Post Top Ad

Mac 28, 2020

Hand Sanitizer dan Topeng Muka.

by , in

Dah plan nak keluar awal tapi dalam jam 10 pagi baru aku sampai ke Bayan Baru. Lokasi pertama yang nak aku terjah ialah ATM mesin! Hari masih awal dan tak banyak manusia kat bank.

Masa aku nak masuk ke bank, aku terpandang tingkah laku sorang yang baru keluar dari bank. Dia lumur hand sanitizer ke tapak tangan dan gosok. Eh, bank ada sediakan hand sanitizer untuk pelanggan ke? Wah, this is good.

Sebaik melangkah masuk ke bank, ligat la mata aku tercari letak duduk botol hand sanitizer tu. Selalunya botol tu ada berdekatan pintu masuk. Atau akan ada seorang yang pegang botol dan picitkan sedikit ke tapak tangan. Jarang botol tu di tinggalkan sendirian sebab konfem akan hilang. Barang HOT kot.

Sedikit kecewa sebab memang takde. Tapi takpe, aku dah standby sebotol kecil dalam poket tracksuit. Lepas keluar kereta tadi, aku dah lumur kat tangan dah.

Selesai urusan di bank, next lokasi is Georgetown Farmasi. Tak jauh dengan bank farmasi tu. Jalan kaki je untuk sampai ke sana. Niatkan bersenam masa berjalan. Masa parking kereta tadi aku dah nampak orang dah mula beratur di luar farmasi.

Pita pelekat warna merah terlekat di lantai sebagai tanda ‘Sosial Distancing.’ Hanya 3 pelanggan di benarkan masuk untuk satu masa. Masa aku dok terjegat kat luar tunggu giliran, staff farmasi tanya, aku nak beli apa? Kalau setakat nak beli topeng muka, tak perlu masuk. Pekerja akan ambil, korang bayar dan balik. Sorang hanya di benarkan beli 1 pack je. 1 pack ada 5 keping dengan harga RM10.

Disebabkan aku nak borong vitamin, ubat-ubatan dan hand sanitizer… aku di benarkan masuk. Yeay! Sebelum masuk, kena tembak di dahi (cek suhu demam ke tak). If sihat baru boleh masuk. Dan kena guna hand sanitizer yang dah di sediakan. Jenis air dan aku suka.

ALCO Pro Hand sanitizer 500ml RM35.00. Aku ambil 2 botol. Balik rumah nanti aku nak isi dalam botol kecil yang ada penutup spray tu. Habis nanti boleh refill. Dan botol ni semua kena simpan di tempat yang selamat. Untuk elakkan anak buat main benda must have ni.


Disinfectant Spray (macam spray Dettol tu) RM39.90. Saiz sembur nyamuk botol besar. Aku ambil 1. Untuk spray aku eh.. spray kasut, shopping bag, bonet kereta, dalam kereta, sangkar kucing (pastikan keluarkan dulu kucing korang), dan dalam rumah pun boleh. Biar mati apa-apa virus yang ada.

Next detinasi ialah Guardian. Guardian tengah buat sales sempena minggu gaji. Harga boleh lari baget kalau jiwa tak kental. Aku masih kuat jati diri dan sedar diri. Beli hanya yang perlu dan no panic buying.

Guardian ni terletak dalam Giant. Panjang jugalah barisan manusia yang nak masuk ke Giant. Mungkin hanya beberapa jumlah sahaja yang di benarkan untuk satu masa tertentu. Aku tak terasa nak masuk ke Giant. Setakat Perintah Kawalan Pergerakkan ni, aku dan Encik Hubby pilih kedai runcit untuk beli beras, minyak masak, telur dan barang keperluan harian.

Pilih untuk pergi awal pagi untuk jaga jarak antara satu sama lain. Senaraikan apa yang perlu di beli supaya kita tak lama berurusan di luar. Stay safe dan duduk di rumah. Bersama kita selamatkan Malaysia. Sudi-sudilah singgah ke blog aku ye.

Thanks.

Post Top Ad