Resipi Masalodeh / Vadai Dal
Covid-19 yang melanda satu dunia memang satu ujian yang nak atau tak kita tetap kena hadapi. Kekal tabah. Kekal berjimat. Kekal keluar bila perlu.
Namun di sebalik ujian pasti terselit hikmah. Jika sebelum ini kekangan masa jadi penghalang, kini semakin ramai mereka yang duduk di rumah, sempat sediakan pelbagai menu dan kuih.

Aku juga salah seorang antara mereka. Tak pernah terfikir aku berjaya buat masalodeh atau nick name lain vadai. Selalunya aku suka beli. Sambil makan terfikir sure susah nak buat kuih ni.

Tapi bila dah tertonton Sugu Pavithra buat masalodeh di Youtube, terus aura memasak menyerang bertubi-tubi. Ambil pen, catat resipi dan terus abadikan ke blog. 

Maka pada satu hari, siaplah vadai dal atau masalodeh. Rupanya tak susah pun nak buat. Hanya perlukan plan dan kerajinan yang gitu. Kacang dal aku rendam semalaman sebab esok pagi aku dah plan nak buat.

Bahan-bahan

1 cawan dal (rendam minimum 4 jam, asingkan 2 sudu kemudian kisar halus yang lain)
1 biji bawang besar (potong kecil)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar garam
3 tangkai cili kering (potong kecil)
3 tangkai cili padi (aku tak letak)
3 tangkai daun kari (hiris)

1. Blend kacang dal yang dah direndam. Tambah sikit je air jika tak boleh blend kering. Nanti korang tapis sebab tak nak adunan vadai dal berair. Boleh berderai oii bila goreng nanti. 

Aku dah terkena. Cuma tak sempat nak snap gambar dan share ke page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official je. Panik oii. 

2. Kacang dal yang dah siap blend masukkan dalam bekas besar. Masukkan semua bahan lain. Gaul sebati.

3. Panaskan minyak. Ambil satu sudu besar dan kepal cantik-cantik. Takdelah aneh-aneh kejadian masalodeh nanti. 

4. Biar adunan garing. Warna golden. Jangan korang terburu nak terbalikkan. Kena ingat, adunan ni tak guna tepung. Hanya bergantung pada kerjasama kacang dal. 

Angkat dan letak dalam piring yang dah dilapik dengan tisu dapur. Susun lawa-lawa. Biar sejuk sikit baru makan. Sedapnya. Cuba tau resipi ni. Nanti share dengan aku gambar masalodeh/vadai dal korang. 

23 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Tengok juga video Sugu buat vadai ni..mudah je rupanya nak buat. Antara rajin dengan tak je..

    BalasPadam
  2. Ooo... Idok ler susah manapun. Boleh laaa try pani

    BalasPadam
  3. Sedap ☺️

    Jemput join segmen 👇

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
  4. Wow! Menarik. Vadai tu saya sahu dari Sugu.kalau tak tak tahu😁

    BalasPadam
  5. Suka beli and makan yang kat hospital besar melaka punya. Lama tak makan yang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah macam akak. Sebelum ni memang suka beli je.

      Padam
  6. Nampak sedap. Pandai kak eiza buat

    BalasPadam
  7. Tak pernah cuba buat sendiri lagi duk makan yang beli je. Nanti boleh cuba 😊

    BalasPadam
  8. Marsha tak pernah makan lagi vadai tapi semua cakap sedap. Boleh cuba buat sendiri nanti

    BalasPadam
  9. buleh try ni..tapi tak tahu la bilanya..hahaa..simpn resepi dlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpan tau. Nanti bila mood masak dah mai, senang sebab dah standby awai-awai.

      Padam
  10. Woww...sedap tu! Favourite Amy sefamily tu..nanti nk try buat juga la..

    BalasPadam
  11. Kita makan masalodeh mak kita buat.. Mak kita buat frozen.. Hahaha.. Tapi tgk sugu buat ok kan..

    BalasPadam
  12. Dah lama tak makan..haish..nak buat gak lah. Tengok resipi cam mudah jer

    BalasPadam
  13. Senang juga buatnye. Thanks sharing. Boleh try nanti

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama