Post Top Ad

Mei 30, 2020

Jangan Cepat Judge Perkara Yang Kita Tahu Separuh Jalan.

by , in

“Mama, pompuan (Elektra) tu bodoh la. Laki (Daredevil) tu kan nak selamatkan dia dengan bapa dia. Cuma letupan tu jadi gangguan. Laki tu terlepas nak tangkap tongkat dia. Terus tercucuk bapa pompuan tu.”

“Then…” aku mencelah bagi peluang Dhiya tarik nafas. Sambung kunyah Mister Potato. Perisa regular.

“Pompuan tu ingat laki tu lah yang bunuh bapa dia. Dah tak pasal-pasal nak balas dendam. Nak bunuh orang yang bunuh bapa dia.”

Emosi sungguh Dhiya dengan situasi ketidakadillan yang terjadi. Aku hulur botol Mister Potato. Semoga kuranglah segala rasa yang tak enak.

“Ni semua kerja lelaki kepala botak tu lah.”


Komen Dhiya ketika kami sama-sama tonton movie DareDevil (2003). Movie tu dah bertahun tapi baru sekarang kami berpeluang nak tonton.

Hikmah Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Banyak masa terluang yang dapat di manfaatkan bersama keluarga.

“Begitulah kehidupan ini anakku. Berhati-hati dengan apa yang kita lihat. Walaupun ianya terjadi depan mata. Tapi detail kejadian tak kita ketahui semuanya.”

“Macam cerita ni. Dari elok mereka bersahabat. Terus jadi musuh. Sampai tahap berdendam.”

“Adakalanya situasi yang kita lihat, yang tak nampak di mata, yang kita tak tahu cerita dari A-Z, yang kita sendiri tak terfikir nak bertanya… tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Jadi jangan judge. 

Jangan ambil sikap terburu-buru. Jangan lantang sangat jari muat naik status. Jangan sikit-sikit nak saman. Menambah kerja lawyer. Akhirnya terserlah kebodohan sendiri. Menyesal pun dah tak berguna."

Panjang lebar pula nasihat aku kepada Dhiya. Terganggu jugalah emosi aku tengok movie tu. 

Koleksi dari Marvel ni memang bikin penonton tak senang duduk dibuatnya. Rasa macam kita pula nak terjun masuk dalam cerita dan betulkan keadaan.

Harapan aku, Dhiya faham la pengajaran yang dia tonton. Semoga menjadi panduan bila dia berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang tak dijangka kelak.
   
“Kena minta maaf la bila dah salah terjah, dah salah sangka.” Sambung Dhiya.

“Boleh. Dan ada yang maafkan. Tapi situasi dah tak sama macam sebelum kejadian.”

“Macam kertas. Jika dah di renyukkan, lepas tu kita betulkan semula. Dah tak cantik dah kertas tu. Dah ada kesan renyuk.”

“Oooo…”

Nota : Kredit to Google atas perkongsian gambar poster movie DareDevil.

Mei 24, 2020

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

by , in

4 hari sebelum Aidilfitri, aku ke Tesco. Tesco mana? Biarlah rahsia. Yang pasti sebelum masuk ke Tesco, kena check suhu, jika sihat guna hand sanitizer dan tulis nama, nombor telefon di buku. Untuk apa? Supaya senang di hubungi jika terdapat kes Covid-19 kelak.

Selesai urusan borong barang keperluan harian untuk seminggu, masa tengah tolak troli… aku terpandang Majalah Lawak Antarabangsa. Edisi Bumper Raya pula tu! Tanpa fikir berkali-kali, aku terus beli.

Selepas beli baru aku perasan, Bumper Raya kali ni disertakan 8 keping sampul duit raya. Dan setiap satu sampul, ada sketsa raya dari kartunis terpilih. Tersenyum bila terbaca setiap idea yang tercetak di sampul. Dan tentu aku akan simpan sebagai koleksi peribadi. Manalah tahu, kelak ada yang cari dan nak beli masterpiece dengan harga berjuta. Kayo akak kayo!


Apa kena mengena Hari Raya dengan majalah dari Bekazon ni? Just terimbau detik raya aku zaman persekolahan dulu. Aku dulu dok asrama. Setiap kali nak balik cuti raya, majalah edisi Bumper inilah yang aku ternanti-nanti. Gigih kumpul duit dan beli. Bumper dari Ujang ke, Apo ke, Gila-Gila ke… semua aku beli.

Buat baca ketika lepak dalam bilik. Aku jarang layan rancangan tv time raya. Dari membaca kita dapat kenal dan tahu pelbagai ragam manusia yang ada. Dari komik juga aku belajar melukis kartun dan tiru font yang lawa-lawa. Simple je life budak-budak dulu.

Dan sekarang, hobi aku ni menjadi ikutan anak-anak. Majalah ni pun anak-anak dah ambil nombor giliran nak baca. Termasuklah Hud yang berumur 6 tahun tu. Gigih dia mengeja. Seronok dia bila dapat membaca.

Ramadan dan Syawal pada tahun ni memang istimewa. Covid-19 wujud disebabkan kerakusan manusia. Dan kesannya terpalit hingga ke satu dunia. Perginya entah bila. Tak pernah terfikir apatah lagi terbayang dugaan yang terpaksa kita semua hadapi.

The New Normal perlu aku terima untuk kebaikkan semua. Pakai mask dan guna hand sanitizer dah jadi perkara biasa. Kawal pergerakkan ketika perlu keluar. Selagi takde keperluan nak sentuh itu ini, itu yang lebih baik.

Anak-anak ada juga rindu nak jejak kaki ke mall dan hypermarket. Tapi mereka hanya mampu luahkan impian je lah. Jangan nak ngada-ngada ye.

Pagi tadi selesai sahaja solat sunat Hari Raya di rumah, kami video call bersama sanak saudara yang jauh. Mak mertua dah kesat air mata melihat gelagat anak menantu dan cucu. Ayah mertua kekal cool dan steady di sebelah mak.  

Perintah larangan rentas negeri di keluarkan demi memastikan tiada kluster raya muncul kelak. Raya tetap raya walaupun kita kekal di rumah. Stay safe dan singgah blog aku ye. ๐Ÿ˜‰  


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 


Mei 17, 2020

Cara lembutkan daging ikut tips Cikgu Ida.

by , in

Rendang dan Hari Raya mana boleh dipisahkan. Jika dipisahkan bagai ada yang tak kena rasanya di Hari Raya nanti. Gambar rendang tu hasil air tangan Adnan Ibrahim atau Che Mat Gebu. Tengok gambar pun dah tahu sedap masakkannya. Jemput singgah ke tiffinbiru.com untuk pelbagai resipi menarik.

Biasanya aku rebus dahulu daging untuk lembutkan. Bila dah lembut barulah masak menu pilihan iaitu rendang daging ke, gulai atau kari daging ke, daging masak hitam ke ataupun kerutuk daging. Nak makan pun happy je bila daging lembut elok.

Selain potong daging ikut urat, bab merebus daging pun penting. Ada yang letak sudu dan pelbagai tips agar daging lembut elok. Boleh hilang selera tau bila tergigit daging jenis kunyah 40 kali. 

Tips kali ni aku terbaca di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Terima kasih to Cikgu Ida. Nanti aku nak cuba cara ni pula.


CARA LEMBUTKAN DAGING BY CIKGU IDA

Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi. Moga manfaat untuk yang pening fikir cara nak lembutkan daging.

Cara cikgu ida nak lembutkan daging.

Selalu org rebuskan?

Tapi cikgu tak rebus.

Caranya :

1. Masukkan 2 sudu minyak dan biarkan minyak panas.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tu.
4. Cikgu gunakan api yang kuat.
5. Kacau sekali sekala daging. Masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.

Bila air dah kering maka lembutlah daging tu.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan simple je.

Senangkan nak daging lembut?

Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.

Selamat mencuba petua yang mudah dari cikgu ida.


Mei 13, 2020

Resipi Roti Puri Tanpa Yis.

by , in

Yis takde! Bertenang. Tanpa yis pun korang boleh buat Roti Puri yang cantik lagi sedap. Kredit kepada puan Pavithra atau nama Youtube dia Sugu Pavithra untuk resipi yang mudah lagi sedap.

Dalam bulan puasa ni, dah 2 kali aku buat roti puri sebagai juadah berbuka puasa. Kali pertama buat, cicah dengan kari daging. Kali ke dua buat, makan dengan sambal sardin kentang.๐Ÿ˜‹ 

Laju je anak-anak makan. Encik suami pun puji, sedap. Dia tak perlu lepak mamak dah lepas ni.๐Ÿ˜ 

ROTI PURI TANPA YIS 

3 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin/planta
1 biji telur
Sedikit garam
Air 

Dalam bekas besar... masukkan 3 cawan tepung, garam, telur dan marjerin/planta. Gaul sebati sehingga jadi serdak. 

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tak melekat di tangan dan bekas. 

Uli 10 - 15 minit lagi untuk lembutkan doh. Sambil uli aku layan tonton Pung Pang Rizalman. Seronok tengok gelagat beliau dan artis jemputan. Banyak juga tips masakan yang aku dapat. ๐Ÿ˜‰

Buat bebola kecil supaya senang nak canai nanti. Canai jangan nipis atau tebal sangat. 

Goreng di dalam minyak panas. Sambil goreng korang siram atas doh supaya roti naik kembung cantik. Tapi adakalanya dia tak nak jadi kembung. Takpe. Sedap juga di makan. 

Korang nak makan macam tu saja pun boleh. Hud makan tanpa cicah. Berkeping dia habiskan. Selamat mencuba tau. 


Post Top Ad