Baru-baru ini kecoh di media sosial kes keracunan makanan di sebabkan kuih Puding Buih. Hampir 100 orang keracunan bila makan puding yang dibeli secara online. Paling ralat, ada pesakit yang meninggal dunia.

Aku pula first time baru tahu wujudnya puding tu. So aku Google resipi untuk lihat rupa dan cara. Terfikir juga punca keracunan. Mungkin puding tu dah basi. Tapi kalau basi sure ada bau.

Bila dah baca cara penyediaan... lebih kurang macam nak buat kek Japanese Cotton Cheese Cake. Putih telur dipukul hingga kembang dan bertanduk (adunan tak jatuh jika diterbalikkan mangkuk).

Bezanya selepas selesai semua proses, cake akan dibakar. Puding pula, campuran agar-agar yang dah sejuk di campur dengan putih telur tadi, kukus sehingga masak dan sejukkan.

Bila berhadapan dengan menu yang menggunakan telur ni, perlu diketahui telur yang tidak dimasak atau tidak dimasak dengan sempurna mengandungi Salmonella. 

Dan ini tidak digalakkan dan tidak boleh terutama untuk golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.

Bagi aku lah, kalau teringin nak makan... lebih baik buat sendiri. No kompromi dalam bab kesihatan. Tak semua orang nak periksa samada telur masih boleh guna atau tak.


Aku abadikan pesanan Dr Ahmad Luqman Bukhari supaya kita periksa betul-betul telur setiap kali sebelum masak. 

✔ Tolong tengok dulu tarikh pada kotak telur tu kalau ada. Make sure belum expired.

✔ Pastikan tak ada tanda keretakan pada kulit telur tu.

✔ Tak ada kesan berlendir pada permukaaan kulit telur. Kalau ada, tu tanda bakteria dah mula rosakkan telur.

✔ Kalau dekat kulit telur tu ada lapisan berdebu, maksudnya dah mula berkulat.

✔ Cuba cium dulu. Kalau ada bau busuk dan hanyir, telur tu memang confirm dah rosak.

✔ Buang telur tu kalau perasan dah ada perubahan warna pada putih telur.

✔ Sebelum pecahkan telur tu, masukkan dulu dalam gelas atau bekas berisi air. Mana yang terapung je tak turun-turun, maknanya tu telur lama. Baik buang cepat cepat dan jangan ambil risiko gunakan telur tu.

Kalau terkena jangkitan kuman Salmonella, kita mungkin boleh demam, muntah, sakit perut dan paling dasyat sampai berlaku kematian seperti yang terjadi.

Semoga perkongsian kecil ni dapat menyelamatkan banyak nyawa yang lain.

10 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Terima kasih atas tips tu. Musim PKP makan telur berlambak

    BalasPadam
  2. Telur klu nk guna first mmg kena bau dulu, cair sgt mmg point xelok.

    BalasPadam
  3. Kita pun baru tau pasl puding buih ni.. Huhuhu.. Kesian yang meninggal tu

    BalasPadam
  4. Bahaya bila jadi mcm ni kan?Good info sis.

    BalasPadam
  5. sha sebelum masak mmg pecahkan dalam mangkuk dulu😂 satu sebab takut telur busuk, satu lagi sebab nanti kulit sekali masuk dalam kuali hehehe

    BalasPadam
  6. Kannn, sampaikan ngeri plak nak makan telur...adeiii

    BalasPadam
  7. sampai meninggalkan kes ni.. .allahu..peringtn utk peniaga yg sambelewa jaga kebersihn

    BalasPadam
  8. Nak makan telur pun dah takut dah. Kena amalkan rendam telur.

    BalasPadam
  9. Thank you share tips. Rosaukan kena keracunan makanan. Kesian yang meninggal

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama