Cepatnya masa yang berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita mula berpuasa dan hari ini telah masuk hari ke 17 Ramadhan. Terfikir di fikiran saya. Bagaimana dengan puasa saya sehingga ke hari ini? Efektif atau tidak ? Dan jika tidak, bagaimanakah caranya untuk menjadikan puasa saya efektif?

Puasa yang efektif adalah puasa yang dilaksanakan dengan penuh keimanan. Bermaksud, dengan berpuasa seluruhnya.

Mata berpuasa agar tidak menjamah dosa, tidak kira apa imej dan warnannya. 

Lisan berpuasa agar menyibukkannya dengan zikir dan membaca kalam Allah, bukannya dengan menutur kata-kata umpat keji atau berbau lucah (termasuklah gurauan dengan rakan sekerja) dan kata-kata pujuk rayu untuk mengajak orang melakukan dosa.

Tangan dan kaki berpuasa agar tidak terdorong ke tempat-tempat yang mendedahkan diri kepada risiko maksiat. Sebaliknya tangan dan kaki di dorong sebaik mungkin untuk melakukan kebaikan sesama manusia.

Puasa akan menepis sebarang bisikan dan lintasan maksiat dalam pemikiran dan hati, dengan istighfar. Puasa menghentikannya apabila diri memberitahu akal bahawa " AKU SEDANG BERPUASA ".

Secara ringkasnya, PUASA SEBENAR ADALAH PUASA YANG MENGAWAL PANDANGAN, LISAN, PERGERAKKAN ANGGOTA DAN PEMIKIRAN.

Masih belum terlewat untuk efektifkan puasa kita. Dan yang paling indah, jika akhlak ini dapat terus kita jadikan sebagai pegangan diri walaupun Ramadhan telah tiba ke akhirnya.


7 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. jadi..jgn pandang2..jgn pegang2..hehe..baru puasa dikira efektif..yer dak?

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa..jom sama2 efektifkan puasa kita..hihi..

    BalasPadam
  3. yup.. puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

    BalasPadam
  4. @ Mr.Baiz, mcm pernah saya baca jer komen awak ni, tapi d mana ya? haha..

    BalasPadam
  5. @ zalin onceitalk, jom zalin, bersama kita ambil kesempatan yang ada utk efektifkan puasa kita. ;)

    BalasPadam
  6. @ delarocha, banyak menda yg perlu di pertahankan delaroca. (^^)

    BalasPadam
  7. Bagaimana pula dengan tulisan? Misalnya membuat entri yang penceritaannya seakan 18SX tapi in the end sebenarnya cuma entri lawak yang tak 18SX?

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama