Isnin, 29 Oktober 2018

Rawat wajah dengan 24K Gold di Chandnis Beauty & Bridal Spa.

Antara photographer yang terlibat.
Kulit wajah rasa segar, lembap, tegang, kenyal dan glowing! Itu pengalaman yang aku rasa sebaik sahaja selesai rawatan facial. Best giler. Kulit muka bagai mendapat boosters. Ini kalau setiap bulan aku buat facial 24K Gold konfem kejelitaan aku presis ratu Mesir, Cleopatra. 😂

Cleopatra dikatakan kerap menggunakan topeng emas bagi memelihara kecantikannya yang luar biasa, di samping melindungi kesempurnaan wajahnya dari sebarang cela. Wow!

Hiasan dalaman yang unik tersendiri.
Berapa harga facial 24K Gold ni?

Pada tarikh artikel ini ditulis, harga untuk facial 24K Gold ialah RM128. Mahal? Well... Beauty is pain!😅 Bagi aku apa salahnya sebulan atau 2 bulan sekali wajah di cuci, di scrub dan di sapu masker 24K Gold. Kerana Dirimu Begitu Berharga. Tak gitew. Dan sempena Deepavali tak lama lagi, 24K Gold facial ada promosi istimewa! Ya. Promosi istimewa.

1 pax RM100.00
2 pax RM160.00
Free Eye Mask + Shoulder Massage (Worth RM80.00) (1 Hour)

Promosi sempena Deepavali
Dapat tenangkan minda dari rutin harian selama 1 jam adalah satu terapi dan stress release yang amat bermakna untuk aku. Lega rasa badan dengan urutan Shoulder daripada owner spa, Mrs Malar. Sentuhannya lembut dan berkesan.

'Me time' untuk diri sendiri.
                                                     
Beauty House terletak di tingkat 2. Tak susah nak cari.

CHANDNIS BEAUTY & BRIDAL HOUSE
(Face Spa, Beauty Services, Make Up)

Address : 11A Penang Street, 10200 Penang
No. Tel : 016-5263079

Address : No. 31B, Jalan Angsana, 11500 Bandar Baru Ayer Itam, Penang
No. Tel : 016-5653079

Anugerah Small Medium Indian Business 2018
                                                               
Berikut aku kongsikan 10 manfaat emas dalam perawatan kecantikkan.
Mengurangkan kesan rekahan halus, kedutan dan cela pada wajah.
Merangsang Sel. 
Mengurangkan Kekeringan Kulit.
Mencerahkan Kompleksi Wajah Dengan Sekata.
Melambatkan Kadar Penyusutan Kolagen Dalam Kulit.
Merawat Kerosakan Kulit Kesan Matahari.
Merawat Allergi.
Merawat Inflamasi dan Kerengsaan.
Menambahkan Keanjalan Kulit.
Kulit Yang Bersinar

Sedikit kata aluan daripada Pengusaha Beauty House.
Jemput singgah ke Instagram untuk lihat perkongsian gambar sepanjang aku berada di sana. InsyaAllah aku akan repeat buat facial kat sini sebab kulit muka aku serasi dengan bahan yang di gunakan. Tiada sebarang alahan. Malah semakin sihat dan nampak perubahan baik kesan dari produk yang digunakan.

Seram wei sebab ada dari rakan aku yang balik dari facial muka bengkak bagai. Bila di tanya, selamba je cakap itu kesan sementara. Berhati-hatilah pilih Pusat Kecantikkan.

Thanks sebab sudi singgah dan baca.


Rabu, 10 Oktober 2018

Cara telan ubat dan jenis ubat yang boleh dihancurkan.



"Mama! Ubat ni berenang dalam mulut. Susah nak telan." Kata Adam sebaik sahaja ubat di luah keluar dari mulut.

Dan ada banyak lagi pengalaman pertama anak aku bila dah tiba  masa mereka kena telan ubat jenis pil. Nak nak ubat demam. Ubat demam jenis cecair hanya untuk sekian umur sahaja.

Bila umur anak semakin meningkat, dos ubat jenis cecair dah tak sesuai untuk dia. Cuak muka anak bila doktor cakap, kena makan ubat jenis pil sebab awak dah besar.

Aku hanya mampu ketawa dalam diam. Sebaik sahaja tiba di rumah, pelbagai cara yang aku, akak dan abang dia cadangkan. Memang riuh rendah la juga. Kali pertama gagal. Kali ke dua pun gagal. Air dah secawan habis tapi ubat masih berenang renang di dalam mulut.

Dan akhirnya masuk kali ke 3, barulah Adam dapat menguasai skill telan ubat. Sekarang, dah master dah Adam bab telan ubat.

Korang pun sure ada pengalaman pertama kali nak telan ubat kan. Di bawah ni aku share dengan korang cara untuk telan ubat. Dan ada ubat tertentu yang boleh korang hancurkan! 😓 (Serius aku pun baru tahu.)

Perkongsian dari fb Fahmi Hassan.

Mesti ramai antara kita yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk tablet atau kapsul. Kebiasaannya ada yang mengambil jalan mudah dengan menghancurkan ubat tersebut atau membuka kapsul ubat dan mencampurkan kandungannya dengan air atau makanan. 

Kalau ikut logik akal, sepatutnya tiada masalah kerana destinasi ubat itu tetap ke perut. Tapi sebenarnya adakah tindakan seperti ini boleh dilakukan?

Untuk pengetahuan umum, cara sesuatu tablet atau kapsul dihasilkan sangat dipengerahui dengan kemajuan teknologi perubatan. Penghasilan tablet atau kapsul dengan teknologi farmaseutik terkini membolehkan kesan ubat dimanipulasi bergantung kepada pelbagai perkara seperti kadar ubat dicerna, jumlah bahan aktif dalam satu tablet, lokasi dalam badan di mana ubat terurai dan sebagainya.

Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai jenis tablet dan kapsul telah dicipta seperti:-

1. Uncoated tablet - tablet biasa yang tidak mempunyai lapisan luar istimewa.
2. Film coated tablet - tablet dengan lapisan luar licin, bewarna dan berkilat.
3. Sugar coated tablet - tablet dengan lapisan luar yang mempunyai rasa manis. 
4. Extended release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif untuk jangkamasa yang lama setelah dimakan. 
5. Fast release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif dalam tempoh lebih pantas berbanding biasa. 
6. Effervescent tablet - tablet yang boleh dicairkan di dalam air minuman sebelum diminum.
7. Layered tablet - tablet yang mempunyai lapisan bahan yang berbeza. 
8. Hard capsule - kapsul ubat yang keras.
9. Soft capsule - kapsul lembut yang kebiasaannya mengandungi ubat berbentuk cecair.

Contoh-contoh ini hanyalah sebahagian kecil dari jenis tablet dan kapsul yang berada di pasaran. Perkembangan dunia perubatan akan sentiasa menyebabkan jenis-jenis tablet atau kapsul baru tercipta dari masa ke semasa. 

Antara tujuan penghasilan formulasi kapsul dan tablet yang berbeza ini adalah:-

1. Menutup rasa pahit ubat bagi memudahkannya ditelan.
2. Melicinkan permukaan ubat untuk memudahkannya ditelan. 
3. Membolehkan ubat diserap di kawasan yang menjadi sasaran sama ada usus atau perut. 
4. Mengawal kadar serapan ubat oleh badan bergantung kepada kesan yang diingini. 
5. Memelihara ubat dari dimusnahkan oleh jus gastrik. 
6. Membolehkan beberapa bahan aktif digabungkan dalam satu tablet.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan sekiranya tidak diarahkan oleh doktor atau pegawai farmasi. Ini untuk mengelakkan ubat tersebut menjadi tidak berkesan atau berlakunya lebihan dos bagi sesetengah jenis formulasi. 

Begitu juga dengan ubat dalam bentuk kapsul. Jangan buka kapsul atau membocorkan kapsul untuk mengeluarkan bahan aktif di dalam kapsul.

Secara amnya, ubat yang boleh dipotong adalah ubat yang mempunyai garisan di atas permukaan tablet. Ubat-ubat seperti ini adalah ubat berjenis uncoated yang tidak mempunyai formulasi khas untuk mengawal penyerapannya di dalam badan.

Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menelan ubat, rujuk pada gambar yang disertakan. Terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu ‘pop-bottle method’ dan ‘lean-forward technique’.



Teknik ini telah dikaji oleh Universiti Heidelberg di German dan didapati dapat membantu memudahkan proses menelan tablet dan kapsul. Namun begitu berhati-hati sewaktu mengaplikasi teknik tersebut. Jangan terlalu teruja hingga menyebabkan anda tersedak atau tercekik.

Sebagai kesimpulan, sebelum anda bertindak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan anda, semak dahulu dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat anda.

Rujukan:
Basic Physical Pharmacy 
Introduction to Pharmaceutics 
By Dr. Atmaram Pawar, Career Publication

Fahmi Hassan
Pharmacist


Isnin, 8 Oktober 2018

Khabib 'the Eagle' Nurmagomedov


Sebelum ni aku tak ambil pusing pun siapa Khabib apatah lagi dunia petarung UFC. Sebab aku kurang gemar aksi-aksi bertumbuk bagai ni. 

Tapi bila dah ramai rakan socmed share kisah Khabib, aku pun baca apa yang mereka tulis. Selepas baca, terus rasa nak kongsikan di blog. 

Sebab aku yakin, kisah Khabib akan menjadi bualan dan carian 'panas'  di Google. Hahaha. 

But satu je pengajaran yang aku dapat dari kisah Khabib. Kita hormat pegangan agama insan lain. Kita juga akan di hormati. Biarlah apa jua provoke yang datang, kau sabar. 

Semoga kemenangan Khabib ni, mampu menjadikan kita insan yang lebih matang bila berhadapan dengan seribu satu 'serabut alam'.

Fb hari ini dipenuhi dengan cerita Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor. 

Siapa mereka? Dan kenapa panas betul hal mereka berdua hari ini? Baik, ini cerita ringkas mengenai mereka. 

Conor McGregor ni seorang petarung UFC yang menganggap dirinya King. Dia berdendam dengan seorang petarung dari Rusia, Khabib yang juga beragama Islam. 

Si Conor ini menyerang peribadi Khabib berbulan-bulan sudah. Menghina agama Islam, menghina Khabib dan keluarganya sebagai pengganas, menyerang bas yang dinaiki Khabib dan orang lain hingga mencederakan mereka yang tidak bersalah. 

Dendam ini berlarutan sehinggalah perlawanan mereka merebut tali pinggang UFC yang terulung pada hari semalam, 6 Oktober 2018. Petarungan antara dua petarung ini dikatakan bakal menjadi pertarungan yang terhebat dalam sejarah UFC. 

Khabib memegang rekod kejuaraan 26-0. Sekali pun belum pernah kalah dan sudah lama menantikan perlawanan dengan Conor untuk membalas segala penghinaan terhadap agama Islam, dirinya dan keluarga. 

Conor dengan biadab mengejek agama Islam, bahkan semasa sesi pertemuan sidang media, Conor menawarkan whiskey yang dikeluarkan syarikatnya sebagaj penghinaan. Jawapan Khabib memang win, 

"Aku tidak minum dan tidak pernah minum. Apa kau sangka Whiskey itu dapat membantu (kemenangan) kepada kau?" 

Dan akhirnya, semalam adalah hari penentuan. Pertarungan UFC229 yang ditunggu ramai peminat UFC. Satu pertarungan antara dua jaguh terhebat, satu pembalasan kepada penghinaan yang telah lama Conor McGregor lemparkan padanya. 

Dan semalam, Khabib Nurmagomedov membuktikan beliau petarung terhebat dengan kemenangan 'won by submission' pada pusingan ke empat. 

Mengaku kalah terus si Conor kena cekik dengan dengan Khabib. Padan muka! Si Khabib ni pernah berlatih bergusti dengan beruang. Ada videonya. Kau orang cari je kat YouTube. 

Hal ini menjadi lebih kecoh bila Khabib melompat keluar dari kandang petarung untuk membelasah team Conor yang membuat provokasi dan menghina dirinya, keluarganya dan paling utama ialah menghina agamanya, Islam. 

Khabib pernah berkata, 

"Pada aku, agama adalah nombor satu. Sukan (UFC) bukan nombor satu."

Kemenangan Khabib menggegarkan seluruh dunia. Kerana pemilik UFC sendiri yakin Conor akan menjuarai pertarungan itu. Namun sebaliknya berlaku. 

Ini memberi tamparan hebat pada penyokong Conor dan umat Islam seluruh dunia meraikan kemenangan Khabib Nurmagomedov ini. 

Seorang petarung UFC yang kini memiliki rekod 27-0. Lebih penting, Khabib memenangi pertarungan ini untuk memuliakan Islam dan mengajar orang lain agar menghormati agama Islam. 

Kalau lihat video Khabib sebelum perlawanan, mulut dia tak henti-henti sebut Alhamdulillah dan InsyaAllah. Tanpa gentar memuliakan agama sendiri walau tahu UFC itu dimonopoli oleh non Muslim. 

Maka tidak hairanlah pertarungan ini menjadi bualan. Memang patut Khabib mendapat sokongan seluruh umat Islam termasuk netizen di Malaysia. 

Semoga artikel ringkas ini mampu memberi faham kepada semua netizen yang tertanya-tanya siapa itu Khabib Nurmagomedov dan kenapa nama beliau kerap dikongsi ramai.