Masih ramai daripada kita yang memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan taubat atau " segan" dengan Allah hendak bertaubat. Pangkas alasan-alasan tersebut dengan memprogram balik minda kita dengan skrip berikut :


" Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru fokus kumpul pahala."
Nota : Mati tidak mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.


" Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan."
Nota : Aku yakin Allah yang bersifat Maha Pengampun (al-Ghaffar) pasti tidak akan sia-siakan taubat aku kalau aku ikhlas dan bersungguh-sungguh.


" Dah terlambat untuk bertaubat."
Nota : Ustaz pernah bagi ceramah, katanya: "Pintu taubat hanya akan tertutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur. Selain itu, pintu taubat terbuka luas." Ha... masih sempat lagi aku bertaubat ni!


" Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubah tabiat, apalagi hendak bertaubat."
Nota : Hati berada dalam kekuasaan Allah. Di mana ada semut di situ ada gula. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


" Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih lakukan dosa lagi."
Nota : Aku ini hanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Yang penting aku perlu sedar aku telah berdosa dan cepat-cepat bertaubat. Taubat berkali-kali pun tidak apa.


" Aku rasa aku tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?"
Nota : Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lebih baik aku bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.


" Nanti apabila nak tunai haji baru nak taubat sungguh-sungguh."
Nota : Ish, takkan aku nak bertaubat pun kena tunggu musim. Kalau nak tunggu naik haji dulu baru bertaubat, mesti dah beruban. Aku azam ingin bertaubat setiap hari. Lagikan Rasulullah yang maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari, inikan aku manusia biasa.


" Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? Kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat.
Nota : Tidak perlu aku tunggu apabila dah berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau bertaubat.


" Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang."
Nota : Ahh...mula-mula je manusia mengata. Biasalah, hendak berubah baik ni ada cabaran sikit. Lagipun mereka tidak boleh bantu pun aku di akhirat kelak. Yang penting Allah reda dan suka dengan aku.


" Kalau aku bertaubat, maknanya aku kena tinggalkan semua duit haram ini."
Nota : Ish, tak nak la di dunia hidup gembira dan seronok, tetapi di akhirat meraung kena azab. Aku ingin buat pilihan yang tepat dan bijak, bertaubat sebelum terlambat.


Sumber: Dari Majalah Solusi. Rugi kalau tak dapat senaskah setiap bulan. Banyak ilmu motivasi dan fardu ain untuk kita semak. :)


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. http://blogzorroxx.blogspot.com/
    mohon mencelah ea.. btw nice enrti anda.keep it up

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama