ni

    BalasPadam
  5. Saya berminat dgn latihan tu. Sekadar menambah ilmu, suatu hari nanti mungkin berguna.

    BalasPadam
  6. Bagus adanya peluang sebegini kan. Dengan yuran berpatutan dan cuma sehari je, sesuai untuk yang masih mencari kerja atau yang menjadi caregiver untuk ahli keluarga sendiri kan

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, peluang dan ruang ada disediakan. Cuma atas perseorangan jer nak ke tak nak rebut peluang keje ini.

    BalasPadam
  8. bagusnya bila ad apeluang pekerjaan sebegini diwaktu2 memang ramai yang perlukan kerja. Bolehlah uar-uarkan pada mereka yang memerlukan nnti :)

    BalasPadam
  9. Siapa yang cari kerja hari itu boleh la try mohon ni.. Moga ada rezeki..

    BalasPadam
  10. Bagus initiative dari irehab ni.. boleh train new caretakers and at the same time, growing their business in near future...

    BalasPadam
  11. Jarang-jarang ada peluang pekerjaan sebegini kann.. bagus bagi mereka yang suka cari pengalaman yang lain dari lain, sambil bekerja, sambil beramal gak tu sebab melayan mereka tu dah macam ibu bapa kita sendiri kan..

    BalasPadam
  12. Bagus juga bila diberi peluang pekerjaan macam ni dan latihan disediakan. Cuma kerja macam ni memerlukan keikhlasan dan kena banyak bersabar menghadapi kerenah la kan

    BalasPadam
  13. satu kerjaya yang cukup mulia. teringin nak apply tapi tulah jauh pulak dari rumah. kita now dh stay Kelantan.

    BalasPadam
  14. Bagus ni sis. Sekarang ni ramai yang hilang kerja kan. Boleh lah mereka cuba peluang kerja di irehab ni. Kerja sambil beramal pada warga tua.

    BalasPadam
  15. Banyak peluang pekerjaan sekrang ada. Mana yang terkesan better grab. Yang ni pun bagus.. Ambil pengalaman kerja ni. Boleh share dengan sesiapa shaja ni

    BalasPadam
  16. bagus juga untuk yang tengah mencari kerja. Sambil bekerja, sambil berkhidmat pada masyarakat.

    BalasPadam
  17. Nice sharing, thank u untuk berkonsi info ni, saya akan share dgn keluarga & rakan yg memerlukan...

    BalasPadam
  18. Bagus bila ada peluang keje kat sini. Banyak yg kita boleh timba pengalaman dlm membantu org lain

    BalasPadam
  19. menarik ada peluang pekerjaan macam ni. disamping dapat memberi bantuan kepada org lain, dapat juga cari pengalaman

    BalasPadam
  20. Bagus untuk mereka yang sedang cari kerja! Kursus pun harga berpatutan, sehari saja.

    BalasPadam
  21. Indeed this is a good opportunity for those who are looking for a job as a caregiver. The fact that training has been given makes this even better. Thanks for sharing.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama