Post Top Ad

November 22, 2017

Kaya hakiki adalah kaya hati.

by , in

Kredit to Google atas koleksi gambar

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kaya Hakiki Adalah Kaya Hati

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.

2.  Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki).

3.  Berapa ramai orang kaya yang memilii harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.

4.  An Nawawi: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. 

5. Kaya yang hakiki ialah sifat pemilik harta yang tidak tamak malah dermawan kepada orang lain.

Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang soleh.

22hb Nov  2017
03hb Rabiul Awal 1439H

November 21, 2017

Manusia tidak puas mengumpul harta.

by , in



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Manusia Tidak Puas Mengumpul Harta

عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Dari 'Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat." (HR Bukhari No: 5956) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia tidak pernah puas dengan harta. Itulah sifat dan watak manusia kecuali yang Allah beri taufik. 

2.  Ada orang yang menghabiskan waktunya hanya untuk urusan dunia, terus menerus mengumpulkan harta dan kemewahan, sampai lalai dari ketaatan dan hati menjadi sibuk dengan dunia daripada akhirat. 

3.  Manusia yang sibuk mencari harta, walaupun telah memiliki sejumlah harta, masih tidak merasa cukup dengan apa yang ada.

4.  Musthofa Al Bugho dalam  Syarh Riyadhus Sholihin : “tidak ada yang memenuhi perutnya kecuali tanah” bermaksud ia terus menerus memenuhi nafsu dirinya dengan harta sampai ia mati dan di kuburnya isi perutnya dipenuhi dengan tanah kuburan.

5.  Bagi yang diberikan taufik, ia segera bertaubat dan memohon ampun, Allah menerima taubat setiap hamba. 

Ingatlah, harta berkepuk yang kita himpun mungkin menjadi bala dan musibah di hari akhirat nanti.

21hb Nov  2017
02hb Rabiul Awal 1439H


November 20, 2017

Anak A++ vs anak kurang A.

by , in
Semoga rezeki anak-anak korang semua  sentiasa dimurahkan

Pengalaman aku sendiri yang ada anak. Ada anak aku yang pernah dapat nombor 1 dalam kelas dan tingkatan. Sekaligus merangkul pelajar terbaik dalam subjek itu dan ini. Dan di angkat sebagai pelajar contoh untuk tahun tersebut.

Seorang lagi, ketika darjah 6, di tempatkan di kelas bukan favorite mak ayah. Namun keputusan UPSR buat dia terselit bergambar bersama pelajar berkeputusan cemerlang. Aku sekolahkan di sekolah aliran biasa sebab sama sekolah dengan kakaknya dan senang aku nak pantau dan menyinga jika mereka tersilap langkah.

Ada anak aku yang tak cemerlang A tapi bab kemas rumah, kalah kakaknya. Dia jugalah anak yang mula-mula tanya itu ini saat aku mengigil ketika demam.

Bagi aku, biar apa jua level kepandaian anak, pengetahuan agama kena A++ dalam diri mereka. Mereka perlu tahu ada Allah yang mengetahui, memerhati bila kita jauh dari mereka. Terutama bab solat awal waktu. Bercouple itu haram. Tipu mak ayah itu salah. Hormat guru. Jaga akhlak. Kerana pengaruh negatif rakan sebaya amat kuat. Kalau anak jiwa rapuh dan tak tahu nak tepis hasutan, memang akan termakan juga hasutan mahupun cabaran rakan negatif.

"Kau ni, muka saja lawa tapi takde boypren. Tak laku."

Itu ayat yang keluar dari murid sekolah menengah zaman sekarang. Dari sini, tanpa info bab couple demi info untuk anak jika kau tak cerita, anak akan mula pandang diri dia kekurangan sesuatu. Itu baru perang mulut bab couple. Kalau bab rokok, lain pula debatnya.

"Tak merokok bukan jantan!"

Aku pula rasa nak suruh budak tersebut baca tahiyat awal dan tahiyat akhir secara live masa perhimpunan sekolah. Nak tahu juga tahap mana jantannya. Sebab ada yang surah Alfatihah pun masih merangkak bacaan walaupun dah tingkatan 4!

Raikan anak seadanya. Agar tiada hati yang terguris. Anugerah Allah ini ada 'special' yang tersendiri. Jangan letih untuk nasihat, bercerita, share bab how to be manusia yang baik akhlak dan jaga agama. Bila ada perkara negatif lalu untuk menghasut, mereka tahu bagaimana nak tepis dan abaikan. Masih ingat nasihat kita ketika nak buat keputusan.

Bukan mudah nak didik anak tapi inilah cabaran dan amanah untuk mereka yang bergelar mak ayah.


Eiza Greenappleku

November 18, 2017

Percutian idaman dengan MAS

by , in


Salam dan hai semua. :)

Setiap dari kita sure ada percutian idamankan. Begitu juga dengan aku. Aku idamkan percutian bersama MAS. Lagi best jika percutian tu turut disertai oleh rakan sekepala. Kenapa aku cakap sekepala. Sebab kalau tak sekepala, mungkin serba tak kena percutian jadinya.

Seronok tengok orang jalan sana sini. Then share kat IG, FB, blog, semua tempat yang telah mereka sampai. Layan perasaan tengok koleksi gambar mereka yang cantik-cantik. Dari situ aku mulalah berangan andai satu hari nanti rezeki aku pula untuk bercuti.

First, sebelum aku mula berangan, terima kasih kepada Google dan tuan punya gambar  yang aku share kali ini. Tak tau kenapa tapi suka sangat feeling berada kat tempat orang and suddenly teringat kat negara sendiri. Feeling ni hanya dapat dirasai time kita travel je. Especially ke overseas. And time tengah rindu kampung tu, bila terjumpa orang-orang dari negara kita kat sana, rasa macam wahh, bestnya. Time tu rasa rindu sangat kat negara sendiri. Patriotik habis, kan.

Pastu fly balik Malaysia naik Malaysia Airlines. Lagi la rasa rindu tu membuak-buak. Melangkah masuk saja ke dalam flight terus rasa macam dah sampai Malaysia walaupun flight belum take off lagi. Heee.

Siapa tak suka makan sate is rugi.

Tambah pula di sambut oleh flight attendants berbaju batik yang sentiasa tersenyum manis dan friendly. Terus sejuk hati dan hilang penat angkat beg yang berat. Sepanjang perjalanan, dorang akan make sure kita rasa selesa walaupun kelas ekonomi. Tu belum cakap pasal menu makanan dalam flight lagi. Ada sate, nasik lemak, mee goreng dan macam-macam lagi. Semuanya cukup untuk buatkan aku rasa macam dah kat Malaysia.

Destinasi pilihan aku ialah Bangkok Thailand. Walaupun dekat, tapi aku still belum ada rezeki nak sampai ke sana. Negara gajah putih ni dah lama memukau hati dengan dorang punya kebudayaan, keindahan alam semula jadi dan makanan. Unik dan menarik!

The Grand Palace. 

Antara tempat-tempat yang ada dalam bucket list aku mesti la banyak. Pertama, the Grand Palace. Terletak di tengah-tengah nadi bandaraya metropolitan Bangkok, the Grand Palace ni merupakan sebuah kediaman rasmi raja Siam sejak dari tahun 1782. Terdiri daripada beberapa stuktur bangunan yang majestic habis, istana ni juga terletak bersebelahan dengan sungai yang femes dalam buku goegrafi, Sungai Chao Phraya. Memang grand sangat, sesuai dengan namanya.

Temple of Dawn. 

Next, aku nak melawat ke Wat Arun atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Temple of Dawn. Kuil ini di namakan bersempena dengan dewa Hindu, Aruna. Ia juga terletak berdekatan dengan Sungai Chao Phraya dan menjadi landmark yang terkenal di sini. Kecantikan kuil ni jelas terserlah lagi-lagi bila time sunset. Korang akan dapat tengok bayang-bayang struktur kuil ni kat sungai, dilimpahi dengan cahaya matahari terbenam. Cantik. Terpukau mata yang melihat.

Cuba teka, apa nama menu berdasarkan bahan yang ada. 

Seterusnya, the floating market. Menurut research yang aku pernah buat, ada beberapa pasar terapung di bandar ni, antaranya seperti Taling Chan Market, Bang Ku Wiang Market, Tha Kha, and Damnoen Saduak. Mana-mana pun boleh, asalkan aku dapat experience berada kat situ and rasa sendiri keunikan shopping barang basah atas bot. Menarik tuuu. Lagi menarik sebab harga kat pasar pun tak setinggi harga di pasaraya, kan? Heeee.

Erawan waterfalls. 

Erawan Waterfalls. Tempat ni terletak sedikit luar daripada bandaraya Bangkok dan kita perlukan tourguide untuk memudahkan perjalanan ke sana. Air terjun ni terkenal dengan kolam bertingkat dan airnya yang jernih dan menyegarkan. Tempat ni terletak dalam kawasan taman negara jadi macam biasa, kita kenalah sentiasa jaga kebersihan dan tidak merosakkan sebarang tumbuhan di sana. Dan kalau korang nak tau, biasanya dalam pakej tour tu, ada juga dorang tawarkan lawatan ke elephant sanctuary! Macam best je kan?

And untuk ke sana, MAS akan jadi pilihan aku. Aku tau harga dia kadang-kadang agak mahal berbanding dengan syarikat penerbangan lain. Sekali sekala belanja untuk diri sendiri, apa salahnya. Kan.

Malaysia Airlines. 

Aku klik Traveloka. Wow! Hari-hari ada saje promosi flight tiket. Jadi korang tak perlu tunggu special occassion untuk grab tiket murah. Try layari link​ ​Malaysia​ ​Airlines​ ​Online​ ​Booking​ ​Ini​ untuk search tiket korang.

Aku nak sambung berangan. Semoga angganku suatu hari nanti menjadi kenyataan. ☺


November 16, 2017

REDHA

by , in

Kredit to Google

Kali ni aku nak guna tajuk artikel ala-ala novel fixi. Satu perkataan. Berjuta rasa. Lama juga aku tak penulis dalam blog. Sejak kebelakangan ini aku sekadar kongsi satu hari satu hadis. Bukan tak ada cerita untuk dikongsi tapi disebabkan terlampau banyak cerita yang terjadi, lebih baik kita kawal mata Pena. Agar tiada hati yang terguris dengan ketajamannya. 😂

Semalam, aku kira kos yuran pendaftaran kelas tuisyen anak aku untuk tahun 2018. Cikgu tuisyen dah bagi jadual berserta harga dua hari lepas. Tahun depan, tiga orang anak aku bakal aku hantar untuk subjek matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia. Yang sekolah rendah, aku rasa tak perlu sebab ada akak abang yang mampu membantu. Kira punya kira, wow juga jumlahnya.

Semalam juga harga petrol naik lagi. Kononnya kenaikkan mampu kurangkan beban rakyat. Yang aku nampak, beban aku bakal bertambah. Dulu baget petrol aku, 50 ringgit untuk seminggu. Kemudian naik 70-80 ringgit dan selepas ini mungkin akan naik dan naik lagi.

"Mama, ni surat senarai buku dan pakaian sukan untuk tahun depan."

Nantilah aku kira. Beri peluang untuk diri bertenang. Bila dah tenang, hati akan redha. Bila kau redha, Allah akan gantikan kecewamu dengan sesuatu yang tak pernah engkau jangkakan.


November 14, 2017

Allah benci orang yang kuat bermusuhan.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang paling kuat bermusuhan.

2.  Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد  ialah permusuhan yang keras. Manakala perkataan  الخصم  pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim).

3.  Hal ini menunjukkan perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah).

4.  Firman Allah ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 204 :

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.

5. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka.

Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.

14hb Nov  2017
25hb Safar 1439H


November 05, 2017

Golongan yang dijauhi dari Syurga.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Yang Dijauhi Dari Syurga

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ

Dari Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut:

a.  Orang yang menipu

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).

b.  Orang yang bakhil

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ

Dari Asma' binti Abu Bakar RA ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, maka Allah akan bakhil kepadamu.  (Sunan Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih.

c.  Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si penerima).” (QS. Al-Baqarah: 264).

d.  Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kehidupan rakyat yang sejahtera).

Jadilah kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah. Bukan pemimpin bermewah sedangkan rakyat menderita.

2.  Orang yang pertama sekali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).


05hb Nov  2017
16hb Safar 1439H



November 02, 2017

Solat Dhuha dua rakaat menganti seluruh sedekah ruas tukang.

by , in

Kredit to Google


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Dari Abi Zar RA dari Nabi SAW, seungguhnya bersabda Rasulullah SAW: pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh ruas tulang di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir juga adalah sedekah. Begitu pula amar maaruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua boleh diganti dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 rakaat” (HR. Muslim No:  1181) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap ruas tulang kita perlu melakukan sedekah setiap hari bermula dari matahari terbit melalui pelbagai amalan antaranya melalui:

a.  bacaan tasbih

b.  bacaan tahmid

c.  bacaan tahlil

d.  bacaan takbir

e.  setiap perbuatan mengajak kepada kebaikan dan ketaatan dalam pelbagai relung

f.  setiap perbuatan melarang atau mencegah dari kemungkaran

2.  Kesemua amalan anggota badan tersebut boleh diganti dengan melaksanakan solat sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat. 

3.  Menurut Ibnu Daqiq solat merupakan amalan semua anggota badan. Jika seseorang mengerjakan solat, maka setiap anggota badan menjalankan fungsinya masing-masing.

4.  Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan tentang agung dan mulianya solat sunat Dhuha dan menunjukkan besarnya kedudukan solat sunat Dhuha hingga mampu menyaingi amalan zikir serta amar maaruf nahi mungkar.

Alangkah baiknya kesemua amalan di atas dapat dilaksanakan dan menjadi rutin harian setiap orang.


02hb Nov  2017
13hb Safar 1439H

Post Top Ad