Bangun pagi ni, buat apa yang patut, buat apa yang sunat dan buat apa yang wajib, tibalah masa untuk acara 'makan sekeluarga'. Tetapi jauh di sudut hati nurani ku ini, kejanggalan terasa setelah sebulan tidak menjamah makanan di pagi hari. Ada juga timbul rasa, "eh, kang terbatal juga puasa aku". 

Back to realiti, hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri tanda kemenangan setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Maaf cakap ~ kepada yang tidak ambil berat akan hal bab puasa ini, mungkin tidak merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, ada sesuatu yang telah pergi meninggalkan kita. :(

Part yang paling banyak scene air mata ialah sewaktu bersalaman dengan kedua ayah dan ibu tercinta. Biarlah se'brutal' mana wajah dan perwatakan kita, bila tiba waktu mengucapkan...

" Mak, selamat hari raya. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. " (Skrip yang selalu kita dengar dalam drama raya)

Konfem secara automatik, air mata mula bercucuran membasahi pipi menandakan rasa sebak mengenangkan betapa sabarnya kedua ibubapa kita melayan kerenah kita. :) Eh, korang tak mengalami situasi tu ker ? Tahniah sebab korang seorang anak yang sejuk di mata dan hati kedua ibubapa.


" Assalamulaikum, kami datang nak duit raya beraya!!! "


Kunjungan tetamu kecil berjaya menyelamatkan scene air mata di pagi raya. Tahun ini berapa anggaran buget korang untuk beri duit raya yer ?


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. selamat hari raya kpd anda....selamat berblogging...maaf zahir je....batin xde kot...heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama