Selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke akhir hayat..


Melainkan pengantin lelaki dengan kaum lelaki dan pengantin perempuan dengan kaum perempuan. Jangan disebabkan rasa hormat dan ingin menjaga hati tetamu yang hadir, pasangan pengantin terpaksa melanggar dan membelakangkan apa yang telah termaktub didalam agama Islam. 

Tidak boleh bersalaman di antara bukan mahram. Walaupun mereka terdiri daripada sahabat handai dan kaum keluarga mertua. Tercemar agama dek kerana budaya bersalaman yang tidak tentu hala ini.

Raja sehari tampil segak bergaya,  permaisurinya manis menutup aurat.  Sedap mata yang memandang. Ucapan selamat pengantin baru, bermain di bibir setiap jemputan yang hadir. 

Mana mungkin budaya bersalaman dengan pengantin dapat dihentikan. Nampak macam tidak hormat dan tidak kena sahaja. Risau di label, pengantin sombong pula. Betul juga tu.

Saya ada satu cadangan. Apa kata pengantin mengenakan sarung tangan. Adat dapat dipelihara dan tuntutan agama dapat di patuhi. Barulah meriah majlis kenduri kahwin. Anda bagaimana pula? Apa komen anda?



10 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. owh tak tau pulak salam dengan pengantin tak kira jantina ni dah macam 'adat'. sebab kat tempat ss ni, tak penah lagi nampak pengantin perempuan salam dengan tetamu lelaki.

    BalasPadam
  2. @ Siti Safiyyah, itu tetamu lelaki, bagaimana pula dengan diantara keluarga mertua kedua belah pihak pengantin. Main bedal jer salam. Pada hal antara kak ipar dan adik ipar lelaki, mana boleh bersalaman kan.Tu belum di ambil kira dengan biras dan sebagainya.

    BalasPadam
  3. @ OPM, tiap masalah ada cara untuk settle. Cun apa pengantin bersarung tangan.

    BalasPadam
  4. Betul tu,just tunduk dan senyum sudah tak perlu salam salam

    BalasPadam
  5. masa kenduri dulu...deme sume paham2 sendiri tak peenah lak hulur tgn nak bersalam ngan nora...

    BalasPadam
  6. ermmmm..takut dilabel sombong daripada takut dapat dosa.

    BalasPadam
  7. bernas gak idea tu. Tapi, kat tempat makbed takde plak laki berani hulur tangan nak salam ngan pengantin pompuan. kena tikam ngan pengantin laki kang. hehehehehehe

    BalasPadam
  8. as salam..
    yup. sejak dari bangku sekolah dah dberitahu dan diperingatkan berulang kali. bila dah meninggalkan alam persekolahan, tak dipraktikkan langsung.

    ha. sarung tangan. satu cara yang berguna. tapi ta boleh terlalu 'memegang; kulit si pemakai

    =)

    BalasPadam
  9. sis..suke entry nie.. :)
    cadangan yang berguna..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama