Post Top Ad

April 19, 2019

Apple Cider Vinegar dari Surya, Teman Sejati Perut Kembung Anda.

by , in
#ACVSuryaKanAda #SuryaMalaysia

Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Siapa tak rasa malu kalau lepas makan, tersendawa dengan kuat.  Bukan sengaja. Dan takkan nak tahan tak nak bagi sendawa tu keluar.   

Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari. But be careful jika kembung perut berlebihan dan diikuti dengan gejala lain yang disebabkan gas isi perut. Itu korang perlu dapatkan pendapat doktor.

Sendawa. Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.

Kembung. Perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan.

Perut meragam. Berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat, menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.

Dan salah satu cara untuk rawat kembung perut ialah minum Apple Cider Vinegar dari Surya. Rasa ACV ni tak seperti cuka epal lain. Boleh beli ACV ni di Watson, Butik Himalaya, farmasi terpilih dan secara online.

APA TU SURYA APPLE CIDER VINEGAR (ACV) WITH NATURAL HONEY
Winner Readers' Choice Awards 2017 (Natural Health), Halal, dan mempunyai Amalan HACCP.

Surya ACV ini diperbuat daripada buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan juga zat besi. Ia juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan betacarotene yang dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dan melemahkan sistem imunisasi badan kita, Bahan utamanya adalah asid asetik mampu membunuh bakteria dan boleh dijadikan bahan pengawet semulajadi. Selain daripada itu, ianya juga membantu merendahkan paras glukosa darah dan melambatkan pengosongan gastrik.

Manakala madu yang dijadikan sebagai pemanis semulajadi ini yang berasal daripada fruktosa dan glukosa bertindak sebagai antioksidan dan antiseptik.

ANTARA KELEBIHAN DAN KHASIAT ACV

Melancarkan peredaran darah
Menguatkan tenaga dalaman
Merangsang pemecahan lemak
Melembapkan kulit
Meredakan sakit dan sengal sendi
Meningkatkan kesihatan tulang
Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
Mencegah dan mengawal selulit
Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
Melawaskan usus besar dan usus kecil
Menghalang penyerapan dan timbunan lemak
Mengekalkan tahap kolesterol darah
Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
Menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
Berfungsi sebagai anti-allergi, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulcer
Menghilangkan stress
Membantu masalah susah tidur
Membantu melangsingkan badan

Selain dapat merawat kembung perut, ACV juga dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman dan juga mengawal selera makan. Cuma perlu campur 2 sudu besar ACV dengan 180ml air dan minum selepas makan. Untuk aku, sekali sehari dah cukup. Banyak info bermanfaat lain yang korang boleh dapat di FB dan IG Surya. Klik klik.

Facebook : SURYA MALAYSIA

Instagram : SURYA MALAYSIA


Image may contain: drink
#SuryaMalaysia #PerutJeKembung #SuryaACVKanAda

Post Top Ad