Malaysia Lawan Covid-19
Contoh surat yang aku kongsikan ini adalah dari Facebook Doktor Ahmad Samhan. Butirannya lebih kurang sama dengan surat yang aku beri kepada guru kelas sekolah anak aku. Aku cutikan ke semua anak ketika terdapat 1 kes Covid-19 di daerah tempat aku tinggal. Kes berpunca disebabkan menghadiri upacara keagamaan di Kedah.

Walaupun tempat tinggal pesakit jauh dari kawasan perumahan dan sekolah anak aku tiada kes Covid-19, aku tetap ambil tindakan awal demi keselamatan anak-anak. Tak semua orang nak kuarantin diri selama 14 hari dan ikut SOP. Buktinya, lihatlah akibat dari sikap sambil lewa mereka yang terlibat dengan PRN di Sabah. Terus mencanak naik kes sehingga tercetusnya gelombang ke 3.

Punca Peningkatan Kes Gelombang ke3
Dan yang paling rasa ralat bila terbaca kes yang melibatkan pelajar sekolah. Disebabkan seorang dua yang tak nak kuarantin, ambil ringan bab kuarantin walaupun tahu pasangan baru pulang dari PRN, habis satu sekolah kena swap test. Murid yang kena swap test akan pulang ke rumah. Di rumah ada keluarga. Dan keluarga akan ke tempat kerja, akan berniaga, akan ke pasaraya dan meneruskan kelansungan hidup.

Semoga anak dan keluarga terlibat dilindungi Allah dari positif Covid-19. Di bawah aku sertakan artikel penulisan Dr. Radzi Jidin di Facebook mengenai keperluan untuk menutup sekolah jika terdapat kes di sekolah terlibat.

Contoh Surat Pengecualian Hadir Ke Sekolah
Sebelum menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri melalui sidang video, saya mengadakan perbincangan bersama kepimpinan KPM mengenai beberapa perkara untuk dikemukakan dalam mesyuarat khas tersebut. Beberapa keputusan penting telah dibuat oleh mesyuarat khas pagi ini.

Pertamanya, mesyuarat bersetuju supaya KPM meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan semua sekolah di negeri Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020. Jika sebelum ini KPM telah menutup sekolah di zon merah di Sabah, keputusan hari ini membolehkan KPM menutup semua sekolah di Sabah.

Keduanya, berkaitan penutupan sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19. Dalam hantaran kali ini, izinkan saya jelaskan tentang tindakan yang diambil oleh KPM dan KKM selama ini sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. KPM dan KKM sentiasa bekerjasama rapat dalam menjamin keselamatan dan kesihatan murid yang hadir ke sekolah. Kami amat menghargai kerjasama erat ini.

Semenjak sekolah dibuka semula pada 24 Jun 2020, pemantauan rapi dibuat oleh KPM dan KKM. Sekiranya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengesan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah, PKD akan membuat analisa risiko secara menyeluruh ke atas jangkitan kes berkenaan. 

Berdasarkan analisa risiko ini, KKM melalui PKD akan mengeluarkan arahan sama ada, untuk kelas, tingkat dan bangunan ditutup ataupun keseluruhan sekolah perlu ditutup. Ada keadaan di mana hanya kelas terlibat sahaja ditutup dan ada juga keadaan di mana keseluruhan sekolah ditutup.

Penutupan ini dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengambilkira keperluan untuk pengesanan kontak rapat dan kerja-kerja disinfeksi dijalankan. 

Memandangkan terdapat trend peningkatan kes, kaedah pengurusan sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pagi ini.

Mesyuarat mengambil keputusan bahawa mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup oleh KPM untuk tempoh 7 hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM. Dalam hal ini, sekolah-sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlulah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

Merujuk kepada kes positif COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, arahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh PKD hari ini dan sekolah ditutup bermula pada 9 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

Sumber contoh surat : Dr. Ahmad Samhan
Sumber artikel penutupan sekolah : Dr. Radzi Jidin

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Nice sharingmSemoga keadaan bertambah baik

    BalasPadam
  2. sekarang banyak dah sekolah tutup .

    Tapi bagi yang sekolah tak tutup tu, lebih baik cutikan je anak . Lagi2 kalau ibu atau isteri tak kerja. Boleh jaga anak kat rumah. Bagi mak ayah yang bekerja saja untuk hantar anak ke sekolah.Kurang la sikit kerja cikgu nak awasi anak kat sekolah.

    BalasPadam
  3. Haritu cikgu fariza pun bvi jibsurat ni.. Alih2 pkpb memg cuti terus

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama