Mengantuknya Mumia Didi & Friends

WOW! Dan tahniah buat team Didi & Friends. Tapi memang best lagu ni. Catchy. Aku sendiri pun terikut nyanyi lagu ni bila Hud ajak join dia. Dan sebagai mama yang prihatin, takkan aku nak hampakan permintaan Hud yang tak seberapa tu.

Masa first time Hud terdengar lagu ni, terkekeh-kekeh dia gelak. Layan dia tengok aksi Mumia yang super comel dan kiut tu. Mumia tu mengantuk, jalan pun dah tak bermaya giler. Misinya ialah mencari katil yang sesuai dengan saiz dia. 

“Ouch ouch ouch… 

tak boleh tidur… 

tak boleh… 

itu Squarewolf punya…”

Dua kali Mumia tu tersilap katil sebelum jumpa katil dia. Jujurnya, suara Mumia tu yang comel dan tersendiri. Setiap malam sebelum tido, Hud mesti minta nak tengok lagu ni kat Youtube. 

Esoknya, dia dah hafal lagu ni. Siap nyanyi kata abah dia true video call di WhatsApp. Hurm.. bukan Hud saja dah tersampuk, kakak dan abang Hud pun dah terkena juga. Dan bila aku baca komen di Youtube Didi & Friends, ramai jugalah yang dah tersampuk dengan Mengantuknya Mumia. Dari pelajar sekolah, hinggalah ke pelajar universiti dan mak bapa budak. 

Ada sekali tu, masa tu aku sekeluarga tengah family dinner di Seoul Garden. Hud dah habis makan sepinggan nasi goreng dan semangkuk ais cream. Boleh pula dia nyanyi lagu viral ni sementara tunggu kami habis makan. Tau lah perut kecik tu dah kekenyangan, tapi bagilah can mama abah, kakak dan abang kunyah makanan dengan tenang.

Itulah sedikit kenangan kami dengan lagu viral ni. Korang pula macam mana? Sure ada kenangankan. Mai share ngan aku kat ruang komen. Aksi Hud di Seoul Garden ada aku share di Instagram.

Lirik lagu Mengantuknya Mumia 
- Didi & Friends -

Hooo… nak tidur mana?
Hooo… nak tidur mana?

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil yang bulat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Circlestein punya
(Okay)

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil segi empat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Itu Squarewolf punya

Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur
Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur

Hooo… dah boleh tidur
Hooo… dah boleh tidur



13 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. yelah, memang syiok layan lagu tu ..hihihhihi comel btul

    BalasPadam
  2. Rawlins dapat rasakan yang anak-anak saudara Rawlins akan minta mainkan video/ lagu nie juga kelak bila Rawlins balik kampung.

    BalasPadam
  3. selalu pasang lagu didi ni untuk anak buah tapi sekarang diorang dah jemu layan didi, saya pun dah jarang update lagu baru didi ni..hehe

    BalasPadam
  4. Comes nyer Mumia nie. Nanti kita pun nak check it out at YouTube la. Thank you for sharing this information.

    BalasPadam
  5. yaaaaa lagu ni ah bukan budak je lain kita yang student pun layan stress buat assignment lagu ni jela peneman hahahaha

    BalasPadam
  6. sebenarnya saya mula-mula dengar lagu ni agak keliru dengan lirik dia, tapi bila dah ada lirik penuh diatas layan juga lagu ni... barulah boleh menyanyi bersama.. best juga lirik lagu nih

    BalasPadam
  7. Wahhh... So many viewers now!!! Maybe should add some songs like yours.. hehehe. Btw you did a great job!

    BalasPadam
  8. Lagu ni pun anak kita hafal.. Hahaha.. Macam. Mne boleh terbuat lagu ni.. Hehehe.. Comel je.. Kita pun dh ternyanyi.. Lagu didi and friends semua anak hafal

    BalasPadam
  9. disebabkan saya tiada anak dan budak2 kecil yg terdekat dengan saya baru berumur sebulan lebih, maka saya tak tahu menahu tentang didi and friends ni. hehe. tapi saya pasti nnti anak saudara saya dh besar sikit, mesti dia suka dengan lagu ni.

    BalasPadam
  10. Wahhh hebat viewnya. Tapi mmg antara sosial.media, youtube antara yg plg hebat penangannya

    BalasPadam
  11. Hahahaa.. Lagu ni memang buat kita tak lena tido tau. Anak-anak dok ulang ulang ulang ulang non stop. Kita pun dah hafal. Hahaa

    BalasPadam
  12. oh lagu didi rupanya. ada tengok orang buat troll je. hahaa. anak kita tak terjebak lagi ni.

    BalasPadam
  13. anak2 saya pun dok ulang2 ja nyanyi. haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama