Post Top Ad

April 30, 2018

Thalia Mermaid Square Scarf Istimewa dari SofeaRose.

by , in


Assalammualaikum dan hai.

Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil.  Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. 

“Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium."


Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. 


Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!


Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air:  https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk.


Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.


Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara iaitu dengan menghubungi...
❤Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha). 
❤Kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral. 
❤Menerusi laman sesawang di www.sofearose.com


Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

For more details, please contact 
Mior at 012-2900 521 OR Syafiqa at 013-236 1690.
SofeaRose Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B,
Seksyen 19, Shah Alam,
40300, Selangor

Thanks for reading. ❤

April 25, 2018

Rawatan Pearl Calm Healing di Chandnis Beauty House.

by , in




Assalammualaikum dan hai.

Alhamdulillah. Baru-baru ni aku berpeluang membelai kulit wajah di Chandnis Beauty House yang terletak di Bandar Baru Ayer Itam Pulau Pinang. Dapat tenangkan minda seketika adalah moment yang amat diimpikan setiap wanita.

Haruman aromatherapy serta sapaan mesra beautician Miss Amy buat kehadiran rasa dihargai. Setelah mendapat kebenaran Amy, aku snap sekeping dua gambar sementara menanti giliran aku tiba. Hiasan dalaman Chandnis cantik, simple dan punya identiti tersendiri.




Pearl Calm Healing dicadangkan oleh Ms Malar untuk aku. Rawatan ini mampu mengurangkan stress. Surirumah sepenuh masa pun stress juga. Kami terperangkap dalam dunia kami yang tersendiri. 

Rawatan dimulakan dengan Deep Cleanse dan Glowing. Wangi dan sejuk terasa di muka aku. Lembut sentuhan Malar yang sudah 15 tahun berpengalaman dalam dunia kecantikkan.

Selepas wajah di cuci bersih, rawatan mengeluarkan whitehead dan blackhead dilakukan menggunakan kaedah tampalan. Tidak menyakitkan! Diikuti dengan scrub yang bertujuan untuk menanggalkan sel kulit mati. Bila wajah dah benar-benar bersih, mudah kulit menyerap segala khasiat krim seterusnya.



Mask daripada ekstrak mutiara yang terasa sejuk ini bertujuan untuk mengecilkan pori-pori, mencerah dan glowingkan wajah. Aku pasti korang dah tahu khasiat mutiara untuk kulit wajah.

Selepas mask kering dan dibersihkan, Malar menyapu toner bertujuan untuk membersihkan segala saki baki kotoran yang mungkin masih ada.




Akhir sekali pelembap di sapu untuk penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit  daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya. Ia membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang lebih muda. Formula yang tidak berminyak agar kulit kekal terkawal dari minyak berlebihan.



Sebelum pulang, aku dihidangkan teh halia yang kaya dengan kalium, magnesium, vitamin B6 dan C, dan ia mengandungi banyak manfaat kesihatan termasuk penghadaman, mengurangkan keradangan sendi, migrain, loya, dan cirit-birit.



Chandnis Beauty House
Address : No.31B, Jalan Angsana, 11500 Bandar Baru Ayer Itam, Pulau Pinang
WhatsApp : 016-565 3079
FBhttps://www.facebook.com/chandnis.penang
Business Hours : 11am-7pm (Closed on Sunday)

Selain Face Spa, antara perkhidmatan lain yang ada ialah Bridal Makeup, Makeup Course, Eyebrow Threading, Mehendi/Henna/Inai, Saree Drapping, Waxing/Bleaching, Wedding Set Rental, Hair Setting & Treatment.


Thank for reading. ❤


April 19, 2018

Iconic Suites & Pods Hotel

by , in


Assalammualaikum dan hai.

Sebenarnya tak plan pun nak bercuti satu family. Plan asal cuti sekolah penggal pertama baru ni hanya untuk memeriahkan majlis kenduri perkahwinan adik ipar. Di sebabkan aku perlu hantar brownies sehari sebelum kenduri, so dari awal lagi aku dah plan nak balik pada hari Jumaat.

Gigih cari hotel terdekat di sebabkan family mertua aku punya keluarga yang besar. And aku happy dapat berada dalam family mertua aku. Sayang mereka semua ketat-ketat.

Aku, encik Hubby, Hud, Yana dan Yaya bertolak pada awal pagi Jumaat. Kalau diizinkan, encik Hubby nak sampai sebelum Solat Jumaat. Sementara adik aku Zam berserta isteri Su, my mum, Danial dan Adam bertolak selepas solat Jumaat disebabkan Su bekerja separuh hari. Dan tak sangka, mereka dah plan nak bercuti ke Lost World Of Tambun. Alang-alang dah ada kenduri di Tapah, jadi mereka gunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin.


Alhamdulillah kenduri adik ipar aku, Kamal dan pasangannya Akma berjalan lancar. Walaupun cuaca panas terik, seluruh ahli keluarga memberikan team work yang terbaik. Lauk kenduri yang mencukupi dan sedap. Semoga semua jemputan pulang dengan rasa gembira.

Semasa kedua family adik aku sampai, tetamu dah tak ramai. Banyak meja kosong. Kesempatan ini kami gunakan untuk berbual mengenai isu semasa sambil menjamah hidangan. Memandangkan esok hari Ahad dan jadual kami semua free... Aril, adik bongsu aku cadangkan kami bercuti bersama-sama. Dan kami semua sepakat say, yes!


Aku cadangkan family Zam, Aril, my mum, Diyana, Daniel dan Adam untuk gerak dahulu ke Iconic Suites & Pods Hotel memandangkan aku dan hubby ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.  Dapatlah mereka berehat seketika sementara menunggu kami sampai. Sebaik sahaja aku sekeluarga sampai di Iconic Suites & Pods Hotel, family Aril, Zam dan my mum dah get ready untuk ke Movie Animations Park Studios (MAPS).


Tak jauh mana pun lokasi hotel dan MAPS tetapi di sebabkan ada Program Gegar Ria, laluan menjadi sibuk. Kami perlu cepat agar dapat menonton 'Stund Legends'. Dan akhirnya kami sampai beberapa minit sebelum pertunjukkan bermula.


Selesai menonton, kami menjelajah ke seluruh MAPS. Diyana dan Daniel ambil risiko naik Asteroid Attack. Sampai merah muka sebaik sahaja mereka selesai merasai pengalaman yang tak dapat di lupakan. Aku? Serik dah kot. Cukuplah sekali. Adam dan Akil memilih untuk main bumper car. Walaupun terpaksa beratur panjang sementara nak tiba giliran mereka.



Apa yang bestnya tentang bilik di Iconic Suites & Pods Hotel ialah hiasan dalamannya yang moden, bersih serta layanan pekerja yang mesra.  Bilik tema Frozen dan Marvel untuk family Aril, my mum, Diyana dan Yaya serta my two hero. Manakala untuk aku, hubby, hud dan family Zam bilik bertema romantik untuk kami.


Bermalam di Iconic buat aku rasa tak nak balik ke rumah. Sangat selesa. Anak-anak aku siap berangan nak makeover bilik tidur. InsyaAllah. Buat anda yang ingin bercuti ke sini, di nasihatkan buat tempahan awal ya. ๐Ÿ˜‰

Thanks to kedua adik aku, Zam dan Aril sebab sponsor trip percutian tak dirancang untuk kali ni. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita sekeluarga. Dan rezeki anda juga.

Iconic Suites & Pods Hotel
Address : 85 Jalan Meru Bestari B7, Medan Meru Bestari Ipoh, Perak 30020
Contact directly at +605-525 2803
Fb: https://www.facebook.com/Iconicsphotel/
Insta: https://www.instagram.com/iconicsphotel/
Website : http://www.iconicsphotel.com


p/s : If you’re looking for blogger service, a media representative in publicizing your product or business, or you want to write articles about foods, places or anything, I'm the one you’re looking for. You definitely want your products and business to be in google search, right?

Don’t worry about the charges, it’s always negotiable. Just email me at eiza.greenappleku@gmail.com. Thank you and be happy to work together.


April 13, 2018

Festival Ramadan Putrajaya 2018.

by , in


Assalammualaikum dan hai.

Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Lebih kurang sebulan dari sekarang. Sesetengah pasaraya aku nampak dah mula jual barang keperluan raya. Aku pun dah mula siapkan tester biskut raya untuk di edaran kelak.

Kali ni aku nak maklumkan pada korang terutama mereka yang tinggal berdekatan Putrajaya.

Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.



Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.


Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)




April 07, 2018

Free Pouch From Kotex.

by , in


Salah satu hobi aku ialah aku suka kumpul free gift. Tapi aku hanya pilih free gift yang comel dengan harga yang masuk akal. (Pengguna bijak ๐Ÿ˜‰) Dan yang paling penting, barang or item yang nak aku beli tu, memang aku nak guna. Bukan sebab gift tu comel dan aku main beli je. No no no no.

Macam baru-baru ni, memang dah niat dari awal, nak beli overnight pads sebab berbaki 4 keping dalam simpanan. Paras merbahaya nih! ๐Ÿ˜ฑ

Sebaik sahaja selesai hantar 2 hero aku ke masjid, aku, Hud berserta 2 my girl bergegas ke pasaraya besar. Kami ada masa sejam setengah untuk shopping. Sambil drive sambil fikir, jalan mana aku nak ikut untuk elak jem.

Sebelum parking lagi, aku dah bahagikan tugas. Yana akan terus ke bahagian ayam. Sebab makan masa juga untuk beratur dan tunggu giliran ayam siap di potong. Yaya pula aku tugaskan untuk cari troli berdekatan. Alhamdulillah kami dapat parking di bahagian parking keluarga. Jika tak, jauh kami nak menapak dari tempat parking biasa. Dan masa itu emas buat kami. ๐Ÿ˜›

Ada 2, 3 barang yang wajib beli. Semangat kena kental agar tak terbeli barang yang tak sepatutnya. Besar dugaan dan godaan bila kaki dah jejak pasaraya ni. Hud macam biasa, dah terjerit nak itu nak ini. Walhal baru saja lepas lunch. Ishh, ni mesti kes rambang mata.

Selesai jumpa Yana di bahagian ayam, kami terus pilih buah-buahan. Terpandang pulak pisang cavendish RM3.99 per kilo! Aku pilih epal hijau, hud nak epal merah. Done urusan kami di situ.

Biasanya jenama pads apa yang korang pilih? Macam aku, aku ada beberapa jenama yang menjadi jenama favourite. Aku jenis yang tak setia pada satu jenama. ๐Ÿ˜†

Libresse, Intimate atau Kotex adalah antara jenama yang akan aku bandingkan harga sebelum beli. Macam baru ni, Kotex dan Libresse dijual dengan harga promosi berserta free gift yang super comel, memang berbaloi menjadi pilihan. Biasanya jarang kotex nak bagi free giftkan.

Disebabkan harga promosi Kotex lebih murah dari Libresse, aku dan Yana sepakat pilih Kotex. Teruja muka 2 my girls ketika pilih corak pouch kegemaran.

Masuk je dalam kereta, Hud dah minta Yana untuk koyak plastik lut sinar kotex sebab dia nak pegang pouch beg tu.

"Hud nak simpan lego Hud la." Senang hati dia masukkan beberapa koleksi lego ke dalam pouch bag warna pink. Layankan saja asalkan dia tak buat perangai ketika aku drive.

Begitulah rutin hari Jumaat aku jika pada hari tersebut aku perlu ke pasaraya. Pembahagian tugas dan senaraikan terlebih dahulu barang keperluan, penting jika korang nak cepat macam aku.

Thanks sebab sudi singgah dan baca coretan aku untuk kali ni. Until we meet again. ❤


April 04, 2018

Eat Your Water.

by , in


Setiap hari aku akan pastikan anak-anak minum air secukupnya. Sebotol air bersama bekalan makanan adalah menu wajib setiap pagi. Jika ada aktiviti tambahan di sekolah, mereka tetap aku pastikan untuk bawa sebotol air. Cuaca terik antara jam 12 hingga 3 petang merisaukan aku. 

Tapi tahukah anda, air tidak hanya ada di dalam gelas, tetapi di pinggan juga!


Bagi yang tidak dapat minum air yang mencukupi atau yang ingin menambah pengambilan air, makan makanan yang mengandungi air yang tinggi adalah pilihan yang tepat.

Mengapa begitu penting untuk kekal terhidrat?

Membantu menggerakkan oksigen dan nutrien melalui darah ke sel.


Menurunkan tekanan pada jantung.

Mencegah kekejangan otot.

Melincirkan sendi.

Membantu mengekalkan sel-sel kulit dan kelihatan muda.

Mengurangkan atau menghalang selulit.

Membuang toksin dari badan.

Membantu mengelakkan batu ginjal.


Apabila kita makan lebih banyak makanan yang kaya dengan air, tubuh kita akan menyerap air dengan lebih perlahan kerana ia terperangkap dalam struktur makanan ini. Penyerapan yang perlahan ini bermakna air dalam makanan tetap di badan kita lebih lama, dengan banyak manfaat tambahan.


Aku pilih timun sebagai contoh. Kerana timun terdiri dari 96% air, pengambilan timun tiga ounce hampir sama dengan minum tiga auns air. Selain penuh dengan H2O yang menghidratkan, buah-buahan mentah, sayuran dan makanan utama yang kaya dengan air mengandungi nutrien, vitamin, mineral dan serat yang dapat meningkatkan kesihatan, membangunkan sistem imun, menguatkan otot dan meningkatkan prestasi atletik anda.

Jangan lupa 'eat your water', terutama ketika cuaca panas terik. Semoga kesihatan yang baik milik semua. 


Nota: Thank you to Google di atas perkongsian gambar. 


April 01, 2018

Chewies Immunolicious Gummy.

by , in


Assalam dan hai. ๐Ÿ˜Š

Memilih supplement untuk anak adakalanya agak mencabar. Jika anak sulung suka jenama A, tidak semestinya yang bongsu pun suka. Benarlah citarasa setiap manusia berbeza. Begitulah cabaran yang sis hadapi setiap kali beli supplement.

Dengan penuh rasa kasih sayang pilih dan beli. Bawa pulang dengan rasa gembira di hati nak bagi Hud makan. Seronok Hud lihat kakak dan abang kunyah sambil menanti giliran dia sampai.

"Eee, tak sedap. Masam."

Sempat la 2 kali dia kunyah. Terus diluahnya. Termenung sejenak sis, berfikir brand apa lagi sis nak cuba untuk Hud. Sis ambil dan kunyah sebiji, memang agak masam untuk Hud yang berumur 4 tahun.

Sehinggalah beberapa minggu lepas, sis berpeluang untuk mencuba Chewies. Alhamdulillah. Hud suka Chewies Immunolicious Gummy Perisa Strawberi. Tak terlalu manis dan tak terlalu masam. Taste as sweet as candy. Yummylicious!

Chewies Immunolicious Suplemen Kanak-kanak mengandungi Wellmune®, beta glukan semulajadi yang dipatenkan bagi meransang pertumbuhan imunisasi dan juga mengurangkan masalah jangkitan demam dan selsema.


Dos harian yang disyorkan adalah 2 Gummy Chewies untuk kanak-kanak dan 4 Gummy Chewies untuk dewasa. Chewies Immunolicious (Gummy) diperkaya dengan Wellmune® – gluco polysaccharide yang berasal dari yis proprietari – yang bertindak sebagai penggalak semula jadi sistem imunisasi kanak-kanak dan orang dewasa. Ada tiga perisa Mega-Mango, Super-Strawberry dan Ultra-Orange.

Kepada mummy dan father yang tercari supplement buat kids, korang boleh cuba Gummy Chewies ni. Mana nak beli? Boleh didapati di Guardian, Watsons dan farmasi terpilih. Selamat mencuba ye. 


Post Top Ad