Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.


GreenAppleKu : Share artikel dari blog wanita melayu seksa. Bila berbicara bab tudung ni, pada saya jika nak 'stylo' sekali pun, wajib memakai tudung dengan cara yang betul. Maaf cakap, takde maknanyer' tudung mahal-mahal, stylish mahupun terkini jika aurat tidak di tutup sepenuhnya.



8 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. perkara yang wajib mesti didahulukan..

    BalasPadam
  2. Setujuu

    Tak guna tudung mahal2 kalau aurat tak ditutup sepenuhnya

    BalasPadam
  3. yang penting pakai tudung tu dulu. pastu baru fikir gaya mana yg sebaik baiknya.

    BalasPadam
  4. ada yang atas dada, pastu warna warni, boleh menarik perhatian lelaki..aurat gak tu...

    BalasPadam
  5. alahamdulillah ada wanita dari tak bertudung terus bertudung...setakat ni.alhamdulillah bila aksesori n fesyen tudung byk yg menarik minat wanita kita memkai tudung tapi mesti kena gayanya dan hukumnya.alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. maken pelek kalo maseh menutup aurat 100% ok kot

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama