Kartun Kartunis Nik Wafdi tentang Puasa

Cuba tanya niat puasa. 

Menusuk ke jiwa nukilan rasa daripada kartunis Nik Wafdi. Aku suka kartun lukisan tarbiah dia. Santai dan penuh pengajaran. Terasa peringatan hingga ke tulang hitam. 

Ada satu hari tu, dua tiga hari lepas agaknya. Kereta aku berhenti betul-betul dihadapan restoran nasi kandar terkenal dek kerana kesesakkan lalulintas. Sambil layan jem, mata aku liar memerhati keadaan sekeliling. 

Manalah tahu ada penjenayah. Dapatlah aku buat apa yang patut demi menyelamatkan diri. Zaman sekarang, jejak je kaki ke tempat awam, kena sentiasa alert dengan situasi sekeliling kerana penjenayah tidak mengenal mangsa.

Aku pun tengok la dalam restoran terkenal tu. Eh dah kenapa ramai brother tapau nasi kandar. Okay aku bersangka baik. Mungkin untuk isteri mereka agaknya memandangkan jam digital kat dashboard kereta baru up ke angka 12:30 tengahari.

Selamat berpuasa buat korang semua. Aku teringin nak makan pulut udang versi utara ni. Belum tercapai hajat aku ni. Gerai yang selalu aku beli setiap kali Ramadhan, tak berniaga pula tahun ni. Misi pencarian akan diteruskan.


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. pulut udang? xpenah dengar. hehe. memang ramai amik kesempatan beli makanan time2 puasa ni. Allahu akbar. kita perempuan pn segan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama