Perkara yang aku risaukan dah terjadi! Kami sekeluarga pernah bincang hal macam ni ketika duduk makan di rumah. Sambil makan sambil sembang santai tentang isu semasa.

Adakalanya pelbagai isu jugalah kami bincang. Dari isu retis, drama korea, berita, Hud makan apa
kat sekolah, kucing terbalikkan blender sebab nak tangkap cicak dan situasi terkini Covid-19. Salah seorang anak aku bertanya,

" Korang rasalah, ada tak yang akan tanggalkan gelang pink dan keluar jalan-jalan?"

" Sure ada punyalah. Sebab tu korang kena pakai mask dan jaga jarak."

" Kita tak tahu entah-entah orang kat sebelah kita  tanggal gelang pink!"

" Apa hal la depa ni. Aku SPM tau tahun ni. Ketegaq sungguh la tak nak duduk rumah. Bukan lama mana pun."

Dan apa yang kami dan rakyat Malaysia risaukan benar-benar terjadi. Baru-baru ni berita melaporkan sepasang suami isteri di tahan selepas dilihat berada dalam keadaan panik dan mencurigakan.
Hasil soal siasat, mereka mengaku menanggalkan gelang kuarantin atas alasan mengalami alahan pada kulit.

Mereka juga keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (TEMCO) melalui jalan tikus untuk membeli barang.

Aku tepuk dahi ketika terbaca berita tu. Entah ke manalah suami isteri tu dah singgah. Entah siapa pula dah terjangkit dan individu tersebut tak tahu. Balik rumah dan sebarkan pula kepada ahli keluarga, jiran dan masyarakat setempat.

Ahli keluarga ada yang akan ke sekolah, ke tempat kerja dan ke tempat awam. Dah macam cerita Zombi aku bayangkan rantaian penularan jika terjadi. Kes naya sungguh.

Tak semua orang nak patuh pada arahan. Mereka akan memberi dan mencipta seribu satu alasan jika tertangkap. Dan memang patut kuarantin di rumah dibatalkan.

Tempatkan mereka yang baru pulang dari luar negara di tempat khas selama 14 hari WALAUPUN negatif. Bukan tak ada kes, yang negatif tiba-tiba positif. Covid-19 ni virus special. Susah nak detect dia.


Kita pula tetap pakai mask, jaga jarak dan guna hand sanitizer atau kerap basuh tangan. Siapa lagi nak jaga diri dan keluarga jika bukan diri kita sendiri. Tak semua orang ada rasa tanggungjawab.

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan dan jauhi diri kita semua dari wabak jangkitan virus ini serta dipermudahkan segala urusan kita berkaitan dengan COVID-19

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Betul sebab selalu peranoid juga bila tgk org sebelah 😂

    BalasPadam
  2. Betul kakak. Sekarang ni better duduk rumah je sebab kita tak tahu. Ramai yang selfish sekarang ni

    BalasPadam
  3. Tak semua orang ada kesedaran sikap bertanggungjawab tu. Sebab tu lah kita kena jaga diri kita sendiri je.

    BalasPadam
  4. Betul la.. Sekrg tak pergi tempat sesak2.. Takut

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama