Post Top Ad

November 22, 2020

Periuk batu granite non-stick serta bebas PFOA dari KayuHome. Periuk dan Wok premium di Malaysia yang menggunakan teknologi Jerman.

by , in


KayuHome Dreamial Set Asas

Peralatan memasak seperti kuali dan periuk memainkan peranan penting di dapur. Rutin memasak menjadi mudah, menggembirakan, tak ambil masa yang lama jika peralatan yang digunakan jenis tak melekat, tak hangus, selamat dan senang dicuci. Memang boleh rosak mood jika kena sental sisa masakan yang melekat sampai bersih.

Survey punya survey aku dah jatuh suka pula dekat koleksi periuk dari KayuHome. Ada pelbagai koleksi dan pilihan warna. Antara koleksi yang ada di KayuHome ialah Realcheaf, Dessini, Dremial, Wok dan Rendang bersaiz 40cm (Muat 10 ekor ayam. Puas nak merendang.)

Cantik-cantik koleksi periuk yang ada. Contoh gambar dibawah ni si DESSINI, piuk dan set sudip sama warna. Lepas masak boleh terus hidang dan snap gambar. Boleh la aku mula menabung untuk periuk idaman. 

Periuk batu KayuHome Dessini

Koleksi REALCHEF ni kalau masak Kari Kepala Ikan atau Bubur Pulut Hitam memang cantik penampilan dia di Instagram. Tapak periuk tak hitam. Masakan tak melekat di periuk dan yang paling penting, senang nak cuci. KayuHome ada juga menyediakan bayaran secara ansuran selama 3 bulan dan tanpa sebarang caj extra. Berita baik buat yang tak boleh tidur lena sebab asyik terbayangkan piuk. Hahaha... 

Periuk Batu KayuHome RealChef

Gambar yang pertama tu adalah koleksi DREAMIAL, periuk batu pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Jerman. Periuk batu ini menggunakan batu granite merah. Periuk batu ini mempunyai 4 lapisan. Periuk batu Dreamial ini bebas PFOA. Istimewanya periuk batu Dreamial dari KayuHome berbanding periuk lain adalah : 

• Bebas bahan kimia.
• Menggunakan teknologi Jerman.
• Buku manual penggunaan disediakan.
• Periuk tebal dan tahan lasak.
• Penutup kaca flat dan tebal.
• Penutup dilitupi silikon dan selamat digunakan.
• Penutup mempunyai auto tiub, memudahkan wap keluar semasa memasak.
• Warna yang menarik (wine red).
• Handle periuk jenis bakelite (tahan panas). Kebiasaannya, apabila korang tengah memasak, korang akan menggunakan kain untuk memegang pada pemegang pada periuk sebab panaskan? Tetapi periuk batu Dreamial korang boleh pegang handle dia sahaja tanpa menggunakan kain.
• Anti calar, anti lekat dan mudah dicuci.
• Saiz periuk sesuai untuk kegunaan harian.
• Sesuai untuk semua jenis dapur (dapur elektrik dan dapur gas). Periuk batu ini direka dengan induction untuk kegunaan dapur elektrik, menjadikan masakan korang cepat dimasak, mudah dan selamat.

Wok KayuHome saiz 32cm

WOK KayuHome (32CM) ini berwarna hitam. Warna yang nampak mewah. Tak melekat dan senang dicuci. Pemegang wok yang tahan panas. Sesuai untuk kegunaan harian. Nak masak masakan berkuah dan goreng pun senang ni. Kotak eksklusif, sesuai dijadikan hadiah buat aku. Eh…

Periuk Batu KayuHome Rendang

Si RENDANG ni pula memang buat mak aku happy kalau aku hadiahkan. Sebab setiap kali bila tiba Hari Raya, memang mak suka masak rendang dalam portion yang banyak. Selain untuk makan kami sekeluarga, mak akan sedekahkan juga buat adik beradik dan sahabat handai. Memang laku keras la rendang mak. Apa keistimewaan periuk rendang ni?

• Periuknya tebal
• Saiz 40 cm. Muat kalau korang nak masak 10 ekor ayam.
• Menggunakan teknologi dari Jerman
• Setiap pembelian korang akan dapat pemegang silikon dan penghantaran percuma!
• Boleh bayar ansuran. Harga ansuran sama harga beli cash!

Dan sebelum beli pastikan tidak terbeli barang tiruan. Memang banyak kes periuk tiruan. Claim ada itu ini. Bebas itu dan ini. Tapi hakikatnya bahan yang merbahaya yang digunakan. Kesannya berbalik kepada pengguna.

Bahaya Periuk Yang Mengandungi PFOA 

Apa itu PFOA? PFOA adalah singkatan daripada Perflurooctanoic Acid iaitu sejenis bahan kimia di mana terdapat periuk yang diperbuat daripada PFOA. Betapa bahayanya PFOA ini kepada kita. Antara penyakit akibat memilih periuk yang mengandungi PFOA : 

• Tinggi kolestrol 
• Kerosakan buah pinggang 
• Gangguan pundi kencing 
• Kerosakan hati dan darah tinggi

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh singgah ke link sosial media atau whatsapp terus untuk pembelian.  

November 09, 2020

Peluang kerjaya sebagai caregiver atau penjaga terlatih DI iREHAB

by , in

Peluang kerjaya di iREHAB
Sejak pandemic Covid-19 tersebar, kita sering terbaca dan terdengar kes hilang pekerjaan dari media sosial, rakan taulan, masyarakat sekeliling dan ahli keluarga sendiri. Di kawasan tempat tinggal aku pun makin bertambah peniaga berniaga di tepi jalan. Sebelum ni tidaklah sebanyak ini. Ini menunjukkan isu hilang matapencarian memberi impak yang sangat serius. Semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki buat mereka dan kita.


Tawaran Latihan dan Peluang Pekerjaan di iREHAB 

Buat anda yang tercari pekerjaan dan berminat menjaga warga emas, mungkin peluang kerjaya ini anda patut cuba. Kerjaya sebagai Caregiver / Penjaga terlatih di iREHAB. Tugas utama menjaga warga emas dan bekas pesakit strok. Samada berpengalaman ataupun tidak dalam menjaga warga emas, iREHAB akan membantu melalui latihan yang ditawarkan. 

Kursus Latihan dan Bayaran 

Kursus atau latihan penjagaan ni tak lama, cuma satu hari sahaja. Dan apa yang menarik, kursus yang ditawarkan ni bukan sahaja belajar secara teori tetapi jugak praktikal atau hands-on di iCenter atau jugak iHome. Jadi anda akan praktikkan apa yang dibelajar semasa kelas teori di kelas praktikal. 

Bayaran kursus cuma RM70 sahaja. Dan sebaik tamat kursus, anda akan diberi peluang untuk bekerja bersama iREHAB. Insya Allah. 

Maklumat Lanjut Mengenai Peluang Pekerjaan 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 012-9061690 atau 017-988 0324 untuk membuat temujanji atau ke laman media sosial iREHAB. 

Peluang kerjaya di iREHAB
November 07, 2020

Rawatan susulan rehabilitasi untuk pesakit Strok dan Fisioterapi di iREHAB dengan harga pakej terendah.

by , in
iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Subang Jaya

Gelombang ke 3 Pandemic Covid19 yang kian tersebar semula hampir ke seluruh Malaysia belum menampakkan graf penurunan. Sesuatu yang tak pernah aku jangkakan. Tak pernah aku terbayang, kesan yang terpaksa di hadapi. Banyak kluster baru muncul dan hingga sampai satu tahap, aku dah malas nak ikuti perkembangan kluster terkini. 

Aku just tetap pakai mask ketika perlu keluar. Guna hand sanitiz sebelum sentuh objek di tempat awam. Dan tetap jaga jarak sosial. Elakkan berkunjung ke tempat yang ramai orang. Ini perjuangan kita sebagai rakyat dalam normal baharu kehidupan. 

Pihak hospital juga dah mula kurangkan kehadiran pesakit ke hospital. Selagi ada cara alternative lain, mereka lebih sarankan pesakit untuk guna cara tersebut. Seperti kes my mum, sepatutnya dia di masukkan ke hospital. Tetapi selepas berbincang, doctor sarankan my mum duduk di rumah, makan ubat ikut waktu yang di tetapkan dan hanya perlu hadir semula ke klinik kerajaan terdekat untuk lihat perkembangan terkini. 

iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Subang Jaya

Rawatan susulan rehabilitasi adalah satu keperluan buat pesakit strok dan pesakit yang perlu jalani rawatan fisioterapi. Ini bagi memastikan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik, membantu mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap sebaik mungkin. 

iREHAB, mereka amatlah berharap anda dapat meneruskan sesi rawatan seperti yang di syorkan kerana rehabilitasi adalah keperluan terutamanya selepas strok. Disebabkan pandemic ini, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy kerana semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa. 
iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Subang Jaya
iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah untuk anda supaya anda masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan anda. 

Anda hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital anda dengan tarikh yang anda hadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun ini. 

Makluman lanjut mengenai pakej rawatan ini, pesakit boleh rujuk di laman sosial iRehab atau terus hubungi pihak iRehab untuk membuat temujanji : 

Contact : 012-9061690/0179880324 

iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Subang Jaya 

iRehab merupakan one-stop centre (pusat sehenti) yang beroperasi di Subang Jaya. Pusat ini telah ditubuhkan pada Januari 2010. Puan Zalilah merupakan founder dan CEO bagi iRehab yang mempunyai 20 tahun pengalaman di dalam perkhidmatan rehabilitasi. IRehab merupakan pusat rawatan fisioterapi yang menyediakan rawatan susulan kepada pesakit terutamanya pesakit strok untuk membantu pesakit supaya anggota badan pulih dan berfungsi seperti sebelumnya. Antara rawatan susulan yang dijalankan di iRehab : 

• Lokomat Therapy 
• Physioterapy 
• Occupational Therapy 
• Speech Therapy 
• 24 Hours Nursing Care 
• Transportation Services 

iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Subang Jaya

Post Top Ad