Post Top Ad

November 26, 2019

Baru 3 minggu di Youtube, ‘Mengantuknya Mumia’ cecah 10 juta views!

by , in

WOW! Dan tahniah buat team Didi & Friends. Tapi memang best lagu ni. Catchy. Aku sendiri pun terikut nyanyi lagu ni bila Hud ajak join dia. Dan sebagai mama yang prihatin, takkan aku nak hampakan permintaan Hud yang tak seberapa tu.

Masa first time Hud terdengar lagu ni, terkekeh-kekeh dia gelak. Layan dia tengok aksi Mumia yang super comel dan kiut tu. Mumia tu mengantuk, jalan pun dah tak bermaya giler. Misinya ialah mencari katil yang sesuai dengan saiz dia. 

“Ouch ouch ouch… 

tak boleh tidur… 

tak boleh… 

itu Squarewolf punya…”

Dua kali Mumia tu tersilap katil sebelum jumpa katil dia. Jujurnya, suara Mumia tu yang comel dan tersendiri. Setiap malam sebelum tido, Hud mesti minta nak tengok lagu ni kat Youtube. 

Esoknya, dia dah hafal lagu ni. Siap nyanyi kata abah dia true video call di WhatsApp. Hurm.. bukan Hud saja dah tersampuk, kakak dan abang Hud pun dah terkena juga. Dan bila aku baca komen di Youtube Didi & Friends, ramai jugalah yang dah tersampuk dengan Mengantuknya Mumia. Dari pelajar sekolah, hinggalah ke pelajar universiti dan mak bapa budak. 

Ada sekali tu, masa tu aku sekeluarga tengah family dinner di Seoul Garden. Hud dah habis makan sepinggan nasi goreng dan semangkuk ais cream. Boleh pula dia nyanyi lagu viral ni sementara tunggu kami habis makan. Tau lah perut kecik tu dah kekenyangan, tapi bagilah can mama abah, kakak dan abang kunyah makanan dengan tenang.

Itulah sedikit kenangan kami dengan lagu viral ni. Korang pula macam mana? Sure ada kenangankan. Mai share ngan aku kat ruang komen. Aksi Hud di Seoul Garden ada aku share di Instagram.

Lirik lagu Mengantuknya Mumia 
- Didi & Friends -
Hooo… nak tidur mana?
Hooo… nak tidur mana?

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil yang bulat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Circlestein punya
(Okay)

Mengantuk… mengantuk
Nak tidur mana?
Mengantuk… mengantuk
Tolonglah saya

Jumpa katil (katil)
Jumpa katil (katil)
Katil segi empat
Yeay… nak tidur (okay)

Ouch! Ouch! Ouch! Ouch!
Tak boleh tidur
Tak boleh!
Itu Squarewolf punya

Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur
Mengantuk… mengantuk
Dah boleh tidur

Hooo… dah boleh tidur
Hooo… dah boleh tidur

November 20, 2019

Lebih RM560k sumbangan dari McDonald’s untuk Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah.

by , in
McDonald’s Malaysia memberi kembali sebanyak RM569,000 kepada negeri Kedah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’.

Assalam dan hai semua. 

Tahukah anda, pada 18 November baru ni, lebih RM560,000 disampaikan oleh McDonald’s Malaysia melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah. 

 Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia sebanyak RM101,000 untuk negeri Kedah bagi tahun 2019 kepada Ustaz Mohd. Suraidi Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Zakat Korporat, Lembaga Zakat Negeri Kedah, sambil disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari 
keluarga berpendapatan rendah. 

(Tengah) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bersama para pelatih SLDN McDonald’s, semasa Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah 2019.

“Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Program Komuniti McDonald’s mengetengahkan komitmen kami dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara di bawah tanggungjawab sosial korporat syarikat” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

(Kiri ke Kanan) Encik Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia memakaikan pakaian seragam yang baru untuk kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti  Peringkat Negeri Kedah 2019.

Dengan pembukaan restoran terbaharu di Kedah ini, kami dapat terus menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat. Pada masa sama ia membolehkan syarikat mendekati dan membantu lebih ramai golongan masyarakat yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan di sekitar lokasi restoran.” tambah Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia. 

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis hari ini. 

(Kiri ke Kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika upacara memotong riben menandakan pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

“Melalui Bajet Kedah 2020, kerajaan negeri Kedah menitikberatkan nasib golongan kurang bernasib baik di negeri ini dengan peruntukan lebih RM4 juta yang melibatkan pelbagai usaha membasmi kemiskinan dan projek pembangunan sosial,” kata Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz, Menteri Besar Kedah. 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

“Saya melihat setiap usaha yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia di negeri ini sebagai komitmen yang mantap ke arah meningkatkan sosio-ekonomi negeri Kedah. Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji, demi manfaat masyarakat secara menyeluruh,” tambah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir. 

 Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri Menteri Besar Kedah ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia 

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.


November 19, 2019

Zakat@FAMILY dari Lembaga Zakat Selangor (LZS)

by , in

PENGENALAN "Zakat@FAMILY"

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor. 

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang di syariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun Islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya. 

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

OBJEKTIF KEMPEN “Zakat@FAMILY”

Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.

Menyebar luas dakwah zakat kepada umat Islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB

Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
  1. Diri sendiri
  2. Pasangan
  3. Tanggungan
  4. Individu di bawah jagaan
Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

PANDUAN "Zakat@FAMILY"

Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran 



Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran.


Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY”

Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.

Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?

Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?

Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak).

Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?

Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY.

AKHIR KATA

Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.

Kupasan lanjut mengenai topik juga boleh ditonton disini.

November 02, 2019

Chu Char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner di C'est Si Bon, Vouk Hotel Suites Penang.

by , in
Ikan Bakar Dinner di Vouk Hotel Suites, Penang

Tetiba tekak terasa nak makan ikan bakar, pari bakar, kerang rebus, sotong celup tepung, ketam bercili… tapi nak makan di tempat yang special? Kalau boleh nak makan di hotel? Bukan ngada-ngada tapi sekali sekala nak tukar view. Ha... jika tetiba tekak korang jadi macam tekak sis, korang boleh singgah di Vouk Hotel Suites, Penang.

Sehingga hujung tahun 2019, setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula jam 7 malam hingga 10 malam, Chu Char Ikan Bakar yang terletak di C’est Si Bon Restaurant adalah tempat yang boleh korang singgah untuk menikmati pelbagai makanan laut pilihan.

Ikan Bakar Dinner di Vouk Hotel Suites, Penang

Rambang mata di buatnya sebaik sahaja terpandang pelbagai jenis seafood seperti ikan, sotong, kerang, lala dan kepah. Ketam pun ada. Masih gigih bergerak walaupun dah terikat.

Ikan Bakar Dinner di Vouk Hotel Suites, Penang

Sementara menanti lauk yang di pilih siap di masak, aku ke bahagian ‘Semi Buffet Dinner’ untuk menikmati Nasi Kukus, Soup of the day, Ulam, Potato Salad, Pasta Salad dan Pesto Salad. Buah-buahan dan pencuci mulut pun ada.

Ikan Bakar Dinner di Vouk Hotel Suites, Penang

Three Flavoured Sauce Deep Fried Fish antara award winning Chef’s signature yang mesti korang cuba. Sedap. Aku sampai berulanglah ambil sos dia. Deep Fried Fish with Kerabu Salad, Ikan Bakar dan Garlic Butter Prawns adalah menu yang boleh korang cuba.

Selain seafood timbang, kalau nak Set Menu pun ada. Pilih ikut berapa ramai rakyat yang korang bawa. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang bolehlah call nombor ni +60 4 370 8333

Set For 2 – 4 Person
( RM 88.00 )
 Sea Bass
 Mixed Vegetables
 Omelette
 Deep Fried Squid

Set For 6 – 8 Person
( RM 118.00)
 Stingray and Sea Bass
 Green Beans with Tofu
 Thai Fried Egg
 Deep Fried Squid

Set For 10 – 12 Person
( RM 158.00 )
 Stingray and Sea Bass
 Kam Heong Clams
 Chinese Broccoli with Salted Fish
 Bistik Egg
 Deep Fried Squid


Ikan Bakar Dinner di Vouk Hotel Suites, Penang

VOUK HOTEL SUITES
57-G-3, Mansion One,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Georgetown, Penang

Tel: +604 370 8333 Fax: +604 370 8300

Website: www.voukhotelsuites.com.my
Email: info@voukhotelsuites.com.my
FB #voukhotelsuites IG #voukhotelsuites

Post Top Ad