Tengku Thaka - Part 13


Farizal enggan lepaskan buku yang dipegangnya. Buku yang sama itu juga dipegang oleh seorang gadis di sebalik rak sana.

"Let go lah. I found this first!"

"Eh cik kak. Aku jumpa buku ni dulu."

Farizal menarik kasar hingga buku itu terlucut dari pegangan si gadis. 

"Eh, so rudelah you!" Gadis itu keluar dari sebalik rak, menghadap Farizal. 

"Kenapa? Sebab kau perempuan, so aku kena berlemah-lembut? Eh, sorry. I'm not that type of guy."

Farizal menoleh ke belakang meninggalkan si gadis. Entah siapa. Dia tak kenal. Seorang gadis yang nampak macam Korean, tapi macam Chinese saja. 

PAP!

Gadis itu mencampakkan sebuah buku ke kepala Farizal. Terkesot sedikit kepalanya ke depan. Namun, buku itu tangkas disambut dari jatuh ke lantai perpustakaan. 

Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dengan perasaan marah. 

"Kau ni..."

Farizal menapak ke depan, betul-betul menghadap gadis yang sedikit rendah daripadanya. Gadis berambut panjang, taklah hitam sangat rambutnya, ada campur blonde gelap sikit. Kulit mulus cerah, alah biasalah dah bukan orang Melayu kan. 

Farizal melibaskan buku yang dipegangnya ke arah muka gadis tersebut, sehingga gadis itu terduduk cuba mengelak. Terpejam matanya dan sedikit menjerit. Namun, dia pelik. Bila tiada pukulan pun singgah di mukanya. Bahkan, satu huluran ditujukan kepadanya. Dia bangkit teragak-agak. Cuak.

"Nah, ambillah kalau nak sangat. Tak ada mood dah aku nak baca."

Farizal menghulurkan buku yang direbutnya tadi kepada si gadis dan berlalu pergi dari situ. Tapi, langkahnya segera dibuntukan. Gadis itu menahannya dari pergi.

"Sorry, tapi saya tak faham sangat tentang buku ni sebenarnya. Jarang orang cari buku ni. Boleh tak you ajar I sikit-sikit?

Anyway, thanks sebab bagi buku ni dan sebab tak pukul I tadi."

Farizal mencerun mata lama melihat gadis itu. Dia perhatikan tajuk buku di tangan gadis itu,

"Saka Dari Perspektif Islam". Asalnya lelaki itu nak baca buku itu untuk mencari solusi tentang saka yang menghantui dirinya. Untuk memahami lebih jauh dari sudut agama. 

"Kenapa you nak baca buku ini? Saka ni kan bukannya ada pada orang Cina pun. Agama pun lain."

Gadis itu menarik lengan baju Farizal. Mengajaknya duduk. 

"Begini. Saya nak cerita tapi tak ada siapa yang percaya." Mukanya terlihat serius.

"Apa dia?" Farizal sebenarnya tak berminat nak tahu. Tapi, layankan saja.

"Anyway, nama saya Claudia." Gadis itu menghulurkan tangannya nak bersalam. Tapi, Farizal cuma mengangguk dan membalas dengan memberitahu namanya kembali. Budak tahun dua ni. Junior Farizal juga. Cuma dia tak pernah pula terserempak dengan perempuan ni. Mungkin dia tak duduk asrama. Berulang balik rumah. Mungkin mak bapak ambil. Orang Cina kan, mesti kaya. Kenapa pula nak kena duduk asrama? Farizal berteka-teki sendiri.

"Percaya tak kalau saya kata, saya boleh nampak hantu?" Claudia memandang Farizal penuh tegas. Sedikit pun keningnya tidak berkerut. 

"Macam dalam drama dan filem tu ke?" Lelaki itu berpeluk tubuh.

"Tapi, apa kaitannya dengan buku ini?" 

"Jawab dulu pertanyaan saya, percaya atau tidak?"

Farizal mengangguk tanda percaya. Gadis itu tidak tahu, dia sedang bercakap dengan orang yang memiliki saka bangsawan. Farizal tertanya-tanya sendiri, adakah gadis itu nampak benda yang berada dalam badannya.

Rasanya tidak. Sebab kalau dia nampak, dia takkan berani bersembang dengannya. 

"Jangan risau, Tengku. Kita bukan saka biasa-biasa. Penyamaran kita sempurna. Aku bukan saka yang bertenggek, tapi saka yang berasimilasi dengan induknya." Sang saka berbisik perlahan di telinganya membuatkan Farizal kembali tenang.

"Teruskan."

"Lately, semenjak pemergian nenek, saya sering nampak benda-benda yang sepatutnya saya nampak."

"Awak nampak nenek awak ke?"

"No! Saya nampak hantu-hantu yang mengerikan di sekeliling. Lihat di sana!" Sambil jarinya menuding ke suatu sudut di sebalik rak-rak buku. Hujung sedikit terselindung di bahagian yang suram.

Farizal berpaling dan melihat dengan penglihatan Tengku Thaka yang telah dibuka hijab.

"Tak ada apa-apa pun." Farizal menjawab tenang. Padahal, dia pun nampak seorang lelaki berkemeja kemas dengan separuh badan terbelah sedang berdiri melihat mereka, tanpa dua biji mata. Seram wajahnya. Namun, tidaklah seseram sang langsuir yang ditewaskannya tempoh hari.

"Tu, ada seorang lelaki yang buat saya takut untuk datang ke area ni. Bila nampak awak saja tadi, saya terus cepat-cepat ekori supaya ada yang menemani.

Benda tu datang berbicara dengan saya masa saya nak keluar dari perpustakaan semalam, dia kata, dia adalah pustakawan yang mati bunuh diri di sini beberapa belas tahun dahulu."

Farizal terdiam seketika.

"Apa respon awak padanya?"

"Saya cuma mampu diamkan diri dan balik ke rumah dengan menggigil sambil berharap ia takkan muncul di rumah. Tapi, sangkaan saya meleset!

Bila saya tidur, saya buka lampu sebab terlampau takut. Tapi, lampu terpadam dengan sendiri. Bila saya capai fon saya untuk buka lampu fon, muncul tangan lelaki pustakawan tu memegang tangan saya hingga saya menjerit kuat-kuat! Sampai orang tua saya bergegas naik ke bilik dan benda tu pun menghilang.

Saya tak boleh tidur tenang!

Sebab itulah, saya perlu baca buku ini, mungkin ada jawapannya. Saya dah belek buku-buku kepercayaan agama kami, roh jahat memang wujud, tapi saya tak jumpa bagaimana menyelesaikannya.

Saya pernah pergi ke tokong untuk meminta sami Buddha tutup mata saya dari melihat benda-benda ni, tapi mereka kata ianya mustahil dan prosesnya panjang. Kecuali saya kena berada di tokong dan belajar ilmunya. Mana saya ada masa. Kuliah dan kelas banyak! Paling tidak, sami menyuruh saya memakai tangkal untuk menjauhkan gangguan, membakar colok khas untuk melindungi dari sebarang ancaman benda ghaib.

Tapi, setakat ini, saya masih nampak benda-benda tu, masih mengganggu!

Aduhai!"

"Then, kau nak aku buat apa?"

"Fahamkan saya dulu mengenai saka. Saka itu apa? Ada kaitan tak dengan mendiang nenek?"

Farizal membuka buku tersebut. Membacanya sikit. Mencari beberapa isi penting walaupun jawapannya dia dah tahu.

"Saka ni perjanjian lama orang-orang dulu, diwarisi turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi sama ada mereka tahu atau tidak, ia akan berterusan sehinggalah perjanjian itu diputuskan.

Orang-orang dulu bergantung, berlindung pada benda-benda yang dianggap mereka, 'kuat' untuk menjaga mereka, tanaman mereka, kediaman mereka dan seluruh keluarga mereka.

Tak kisahlah dalam bentuk apa, janji ianya memberi manfaat. Namun, benda-benda ini perlu diberi 'makan'. Sebab itu, ada persembahan memberi ayam, telur, dan makanan-makanan lain untuk mereka. Malahan, jika kau baca berita, Tsunami yang berlaku di negara seberang, lihatlah ada ritual memberi makanan pada dewa-dewa laut kononnya."

"Mengapa mereka kena bergantung pada benda-benda itu, bukankah sudah cukup bergantung pada Tuhan dan dewa-dewi kita?"

Farizal terdiam lagi. Soalan gadis itu menusuk hatinya.

"Sebab iman, our faith tak kuat percaya yang Tuhan tu lah tempat paling utama untuk kita bergantung harap. 

Padahal Dialah Yang Maha Berkuasa. Dialah yang menentukan hidup mati kita, jodoh, takdir serta Dialah juga yang akan memasukkan kita sama ada ke Syurga atau Neraka.

Makhluk-makhluk yang orang-orang dulu ni harapkan, semuanya cuma hamba Dia saja."

Claudia pula terdiam. Cuba memahami bait-bait kata Farizal. 

"Siapa nama Tuhan kamu? Allah kan?"

Farizal mengangguk.

"Allah itu juga Tuhan kau. Dia jualah Tuhan kepada semua bangsa dan kaum di atas muka dunia ni, bahkan seluruhnya tak kira yang di langit atau di bumi."

"Boleh tak kalau kita tak cakap pasal agama Islam?"

"Aku memang bukan nak cakap pasal Islam pun. Kau yang tanya."

Claudia berkerut kening juga. Dia takut orang kata dia nak belajar pasal Islam pula. Tak mahu. Dia cuma nak tahu mengenai misteri yang melandanya.

"Menurut buku tu, ada tak cara untuk jauhkan dari benda-benda ni?"

Farizal berpaling ke arah rak buku seketika, kemudian menoleh seraya berkata,

"Kau kena baca Al-Quranlah. Banyak ayat-ayat Al-Quran untuk jadi pendinding kau dari terus diganggu."

"Please, I don't know, don't preach me. Ni bait untuk masukkan I dalam agama Islam ke?"

Farizal bangun.

"Aku bukan nak berceramah. Aku bukan ustaz pun dan aku tak berminat nak paksa kau masuk agama aku!"

Tegas, buat gadis itu cuak seketika dengan lelaki yang bertubuh agak sado itu. 

"Wait! Janganlah marah dulu. Tolonglah saya...please.."

"Aku tak tahu macam mana nak tolong kau! Pergilah minta tolong dekat sami kau suruh dia datang halau hantu roh jahat bagai tu!"

Farizal angkat begnya, kemas barang-barang, nak beredar dari situ. Tapi, Claudia segera menghalangnya, dengan berlinangan air mata, memegang hujung T-Shirt Farizal.

"Tolonglah saya. Saya tak tahu nak minta tolong dekat siapa lagi dah. Semua orang tak percaya saya. Semua orang tak nak tolong saya..."

Gadis itu menangis terisak-isak. Membuatkan lelaki itu terkesima ketika. Runtuh seketika tembok ego lelakinya dengan air mata seorang wanita. 

"Kaki saya...berat..." Claudia mengadu perlahan dalam tangisannya.

TUP!

Satu petikan jari, dimensi pun bertukar.

Tengku Thaka berdiri gagah dengan muka bengis. Memandang kepada lelaki berkulit terbakar hitam yang sedang berpaut kuat pada kaki si gadis malang. 

"Saka, kau nak makan benda ni tak?"

"Tengku, aku tak nak yang ni, macam bangkai. Aku lebih suka makanan para dukun."

Tengku Thaka memijak tangan hantu pustakawan sampai genggamannya terlepas dari kaki Claudia. 

"Sampah je kau ni." Hantu pustakawan itu terkejut dengan kekuatan Tengku Thaka. Inilah kali pertama dalam hidupnya, dia berhadapan dengan makhluk yang mampu melawannya. 

"Tunggu, tunggu." Hantu pustakawan mengengsot ke belakang. Takut dengan gertakan Tengku Thaka.

"Kau nak cakap apa sebelum mampus?"

"Kau...kau ni siapa hah?"

Tengku Thaka mencebik bibir masam.

"Ingat nama aku di neraka nanti. Tengku. Thaka."

DUSHH!

Diterajang kepala hantu pustakawan hingga tercabut. Tergolek atas lantai perpustakaan tingkat tiga itu. Tubuhnya menggelupur berdarah hitam. Bau busuk hamis menyelubungi. 

"Busuk betul. Hiyargh!"

Sekali pijak, bersepai otak. Saat itu juga, makhluk itu berderai menjadi asap. Hilang dari pandangan.

Seperti biasa, aura yang terbang disedut Tengku Thaka masuk ke dalam badannya. 

"Ceh, aura tak seberapa. Macam asap ubat nyamuk saja." Angkuh seperti selalu.

"Dah, job dah selesai. Jom balik. Aku mengantuk nak tidur." Tengku berbicara dengan sakanya.

Baru saja dia nak memetik jari kembali, ada beberapa suara yang menyebabkan pergerakannya terbantut. Tengku Thaka berpaling ke belakang. Berkerut keningnya. Garang. Ditariknya pedang yang terselit di pinggang.

"Sial."

Hiyargh!!


Bersambung...

1 ulasan:

  1. Tak sabar nak baca sambungan seterusnya

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

DISCLAIMER

Ini adalah blog peribadi. Sebarang PRINT SCREEN adalah dilarang kecuali dengan kebenaran penulis.
Penulis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli, secara sengaja atau tidak sengaja. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah jika terdapat maklumat tambahan, bukti atau fakta yang lebih sahih.
TERIMA KASIH.