Baru-baru ni heboh dan sebak bila terbaca kes ketabahan seorang suami mengutip organ dalaman isteri yang maut digilis lori pasir. Pada mulanya aku baca sepintas lalu dan syak ini mesti kerja kecuaian pemandu lori. Sebab, kes kemalangan maut akibat kecuaian pemandu lori dah menjadi perkara biasa. Aku pernah terlihat, ada warga asing yang menjadi pemandu lori. Herm..apa kes ni?

Back to the story, bila selesai baca sepintas lalu berita diatas, aku go true komen pembaca. Ramai yang taip takziah dan al-Fatihah. Tetapi dalam banyak-banyak komen, terselit komen

"Aku rasa, tak senang duduklah pemandu merc tu."

Aik, nampaknya aku dah tersalah tafsir. Terus aku baca keseluruhan berita.

"Akibat di himpit sebuah kereta merc, kami jatuh ke bawah lori.."

What! Akibat dihimpit? Ini telah menimbulkan kemarahan aku. Terus aku up entri dalam blog. Penunggang motosikal pun kau nak himpit? Pergilah himpit pemandu lori tu. Apalah sangat jika beri laluan sahaja kepada mereka yang bawa motosikal. Tak sampai berapa minit pun kau nak tunggu. Ini mesti sikap tidak sabar dan rasa, aku bawa kereta mewah..mana ada kenderaan lain berani himpit. Beri laluan lagi adalah.

Tidak dinafikan ada sesetengah, aku besarkan perkataan SESETENGAH pemandu kereta mewah ni, berlagak ketika memandu. Pandang kenderaan lain sebelah mata. Dia rasa nak himpit, dia himpit. Dia rasa nak potong, walaupun double line, dia potong. Aku yang berada di laluan bertentangan pula yang ketepi bila melihat dari jauh, mereka ni tengah pecut laju menghala ke laluan aku. Gila. Kalaulah tepi kiri aku tu ada motosikal, tak ke naya hamba Allah tu.

Kan dah membebel panjang aku. Banyak lagi kes salah laku pemandu yang mengakibatkan orang lain menjadi mangsa. Nasihat aku, sebelum korang berfikir untuk bertindak kurang sopan ketika memandu, fikirkanlah akibat yang mungkin terhasil dek kerana sikap korang. Mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah.

Terima kasih kerana sudi menjengah dan membaca nukilan lepas marah aku.


Posted via Blogaway

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Yup... I ada jugak baca pasal kes nih. Tak boleh dinafikan sesetengah pemandu kereta mewah berlagak. Apabila berlagak + kurang sabar + cuai, maka orang lain yang menjadi mangsa. Semoga pemandu Mercedez itu dapat dikesan dan dihukum.

    BalasPadam
  2. logorithm,alamak.. rakan blogger otai komen lah. Sangat menghargai. Dah bertahun kami bersahabat maya. Hope kita semua menjadi pemandu yang sabar dan alert ketika memandu. Nyawa manusia, tiada ganti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama