GreenAppleKu : Masa mula-mula baca tajuk artikel terbaru Dr. Juanda ni, saya terfikir, apa makna KONGLOMERAT ni? Bluur seketika. Nak capai kamus, malas ler pula, jadi saya meneruskan pembacaan artikel tersebut demi mencari jawapnya.


”Awak tahu tak, Arief ajak saya shopping merata-rata butik kat KLCC bawa perangai dia yang tak senonohlah. Awak bayangkan, dia sibuk memilih barang dan tak tanya saya pun apa barang yang saya nak beli. Apabila dia dah dapat semua barang yang disukai terus dia bayar dan suruh saya bawa beg-beg itu semua penuh di tangan. Dia pula berjalan seorang sambil melihat-lihat apa lagi yang nak dia beli. Sementara saya ni, ditinggalkan seorang diri dengan beg-beg dia tu. Tak tanya pun ada apa-apa yang saya minat dalam butik tu. Orang akan kata, beruntungnya saya dapat suami yang baik macam dia, banyak belikan barang. Kah ,kah, kah…. semua ketawakan Azura yang duduk bersama suami dan kawan-kawan di cafe house sebuah hotel berbintang lima. Seorang kawan mereka menyampuk, dah la tu… bersyukurlah dapat anak orang kaya yang tak senonoh ni. Walaupun dia kurang romantik tapi apa yang awak mahu semua awak dapat”

Di tengah kegembiraan bersama suami dan kawan-kawannya, Azura masih terasa ada sesuatu yang mengganjal di hatinya. Walaupun Arif mencintai dirinya tetapi terkadang ahli keluarganya yang lain memandang dia sebelah mata. Setiap hari dia harus pandai mengambil hati mereka supaya dia layak duduk ditengah-tengah keluarga kaya raya yang memiliki beberapa syarikat bertaraf antarbangsa. Begitulah risiko kahwin tak sama darjat.

Anda mungkin tak pernah terbayang akan berjodoh dengan anak orang kaya. Di mata zahir nampak kelebihan dan keberuntungan sahaja jika anda bersamanya. Tetapi perlu diingat tentang risiko berdampingan dengan si dia. Anda mesti bersedia dari segi perasaan dan mentaliti untuk menjadi seorang isteri. Pada kebiasaannya isteri yang tidak sama taraf dan kedudukan atau latar belakang pendidikan dengan suami akan mengalami gangguan perasaan sepanjang perkahwinan. Walaupun harta benda dan segalanya boleh dia dapat dengan senang hanya satu yang kurang dalam dirinya iatu bayang-bayang perbezaan diantara mereka.

Pada hakikatnya, keintiman mereka bergantung kepada kesamaan persepsi dan misi dalam kehidupan perkahwinan. Bukan kerana harta, paras muka dan nasab. Kerana kemuliaan seorang manusia itu bergantung kepada iman dan takwanya kepada Allah Taala. Isteri tak perlu merasa rendah diri kerana ia memiliki iman yang paling bernilai. Dengan iman itu dia mampu mengungguli harta benda dan perhiasan termahal di serata dunia ini. Tetapi dimana anda berdiri, disitu anda perlu menyerlahkan keunggulan diri yang sepatutnya boleh mengimbangi kedudukan suami anda. Jangan hanya duduk tenggelam dalam airmata, melayan perasaan yang tak akan ada habisnya. Kerana latar belakang setiap orang tak boleh ditukar ganti.

Itulah ketentuan Allah yang patut disyukuri, yang paling penting adalah berusaha mengorek permata yang berada dalam diri anda. Setiap insan mesti memiliki kelebihan yang tak ada pada diri orang lain. Menjadi isteri yang setia dan mahu bersabar dengan kerenah si suami yang kaya raya bukan perkara yang mudah, jika anda boleh melakukannya maka anda memang layak menjadi isterinya.

Orang kaya biasanya tak kenal susah, bersikap manja dan suka bergantung pada orang lain. Jika keluarganya mendedahkan tentang dunia perniagaan dari kecil lagi maka dia akan hidup dalam disiplin yang tak sama dengan isterinya. Isteri juga kena bersedia dengan wanita-wanita lain yang meminati harta suami. Begitu juga tekanan-tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seorang ahli perniagaan yang sibuk dan mencabar. Wanita mana pun akan memilih suami yang kaya dan berkedudukan tingi tetapi jarang di kalangan mereka yang faham tentang segala risiko menjadi isteri orang kaya.

Sungguh mencabar dan berat dugaan yang harus dihadapi, begitulah kuasa Allah Taala memberi seorang dengan sesuatu dan menahannya daripada sesuatu yang tak mampu termiliki. Sebagai insan beriman dan wanita yang salehah tiada yang paling membahagiakan hati mereka melainkan iman, dialah harta yang paling bernilai. 

Rasulullah SAW telah bersabda: ”Iman itu letaknya di dalam hati.” Jadi bagi sesiapa yang kehilangan iman di hatinya, dia tak akan dapat kebahagiaan yang termahal sekalipun di dunia ini. Walaupun hidup didalam istana yang termegah di dunia.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. walau zaman dh moden pemikiran manusia tak jugak moden moden..balik balik keturunan yang dorang pandang..tu kisah kalau isteri yang berdarjat rendah..belum lagi kisah suami..banyak dengar cerita mentua tak kasi suami jumpa anak dan isetri di sebabkan kedudukan tak sama taraf..nauzubillahi min zalik..

    BalasPadam
  2. @ ~+aSma dAud+~, like komen awak seribu kali, hehe. itulah akibatnya jika agama tidak di jadikan panduan dlm kehidupan. mereka lupa, yang mereka sama sahaja di sisi Allahswt. Kita semua HAMBANYA.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama