Post Top Ad

Oktober 19, 2017

Hilang amanah dan berlaku kiamat.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hilang Amanah dan Berlaku Kiamat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Dari Abu Hurairah RA berkata: Ketika Nabi SAW berada dalam suatu majlis membicarakan suatu kaum, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi lalu bertanya: "Bila datangnya hari kiamat?" Namun Nabi SAW tetap melanjutkan pembicaraannya. Sementara itu sebahagian sahabat ada yang berkata; "baginda mendengar perkataannya akan tetapi baginda tidak menyukai apa yang dikatakannya itu", dan ada pula sebahagian yang mengatakan; "bahawa baginda tidak mendengar perkataannya." Hingga akhirnya Nabi SAW menyelesaikan pembicaraannya, seraya berkata: "Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?" Orang itu berkata: "saya wahai Rasulullah!". Maka Nabi SAW bersabda: "Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah terjadinya kiamat". Orang itu bertanya: "Bagaimana hilangnya amanah itu?" Nabi SAW menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka akan tunggulah terjadinya kiamat". (HR Bukhari No: 57) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hari Kiamat adalah hari kemusnahan dan kehancuran pada alam ini

2.  Antara tanda kiamat akan berlaku apabila hilang sifat amanah

3.  Amanah itu adalah nilai keimanan. Bila hilang kejujuran, tergoda dengan habuan dunia, terlibat dengan penyelewengan dosa dan maksiat seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa maka akan lunturlah nilai keimanan. 

4.  Amanah hilang apabila urusan dan pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahli dan tidak layak apabila nilai keimanannya hilang.

5.  Menurut Al-Munawi, dekatnya kiamat apabila menyerahkan urusan dalam hal amar (perintah) maaruf dan nahi (larangan) mungkar kepada yang tidak amanah, rapuh agamanya, lemah Islamnya, dan mengakibatkan bermaharajalelanya kebodohan. 

Pastikan kepimpinan itu diserahkan kepada mereka yang AMANAH.

19hb Okt  2017
28hb Muharam 1439H


Oktober 16, 2017

Permudahkan, jangan menyulitkan urusan pelanggan.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan Jangan Menyulitkan Urusan Pelanggan

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ شِمَاسَةَ قَالَ أَتَيْتُ عَائِشَةَ أَسْأَلُهَا عَنْ شَيْءٍ فَقَالَتْ مِمَّنْ أَنْتَ فَقُلْتُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ مِصْرَ فَقَالَتْ كَيْفَ كَانَ صَاحِبُكُمْ لَكُمْ فِي غَزَاتِكُمْ هَذِهِ فَقَالَ مَا نَقَمْنَا مِنْهُ شَيْئًا إِنْ كَانَ لَيَمُوتُ لِلرَّجُلِ مِنَّا الْبَعِيرُ فَيُعْطِيهِ الْبَعِيرَ وَالْعَبْدُ فَيُعْطِيهِ الْعَبْدَ وَيَحْتَاجُ إِلَى النَّفَقَةِ فَيُعْطِيهِ النَّفَقَةَ فَقَالَتْ أَمَا إِنَّهُ لَا يَمْنَعُنِي الَّذِي فَعَلَ فِي مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ أَخِي أَنْ أُخْبِرَكَ مَا
سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي بَيْتِي هَذَا اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

Dari Abdurrahman bin Syimasah dia berkata, "Saya mendatangi Aisyah untuk menanyakan tentang sesuatu, lalu ia bertanya, "Dari manakah kamu?" Saya menjawab, "Seorang dari penduduk Mesir." Aisyah berkata, "Bagaimana keadaan sahabat kalian yang berperang bersama kalian dalam peperangan ini?" dia menjawab, "Kami tidak pernah membencinya sedikitpun, jika keledai salah seorang dari kami mati maka dia menggantinya, jika yang mati hamba maka dia akan mengganti seorang hamba, dan jika salah seorang dari kami memerlukan keperluan hidup maka ia akan memberinya." 'Aisyah berkata, "Tidak layak bagiku jika saya tidak mengutarakan keutamaan saudaraku, Muhammad bin Abu Bakar, saya akan memberitahumu sesuatu yang pernah saya dengar dari Rasulullah SAW. Baginda berdoa ketika berada di rumahku ini: "Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jabatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia mempersulitkan urusan mereka, maka persulitkan dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia." (HR Muslim No: 3407) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut membantu orang yang memerlukan bantuan dengan sebaik mungkin.

2.  Sebagai khadam kepada rakyat, pemimpin, ketua, pegawai atau staf yang menguruskan urusan orang lain sewajarnya berusaha memberikan khidmat sebaik mungkin, mempermudah dan tidak menyukarkan.

3.  Rasulullah SAW mendoakan kepada mana-mana pemimpin, ketua, penjawat awam yang menyulitkan sesuatu urusan rakyat dengan doa agar dia dipersulitkan dalam kehidupan.

4.  Rasulullah SAW mendoakan kepada mana-mana pemimpin, ketua, penjawat awam yang mempermudahkan sesuatu urusan rakyat dengan doa agar dia sentiasa mendapat kemudahan dan dibantu dalam kehidupan.

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

"Ya Allah, siapa yang menjawat suatu jabatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia mempersulitkan urusan mereka, maka persulitkan dia. Dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan ummatku lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia."

Semoga birokrasi tidak menjadi halangan kepada tadbir urus yang baik. Permudahkanlah  setiap urusan pelanggan atau anggota masyarakat yang memerlukan khidmat.

16hb Okt  2017
25hb Muharam 1439H

Oktober 14, 2017

Pemimpin yang menipu rakyat.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Yang Menipu Rakyat

مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Ma'qil bin Yasar al-Muzani berkata, Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan Syurga keatasnya. (HR Muslim No: 203) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Amanah adalah modal paling besar dalam melaksanakan kewajipan kepimpinan.

2.  Kejujuran pemimpin melaksanakan amanah adalah dituntut.

3.  Pemimpin atau ketua sewajarnya menunjukkan kejujuran melaksanakan amanah dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh dan ikutan kepada rakyat atau pekerja di bawahnya daripada tukang sapu hinggalah pegawai tertingginya.

4.  Allah mengharamkan syurga kepada mana-mana pemimpin yang menipu rakyat atau pekerja, menzalimi atau memudaratkan mereka. 

5.  Ibnu Bathal berkata:  “Ini adalah ancaman keras terhadap para pemimpin zalim yang menyia-nyiakan amanah yang diberikan Allah kepada mereka, atau mengkhianati rakyat, atau menzalimi mereka, sehingga dia dituntut kerana menzalimi rakyat pada hari kiamat”. 

6. Sebagai pemimpin, ketua, pegawai, sama ada di peringkat tertinggi Negara mahupun dalam sebuah organisasi kecil perlu bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab kepimpinan bukan menipu rakyat atau orang bawahan.

7. Milikilah sifat kepimpinan yang kompeten dan berintegriti ke arah pembentukan negara  yang dirahmati Allah.

14hb Okt  2017
23hb Muharam 1439H



Oktober 13, 2017

Pemimpin dan tanggungjawab.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin dan Tanggungjawab

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: "Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya." (HR Muslim No: 3408) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap orang dari kalangan kita adalah pemimpin yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Antaranya:

a.  Sebagai menteri, wakil rakyat, ketua jabatan dan sebagainya, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas rakyat dan orang bawahannya.

b.  Sebagai lelaki, ia memiliki amanah dan bertanggungjawab kepada ahli keluarganya seperti sebagai suami, bapa mahupun anak lelaki.

c.  Sebagai wanita, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas suami dan anak-anaknya

d.  Sebagai hamba, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas harta tuannya. Sebagai pekerja, kita ada amanah dan tanggungjawab terhadap majikan untuk dlaksanakan selagi tidak bercangah dengan syarak.

2.  Setiap pemimpin perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh serta berupaya mewujudkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan kepada pengikut yang berada di bawah kepimpinannya.

3.  Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). Segala amanah dan tanggungjawab yang diterima akan dipersoal setiap satu di hari kiamat. 

4.  Hakikat kepemimpinan adalah bertanggungjawab mewujudkan  kesejahteraan. Seorang bapa bukan hanya sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anaknya tetapi perlu berusaha memenuhi standard keperluan makanan yang baik dan berzat. Bukan hanya keperluan material malah juga keperluan pendidikan dan kerohanian.

5.  Seorang pemimpin seperti pak menteri, bukan hanya menjadi  “pemerintah” sahaja, namun yang lebih penting berupaya mengangkat rakyatnya dari jurang kemiskinan kepada kesejahteraan. Tidak hanya berjaya melahirkan tokoh-tokoh korporat dari kalangan kawan rapat malah rakyat seluruhnya. Bukan hanya membangunkan kehidupan rakyat yang terdiri daripada ahli parti yang menyokongnya malah seluruh anggota rakyat di bawah pemerintahannya.

Berusahalah menjadi pemimpin yang kompeten dan berintegriti. Semoga Allah membantu setiap kita dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam kepimpinan ini.

13hb Okt  2017
22hb Muharam 1439H


Oktober 11, 2017

Membela muslim yang dizalimi akan terhindar dari Neraka.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membela Muslim Yang Dizalimi Akan Terhindar Dari Neraka

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَرُدَّ عَنْهُ نَارَ جَهَنَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Abu Darda' dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa membela harga diri saudaranya sesama muslim (mempertahankan kehormatan dan maruah), maka sudah menjadi hak Allah untuk menghindarkannya dari neraka pada hari Kiamat." (HR Ahmad No: 26260) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan seorang Muslim mempertahankan kehormatan dan maruah diri saudaranya yang diketahui seorang yang baik, jika ia dizalimi dengan umpatan, dihina, difitnah, atau diperleceh.

2.  Orang yang mempertahankan kehormatan dan maruah diri saudara Muslim yang lain, nescaya Allah akan menghindarkannya daripada api neraka pada hari kiamat.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ رَدَّ اللَّهُ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Abu Darda' dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang menahan umpatan terhadap saudaranya, maka Allah akan menyelamatkan wajahnya dari api neraka kelak pada hari kiamat." (HR Tirmidzi No: 1854) Status: Hadis Hasan.

Marilah kita menghormati hak saudara kita dengan menjaga maruahnya dan menghalang daripada diumpat dan difitnah. Semoga kita akan dipelihara daripada api neraka di akhirat nanti.

Jangan sekali-kali kita terjebak dengan kelompok pengumpat dan pemfitnah dengan cara memforward sebarang massage yang mengandungi unsur tersebut atau membiarkan tanpa pembelaan.

11hb Okt  2017
20hb Muharam 1439H


Oktober 10, 2017

Menolong orang zalim dan yang dizalimi.

by , in


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ

Dari Anas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (aniaya) dan yang dizalimi". Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?" Beliau bersabda: "Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim) ". Sahih Bukhari 2264:

Pengajaran:

1.  Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mempertahankan saudara Islam yang lain dari dizalimi atau ditindas dan dihina maruahnya.

2.  Orang yang membela kehormatan saudaranya yang Muslim, akan dibebaskan daripada api neraka. Hadis Rasulullah SAW :

عَنْ أَسْمَاءَ بنتِ يَزِيدَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:مَنْ ذَبَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ بِالْمَغِيبِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَعْتِقَهُ مِنَ النَّارِ.

“Dari Asma bt Yazid dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa yang tidak mahu menolong saudaranya yang sedang dihina orang disisinya pada hal dia mampu menolongnya nescaya akan dihina dia oleh Allah ditengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. (HR Tobrani No: 19916)

3.  Abdullah al-Qarni: Apabila seorang Muslim mendengar kesalahan dan pelanggaran atas kehormatan saudaranya dalam suatu majlis, dia berhak untuk membela dan menjawabnya serta menjelaskan bahawa ini adalah salah dan memberitahu kebaikan-kebaikan saudaranya itu jika dia mengetahui kebaikan yang ada padanya.

4.  Jika anda berada di dalam group whatsaap, telegram dan sebagainya membaca sesuatu yang tidak benar terhadap saudara kamu yang di forward di dalam group tersebut, menjadi kewajipan untuk membetulkan dan membelanya sebelum ianya terus diviralkan dan menjadi fitnah.

5.  Seorang Muslim juga bertanggungjawab menolong saudaranya yang sedang melakukan kezaliman terhadap orang lain dengan cara menasihatinya dan menghalang daripada berterusan melakukan kezaliman tersebut. Jangan biarkan saudara Islam kita berterusan melakukan maksiat dan dosa. Firman Allah:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”. (Al-Maidah : 2)

6.  Al-Sobuni mengulas ayat di atas dengan katanya: Bertolonglah kamu di atas perkara kebajikan dan meninggalkan kemungkaran. Takutlah hukuman dan balasan azab kerana Allah amat tegas hukumannya dan keras kepada sesiapa yang derhaka.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang perihatin terhadap orang lain, menolong sahabat kita yang dizalimi juga yang melakukan kezaliman.

10hb Okt  2017
19hb Muharam 1439H


Oktober 08, 2017

Amal yang utama.

by , in

Kredit to Google.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Utama

عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Dari Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang laki-laki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat sesuai dengan waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." [HR. Tirmidzi No.158] Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Antara amal utama dalam kehidupan Muslim:

1.  Solat di awal waktu

2.  Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)

3.  Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut ruang dan kesempatan yang ada) antaranya:

a. Jihad mengislahkan masyarakat kepada pengabdian diri terhadap Allah
b. Jihad mencari ilmu, mengamalkannya serta menyebarkan
c. Jihad melawan nafsu
d. Jihad menentang hasutan syaitan
e. Jihad menentang kezaliman dan mungkar

JOM melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.

08hb Okt  2017
17hb Muharam 1439H


Oktober 07, 2017

Amalan paling utama ialah solat di awal waktu.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Paling Utama Ialah Solat Di awal Waktu

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Dari Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahawasanya ia berkata; "Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" baginda menjawab: "Solat pada awal waktu."[HR. Tirmidzi No: 155]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Keutamaan amalan kepada seorang Muslim ialah solat di awal waktu

2.  Sakit dan kematian tidak diduga ketibaannya. Menyegerakan kewajipan yang fardu seperti solat apabila masuk waktu boleh menjadi pendinding kelalaian solat. Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dijemput menghadap Allah. Yang paling dibimbangi, maut menjemput sebelum sempat solat kerana tidak menunaikannya pada awal waktu

3.  Orang yang melalaikan waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka wail. Firman Allah:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4 )  الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ) 5(

(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya  (al-Maun: 4-5).

Saidina Abbas menerangkan: Wail adalah satu wadi (kawasan lembah yang dalam antara dua gunung dalam neraka jahanam). Ia menjadi tempat kediaman bagi orang yang melewat-lewatkan solat dari waktunya.

Ayuh jaga solat di awal waktu kerana kematian boleh datang secara tiba-tiba.

07hb Okt  2017
16hb Muharam 1439H

Oktober 06, 2017

Pencuri dalam solat.

by , in

Kredit to Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pencuri Dalam Solat

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا قَالَ لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا

Dari Abu Sa'id Al Khudri RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah pencuri yang mencuri dalam solatnya, " para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" baginda bersabda: "Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad No: 11106) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat perlu dilaksanakan dengan sempurna sama ada pada rukun perkataan, perbuatan mahupun niat.

2.  Seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak sempurna perbuatan rukuk dan sujud ketika solat, ia dianggap pencuri dalam solat.

3.  Rukuk yang sempurna dengan kedua telapak tangan diletakkan di lutut dengan jari-jari tangan terbuka dan meluruskan punggung dan leher dengan kadar 90 darjah, sedangkan sikunya renggang dari lambung (bagi lelaki) - berserta tomakninah.

4.  Sujud yang sempurna dilakukan di atas tujuh anggota iaitu  dahi, kedua-dua belah tangan,  kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki - berserta tomakninah (berhenti seketika).

Ayuh pastikan kita tidak menjadi pencuri dalam solat.

 
06hb Okt  2017
15hb Muharam 1439H


Oktober 04, 2017

Wuduk dan solat lima waktu menjadi penghapus dosa.

by , in

Thank you Google

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Wuduk dan Solat Lima Waktu Menjadi Penghapus Dosa

قَالَ عُثْمَانُ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَطَهَّرُ فَيُتِمُّ الطُّهُورَ الَّذِي كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيُصَلِّي هَذِهِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا كَانَتْ كَفَّارَاتٍ لِمَا بَيْنَهَا

Usman berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya sebagaimana Allah telah mewajibkan kepadanya, lalu melakukan solat lima waktu melainkan itu menjadi penebus dosa antara keduanya." (HR Muslim No: 338) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat adalah kewajipan setiap Muslim yang mukallaf

2.  Wuduk yang sempurna menjadi pra syarat kesempurnaan solat.

3.  Orang yang mengambil  wuduk dengan sempurna (memastikan semua anggota wuduk diratakan air mutlak) kemudian melaksanakan solat lima waktu,  ia akan menjadi penghapus dosanya (selain dosa besar) yang dilakukan antara dua solat waktu.

Ayuh sempurnakan wuduk dan laksanakan solat fardu, moga menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu.
 
04hb Okt  2017
13hb Muharam 1439H


Oktober 01, 2017

Puasa menjauhkan dari api neraka.

by , in

Thank you to Google.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.

2.  Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ

Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih

3.  Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan denga ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

4.  Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis ialah pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah  SAW  memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh  (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan

Marilah kita melakukan puasa sunat pada bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura), puasa Isnin dan Khamis juga pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.

Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.
 
01hb Okt  2017
10hb Muharam 1439H

Post Top Ad