Post Top Ad

September 06, 2017

Berwuduk di rumah kemudian menuju ke masjid.

by , in

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Ke Masjid

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ

Dari Uthman bin Affan dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk untuk solat, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berjalan menuju solat yang fardu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jamaah, atau di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya." (HR Muslim No: 341) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah mengampunkan dosa seseorang yang pergi untuk solat fardu ke masjid dengan syarat;

a.  Menyempurnakan wuduk di rumah terlebih dahulu, kemudian

b.  Menuju ke tempat solat berjemaah atau ke masjid untuk mengerjakan solat fardu dan,

c.  Melaksanakan solat berjemaah bersama imam  

2.  Berwuduklah terlebih dahulu di rumah sebelum ke masjid atau ketempat solat berjemaah kerana ia pra syarat untuk pengampunan dosa bagi mereka yang akan melaksanakan solat fardu.

Rugilah jika ada yang beranggapan air di masjid air wakaf (free), lalu ia lebih selesa mengambil wuduk di masjid. 
  
06hb Sept  2017
15hb Zulhijjah 1438H

September 05, 2017

Ganjaran solat sepanjang malam.

by , in

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Solat Sepanjang Malam

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

Dari Uthman bin Affan ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isya berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isya dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam." (HR Tirmizi  No: 205) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah memberi kelebihan kepada mereka yang melaksanakan solat berjemaah di masjid.

2.  Muslim yang solat isya berjemaah, dia akan mendapat pahala seolah-olah solat separuh malam.

3.  Muslim yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah akan mendapat ganjaran seolah-olah ia telah bersolat sepanjang malam.

4.  Rebutlah peluang mendapat ganjaran yang besar dengan melaksanakan solat fardu Isya dan Subuh di masjid secara berjemaah.
 
05hb Sept  2017
14hb Zulhijjah 1438H


September 02, 2017

Sunat bertakbir 9hb Zulhijjah hingga 13hb Zulhijjah.

by , in


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sunat Bertakbir 9hb Zulhijjah Hingga 13hb Zulhijjah

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih

Pengajaran:

1.  Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidul Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar). 

2.  Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah. 

3.  Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula pagi 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. 

4.  Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.

Eloklah kita melaksanakan takbir khususnya selepas solat waktu disepanjang 09hb hingga waktu asar 13hb Zulhijjah.
  
02hb Sept  2017
11hb Zulhijjah 1438H


Post Top Ad