Hujung minggu ni, nak tulis entri santai-santai sahaja. Santai sambil merehatkan minda di hari minggu yang amat best jika di adakan aktiviti bersama keluarga tercinta. 

Buat yang telah berkeluarga, hujung minggu camnilah adalah hari yang terbaik untuk keluar berjalan-jalan bersama-sama. Kompleks membeli-belah penuh time-time cam ni. Hendak pula, tidak lama lagi kita akan menyambut aidilfitri. Sesak tempat parking kereta.

Seronok melihat adegan sesetengah keluarga semasa di shopping kompleks mahupun ke hypermarket membeli stok barang dapur. Ada keluarga yang happy go lucky. Bahagia sahaja melihat kemesraan dan keakraban mereka. Mana saya tahu ? Boleh tahu sebab itu semua akan jelas terpancar di wajah masing-masing.

Ada juga keluarga yang di lihat seperti ada masalah yang belum selesai. Isteri tolak troli sorang-sorang. Dalam troli ada anak. Bila tiba waktu untuk membayar. Terkial-kial si isteri mendail number handphone si suami. Si suami pula datang dengan wajah tidak puas hati. Apasal nih? 

Ada juga yang bila berjalan, isteri di belakang, suami di hadapan. Sambil jalan sambil marah-marah pada isteri. Yang si isteri, muka dah merah menahan malu di perlakukan sebegitu di hadapan public. Entah isu apa yang di balahkan sehingga terlupa, ada orang yang sedang memerhati gelagat mereka. Hilang macho!

Padahal 'dating' dengan isterilah adalah saat yang paling indah dan seronok. Sebab perhubungan telah di halalkan melalui pernikahan. Jika dahulu semasa ber 'couple', keluar dating adalah saat yang paling seronok dan di tunggu-tunggu sehingga ada yang tidak lena malam sebab memikirkan esok nak berjumpa kekasih hati tetapi mana pergi semua rasa ini setelah si dia benar-benar telah menjadi milik kita yang sah lagi halal.


DKNY YANG SEDIAADA


DKNY TERBARU DI PASARAN....


Nota : Dah lihat iklan DKNY ni tak? Jika terlihat iklan ni, lihat greenapple, ingat blog greenappleku yer. :)



11 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. masa bercinta, semua manis..

    dah kawen, lain pulak citer nye

    BalasPadam
  2. untung la yg dah kawin tu, tmbh yg ade lebih dari sorg isteri.. bile la F nak kawin ni, adess

    BalasPadam
  3. Fuhhhh, semua komen terawal dari mereka yang belum berumahtangga ni. Semuanya masih single ker?

    Semua org nak kahwin tapi dah bersediakah utk menjalankan tanggungjwp terhadap kpd pasangan masing2 kelak. Fizikal, mental semuanya kena hebat dan mantap. Baru aman rumahtangga.

    BalasPadam
  4. hahahaha...siti sokong tuan rumah.. dating selepas hubungan itu halal lebih menenangkan dan menyeronokkan..

    BalasPadam
  5. nk cinta berkekalan n "hot"..wlpn dh berpuluh2x thun kwen..:)

    BalasPadam
  6. Really great article with very interesting information. You might want to follow up to this topic!?! 2011

    BalasPadam
  7. Biasa lah suami-isteri bergaduh kecil. Jangan melampau sudah ler...

    Bak kata pepatah Cina (Kantonis):

    "Chong thow ta kau, chong mei wor", yang literal translation bermaksud "bergaduh di pangkal katil, berdamai di hujung katil". :-)

    BalasPadam
  8. @ logorithm, ermmmmm kenapa dalam istilah tu, kena guna katil, apasal tak guna bantal ker? selimut ker? hehe...

    BalasPadam
  9. Suami mahupun isteri perlu menjaga adab & maruah diri ketika kat public. Mmg pemandangan biasa tengok suami isteri meninggikan suara kat tempat shopping/rekreasi. Kita plak naik malu.. Kenalah kontrol diri sendiri..rosak minda budak2 kecik yg tengok tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama