Tengku Thaka - Part 1



"Kami dah cuba sedaya-upaya kami. Namun, takdir tidak menyebelahi."

Ayat cliche.

Farizal memandang sepi jasad abangnya yang terbaring tidak bernyawa lagi di atas katil wad kecemasan. Enam bulan bertarung nyawa dengan kanser tulang. Bila dikesan sudah tahap kritikal pun, tulang kaki reput sendiri. Sehingga terpaksa digantikan dengan tulang lain dari bahagian badan untuk menampung tempat yang rapuh. Namun, akhirnya sedikit-demi sedikit segalanya reput dalam badan.

Jejaka 21 tahun itu menangis sendirian di sudut hospital itu, menanti jenazah abangnya yang akan dimandi dan dikafankan pihak hospital. 

Lima tahun yang cukup menyiksakan batinnya. Setelah pemergian ayah ibunya dalam suatu kemalangan ngeri, satu persatu adik-beradiknya meninggal dengan pelbagai penyakit kronik. Walhal, mereka semua masih muda. Bukannya ada penyakit keturunan pun.

Kini, cuma tinggal dirinya. Sebagai yang paling bongsu. 

"Pukul berapa agak-agak semua urusan jenazah ni selesai?" Farizal bertanya jururawat di situ dengan mata yang masih bengkak merah.

"Dalam pukul 3 atau 4 pagi. Sebab tak cukup kakitangan malam ni, ada jenazah lain yang kena diuruskan dulu."

"Boleh saya masuk temankan jenazah tak?"

Jururawat tu tidak mengiyakan atau menidakkan, tengok pada keadaan. Dia pun masih baru di situ katanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. 

Lelaki itu mundar-mandir menanti di luar bilik mayat bersendirian. Sebab kata jururawat tadi, arwah abangnya ditempatkan di situ sementara menunggu giliran diuruskan.

Dah berapa tin nescafe diteguknya. Kononnya untuk menghalang diri dari mengantuk. Tapi, matanya dah agak berat juga. Terduduk di kerusi. Bersandar.

Tak ada manusia pun berada di sekitar kawasan tu malam hari macam ni. Orang selalu bercerita di kawasan bilik mayatlah paling ditakuti di hospital. Macam-macam cerita seram dan tahyul disebarkan di internet. Farizal tak percaya semua tu. Apa benda zaman dah moden. Orang dah mati, roh tak boleh masuk kembali dalam tubuh pun. Hantu bukannya boleh buat apa-apa pun, manusia tu yang lebih ditakuti. Perangai dah macam setan manusia sekarang ni. 

Tengoklah saja dari yang ada pangkat sampailah ke rakyat jelata, macam-macam perangai. Yang di atas korupsi, yang di bawah sampai berbunuhan demi sesuap nasi. Yang muslim nama dalam kad pengenalan saja, yang beriman hampir pupus. Tak percaya, budak seawal 13-15 tahun sudah bergelek tunjuk body di media sosial, main aplikasi bukan-bukan. Bila dapat result PT3 tak cemerlang, suruh peluk anak juga. Walhal si anak tu sepanjang tahun sibuk dengan Instagram dan TikTok. Suruh sajalah si anak tu sambung bergelek, peluk buat apa.

Farizal serabut. Nak saja dia start merokok balik. Tapi, fikirannya masih waras. Dah setahun dia berhenti merokok. Takkan nak start balik benda sia-sia. Tak merokok, pahit mulut, tak merokok, tak jantan, tak merokok, tak boleh rasa tenang. Tipu belaka tu. Padahal semuanya satu ketagihan tabiat saja. Rekaan manusia supaya memalaskan orang Islam basahi lidah dengan zikrullah. Entah, ingat-ingat dia, dulu masuk stadium pun hembus asap atas muka orang lain. Macam apa je perangai. Orang masuk stadium tengok bola, bukan nak hisap rokok. Ah, bodohnya bila dia fikir balik.

Jam di tangannya sudah cecah pukul 1:14 pagi. Sejuk. Hujan pun dari tadi turun selamba rintik. Angin dingin membuai rasa.

KREK.

Pintu bilik mayat dibuka.

"Encik Farizal Bin Othman ke? Waris kepada Encik Farizam?"

"Ya saya."

"Sila masuk, kita nak uruskan arwah."

Farizal terkebil-kebil sekejap. Rasanya macam tak ada sesiapa keluar-masuk bilik mayat tu sejak sekian lama dia duduk di situ. Ah, tak kisahlah. Staf hospital lagipun.

***

Lelaki itu menghampiri jenazah abangnya yang kaku di atas pembaringan. Sebak menguasai diri. Sejuk dalam tu tidak dihiraukan lagi. 

"Encik nak masa sekejap dengan arwah sebelum kami mula mandikan?"

Farizal mengangguk. Staf tadi keluar sekejap dari bilik mayat. Meninggalkan jejaka itu bersendirian dengan arwah abangnya.

Sayu hatinya melihat abang kesayangannya diam tidak dapat berkata-kata lagi seperti selalu. Tak boleh senyum girang dan bergurau senda dengannya seperti dulu lagi. Satu-satunya abang yang paling memahami setelah yang lain pergi. 

Kini, dirinya anak yatim piatu. Sebatang kara hidup di dunia.

"Abang, Jal datang ni. Jal nak cakap, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab pernah ada, jaga Jal sejak dulu sampailah tadi. 

Jal tak sangka, abang cakap, abang nak rehat lama-lama lepas kita berbual panjang pagi tadi...rehat yang ni abang maksudkan.."

Air mata jantan menitis laju. Tahu tak elok menangis di samping mayat. Tapi, tak boleh tahan. Sedih yang teramat menguasai diri.

Abang...Jal pelik..kenapa semua ni berlaku pada keluarga kita? Kenapa? Keluarga orang lain bertahan sampai cucu-cicit moyang? 

Kenapa..."

Lampu dalam bilik mayat berkelip-kelip. Ada gangguan litar ke? Mungkinlah. Hujan-hujan ni. 

Pintu bilik mayat terbuka. Farizal menoleh. Namun, tiada sesiapa yang masuk pun. Tertutup kembali sendiri. Masa tu, lelaki tu dah rasa tak sedap hati.

Dia bangun berdiri. Cuba meninjau pintu tadi. Dia melihat abang-abang staf tadi ada saja sedang minum-minum di luar. Oh, mungkin angin. Eh, takkanlah. Ni bukan pintu ringan-ringan boleh angin tolak. Tak ada ribut pun.

Kepalanya ligat cari punca. Namun, buntu. Dia berpaling semula pada jasad abangnya. Masa tu, jantungnya bagai disentap. Dia lihat dengan mata kepalanya sendiri mayat abangnya yang tadi baring, kini dalam keadaan berlunjur kaki, dalam keadaan duduk!

Segera dia memulas tombol pintu, namun seolah-olah keras. Tak boleh.

Ah, mitos menjadi nyata ke ni? Gila! Hantu tak wujud! Tak wujud! Ini semua ilusi!

Ditampar-tampar pipi sendiri. Bangun!

Ditolehnya kembali pada arwah abangnya. What?! Arwah abang membuka mata dan melihat tajam ke arahnya. Memanggilnya. Masa tulah, lutut bagai dah gigil.

"Jangan takut. Ini abang kau."

"Ta...tapi! Abang dah mati!"

"Iya, benar. Aku dah mati. Tapi cuma jasad ini yang mati. Aku tidak mati."

"Kau siapa?!!!"

Farizal menjerkah dalam bilik mayat tu sekuat hatinya. Memang niatnya supaya orang di luar bilik boleh datang dan membantu buka pintu. Namun, sia-sia. Suaranya tenggelam dengan hujan lebat yang mencurah-curah di luar.

"Tenang. Jangan takut. Aku adalah dia. Dia adalah aku. Aku jugalah yang berada dalam ayah, ibu, kakak, adik-beradik kau yang lain.

Aku."

"Syaitan!"

"Iya, benar. Aku adalah bersusur galur dari syaitan. Namun, perlu kau tahu, aku adalah syaitan yang dipuja keturunan kau suatu waktu dulu. Dari sebelah ayah kau punya datuk kepada datuk kepada datuk kepada datuk. Ibu kau tidak terlibat. Namun, iya, makanan jangan dilepaskan. Makanlah."

Hilaian ngeri mulai kedengaran. Arwah abang ketawa terbahak-bahak. Kuat.

Farizal mulai rasa takut. Namun, bila mendengar tentang ibu, kemarahannya mulai timbul mengatasi rasa takut dalam hati.

"Kau nak apa?!"

"Ah, simple. 

Sebagaimana pewarisan keluarga orang lain, aku cuma mahu waris. Tapi, kau ni istimewa sikit. Kau ni pewaris terakhir dah dalam keturunan ini. Ayah kau anak tunggal. Jadi, tiada lagi dari keturunannya yang wujud selain kau.

Kau milik aku. Aku milik kau."

"Gila! Aku takkan benarkan kau menguasai aku!"

"Aku tak perlukan kebenaran kau pun. Setiap salur darah yang ada di batang tubuh kau, aku boleh menyusup dengan mudah. Setiap organ dalaman kau dan segala darah dalam badan kau adalah menjadi santapan aku.

Aku cuma nak bagitau kau saja. Yang aku akan berpindah ke tubuh kau usai jenazah ini dikebumikan."

Farizal menggigit gerahamnya. Kali ini, dia maju ke depan. Menghadap wajah arwah abangnya. Pandang mata ke mata. Mata hitam ke mata putih. Sudah hilang anak mata dari mata abangnya.

"Kau ingat aku takut dengan kau?! Tak. Sikit pun aku tak gentar!"

"Ha ha ha! Menarik. Adik-beradik kau semuanya meracau ketakutan saat aku perkenalkan diri. Tapi tidak kau."

Farizal duduk di kerusi sebelah mayat. Bersilang kaki. Like a boss.

"Aku faham tak guna aku melawan, kan. Kau boleh masuk dalam badan aku, tapi dengan syarat. Ha ha ha ha!!"

Kali ini jejaka itu pula ketawa besar mengalahkan hilaian syaitan tadi.

"Ceh. Apa syarat kau?! Katakan!"

"Kau hebat ke tak sebenarnya?!" Farizal bertanya lagak angkuh.

"Sudah pasti aku hebat tidak terkalah, wahai anak Adam!!"

"Betul ke ni..aku tak percaya. Kalau sampai kena makan organ dalaman ahli keluarga aku baru kau boleh hidup, kau tak hebat!"

"Cis! Berani kau memperlekehkan aku!"

Mayat arwah abang nampak begitu garang, bengis. Menatap Farizal dengan muka paling ngeri.

"Aku akan tabik pada kau, cuma bila kau turuti TIGA SYARAT aku!"

"Katakan syaratnya!!" Bertempik marah pada jejaka itu.

Farizal tersenyum sinis.


Bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!