Zack : Joe, jom pergi solat. Kalau lewat nanti terpaksalah kita bersolat di luar masjid.

Pelawa Zack ketika dia hendak keluar dari pejabat. Hari ini adalah hari pertama Joe memulakan tugas di tempat kerja baru. Dan orang pertama yang sudi menjadi sahabat Joe adalah Zack.

Joe : Kau pergilah solat Zack, aku nak habiskan kerja ni.

Zack : Eh, tak per. Lepas solat nanti, boleh sambung kerja tu semula. Jomlah.

Joe : Kau sahajalah pergi. Aku tak solat hari ni.

Zack : La, mana boleh macam tu Joe. Solat adalah perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf iaitu baligh dan berakal. 

Joe : Kau kata aku ni tidak berakal lah ya ?

Zack : Bukan macam tu maksud aku. Kenapa kau tak nak solat ?

Joe : Buat apa nak solat. Kitakan muda lagi. Tunggulah bila dah tua nanti. Waktu tu nanti, barulah aku hendak tumpukan sepenuh perhatian aku untuk mengerjakan solat, pergi haji ke. Masa tualah waktu untuk kita beristirehat. Buat amalan banyak-banyak untuk di jadikan bekalan di akhirat kelak. Masa muda inilah waktu untuk kita bekerja kuat, kumpulkan harta untuk bekalan hari tua. 

Mengucap panjang Zack mendengar pendirian Joe dalam bab solat. Dah jauh tersesat rupanya Joe. 

Zack : Ehm kalau kau tak sempat tua, macam mana pula Joe. Katakanlah jika kau ditakdirkan meninggal pada hari esok ? 

Joe : Eh yang engkau sibuk sangat ni apasal. Mak bapa aku tak pernah solat dan mereka juga tidak pernah mengajar aku untuk solat. Walaupun aku tidak solat, aku masih bernafas hingga ke hari ini. Rezeki aku masih di murahkan hingga ke hari ini. Jadi apa yang penting sangat solat ini ?

Zack : Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.

Solat juga merupakan tanda terima kasih kita di atas segala rezeki yang di kurniakan dan begitu juga dengan nyawa yang telah di beri pinjam kepada kita. Tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beramal kerana hanya amalan kita sahaja yang akan menjadi tiket untuk kita ke syurga ataupun ke neraka. 

Joe hanya memandang screen komputer sambil tangannya mengetuk - ngetuk pensel di atas meja tulis. 

Zack : Joe, masih belum terlewat untuk kau bertaubat. Aku bersedia untuk membantu kau Joe. Suatu ketika dahulu, aku juga seperti kau Joe. Islam atas sebab keturunan sahaja. Hal solat, puasa, aku tidak pernah ambil kisah. Hinggalah pada suatu hari, aku di uji dengan kemalangan yang dasyat. Aku koma sebulan. Di saat aku koma tu, aku telah bermimpi untuk melihat segala balasan yang akan aku terima di sebabkan kejahilan aku. Tunang aku meninggal di tempat kejadian. Dia hamil anak luar nikah aku ketika dia meninggal Joe. Itu yang amat aku kesalkan. Dia tidak sempat untuk bertaubat. 


Hanya aku yang masih di beri kesempatan untuk memperbaiki segala kesilapan lalu. Setiap kali selepas bersolat, aku tidak lupa berdoa untuk arwah tunang aku. Moga dengan sedikit usaha dari aku ini, dapat meringankan azab kubur yang sedang di hadapinya di sana. Mari Joe, aku bantu engkau.

10 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. mati xkira tua ke muda.. nauzubillah...

    BalasPadam
  2. Ramai org yang berfikiran camni sis .."Buat apa aku solat kalau tak solat pun aku dah leh kaya" .. Antara ayat2 yang biasa disebut ..

    Diaorg taktau kalau Allah nak amik balik, tak sempat nak kelip mata pun dh hbs ilang smuanya .. Heh

    BalasPadam
  3. betul tu..kadang2 ramai yang jadi riak dan angkuh disebabkan masih boleh hidup senang lenang walaupun tidak menjalankan suruhanNya..mereka lupa dan alpa bahawa itu adalah salah satu ujian untuk mereka...samada mereka masih mengingati Yang Maha Esa walaupun di limpahkan segala kesenangan hidup..bagi yang telah sedar dan kembali kepangkal jalan, Alhamdulillah kerana Allah masih sayang dan memberi petunjuk sebelum ajal tiba...

    IBUNDA DELIGHTS

    BalasPadam
  4. "Rezeki aku masih di murahkan hingga ke hari ini. Jadi apa yang penting sangat solat ini?"

    itu bukan rezeki namanyer. itu istidraj. tak tau apa itu istidraj? gi tanya yg arif.

    *sebenarnya ini bukan di tujukan kpd penulis. harap jgn amik ati, tuan penulis. sbb saya bengang dgn org yg ckp tak guna otak. tu ajer. ;P

    BalasPadam
  5. @ Urutoraman Noa , tak per saya faham apa yg cuba awak sampaikan. Saya pun bengang juga dgn org yg terlebih cerdik ni. Sebab itulah terhasilnya artikel ini. Moga ada manfaatnya.

    BalasPadam
  6. Insaf..insaf...sgt menarik persoalan tu...mmg betul selagi kita diberi peluang lakukan yg trbaik supaya ada bekalan utk akhirat..nanti

    BalasPadam
  7. hari di buka pintu hati nye suatu hari nanti...

    BalasPadam
  8. Insaf dengan entry nie... thanks :)

    BalasPadam
  9. kalau lar joe masih tak sedar dan terdetik di hatinya tentang kisah zack,aku harap joe akan sedar dengan orang lain atau mungkin teruji untuk dirinya sendiri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama