McCafe Iced Latte

"Mama... sedap tak?" tanya Yaya bila dia lihat aku minum Iced Latte McCafé. Aku beli guna kupon promosi Latte Ice dari McD. Masa aku tengah beratur di drive-thru, staff McD mai ketuk cermin tingkap dan hulur kupon. 

"Akak minum kopi tak? Kalau minum ni kupon untuk akak."

Kupon Latte Ais pada harga RM3.00! Wow. Terus aku minta lagi sekeping. Dan staff tu takde masalah nak bagi untuk pengemar kopi seperti aku.

Bila tiba giliran aku, aku pun orderlah Iced Latte. Selesai order dan sementara tunggu beberapa pesanan yang tak siap, kami lepak di waiting area untuk drive-thru. Damainya tekak bila dapat teguk Iced Latte. Yaya just tengok je mama dia minum. Tanya sedap ke tak? 

"Mestilah sedap. Kalau tak sedap mama tak mintalah 1 lagi kupon." Aku fokus pada pemanduan bila pesanan kami dah dapat.

"Pahitnya! Apa mama ni..." Aku just gelak bila lihat reaksi Yaya yang pertama kali minum Latte. Sure dia ingat rasa Latte lebih kurang macam kopi yang lain. Lepas insiden tu, Yaya jadi cuak nak paw kopi aku. 

McCafe Iced Latte

Itu cerita aku beberapa bulan yang lepas. Buat pengemar kopi, ada berita best untuk korang. Sepanjang bulan Oktober ni McDonald's Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati rasa kopi McCafé berasaskan espresso yang berkualiti dengan menawarkan 100,000 Iced Latte percuma pada bulan Oktober, bersempena dengan Hari Kopi Antarabangsa. Iced Latte percuma ini adalah eksklusif melalui McDelivery.

“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmati secawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluang menikmati tawaran-tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery. Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemari rangkaian kopi berkualiti kami,” tambah Melati.

McCafe Iced Latte

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal. 

Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma.

"Di McDonald's, kami sering memperkenalkan minuman McCafé baru sebagai tambahan kepada rangkaian minuman kami supaya pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara," kata Melati.

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. wahh percuma tu...pelanggan setia wajib terjah hehe

    BalasPadam
  2. bestnya! nak buat delivery jugak la!

    BalasPadam
  3. kan iq..ingat beratur je dapat free ice latte, rupanya kena beli juga apa2 makanan.

    BalasPadam
  4. Suami suka la..anak2 pernah curi minum lepas tu terus serik.hahahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama