Nota GreenAppleKu : Selalu basuh telur sebelum di simpan. Jumpa artikel ni. Doktor pun sarankan agar telur dibasuh sebelum diguna. Jom kita amalkan.

TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT


Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan.

Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.

Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.

Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.

Hal ini telah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.


http://drzubaidi.com/blog

posted from Bloggeroid

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. basuh telur sebelum guna.. kalau basuh sebelum simpan..nanti hilang selaput protection pada telur.. mudah bakteria nak masuk katanya.. wallahualam..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama