Selasa, 31 Mei 2011

SOMEONE CARES ABOUT YOU..




At times when you feel..






At the end of your rope..






Trapped and depressed..

What should you do?






Cry in despair?






Get Angry?..And turn into a monster?



Get drunk?..Take drugs?



Even if you feel..




Very sad..






Like a fool..







Whely..Guilty..


Afraid and inferior..



Remember..that there is SOMEONE..



Who really CARES about you..



always LOOKING AFTER you..



really LOVES YOU..












GUESS WHO???


















GreenAppleKu : Allah swt is always by your side...


MY DEAR BLOGGER, STILL NEED YOUR HELP..







And singing life is all that we need 
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky 
Missing secrets you will find
In your heart...


Nafsu sentiasa mengajar erti 'lazat' apabila seseorang itu mengata, memfitnah, mengumpat dan merendahkan orang lain di belakangnya, facebook mahupun blog menjadikan nafsu 'berkenduri' dek kerana mudah dan lebih mudahnya proses keji ini tersebar. Fikir degan iman sebelum menaip, bimbang 'muflis' di akhirat..

Sila komen untuk tajuk cerpen saya yer di bawah mahupun di sini. Tolong yer.





Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip


banner mid-year GA


Sambil tunggu komen sambil join GA dari nisa yang suka menaip ni. Banyak betul yang turut sama sponser hadiah untuk kali ini. Mereka adalah,


TARIKH MULA : 31 MEI 2011 > TARIKH TUTUP : 6 JUN 2011

Untuk view hadiah dari sponser..


NAK TENGOK SENARAI HADIAH? 
KLIK SINI DENGAN SOPAN



BLOGGER!! I NEED YOUR HELP..





"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada." Surah al-Hajj, ayat 46


Mata yang buta tidak dapat menarik perbezaan antara yang benar dan yang salah. Semuanya sama sahaja. Mata yang buta selalu sahaja bermaksiat kepada Allah. Mata yang buta tidak dapat menyaksikan kurniaan Allah. 

Allah menunjukkan kepada kita, hati juga dapat membutakan mata. Maksudnya, mata kita masih dalam keadaan normal. Akan tetapi, di hadapan Allah, kita seperti orang yang buta. Kita berjalan tanpa tujuan di alam fana ini. Kita tidak dapat melihat jalan yang kita lalui. Kita terus berjalan tanpa arah dan tujuan yang jelas. Adakah kita mahu begitu sepanjang hayat? Adakah kita mahu tersesat dalam perjalanan dunia?

Oleh sebab itu, buka hati kita. Bersihkan hati kita. Dosa-dosa kita sudah menumbuk setinggi gunung. Jangan menambah tumpukan itu. Kita sudah terlalu lama sesat dalam kegelapan. Jangan menambah tumpukan itu. Kita sudah terlalu lama sesat dalam kegelapan. Sekarang sudah tiba masanya kita mengubah masa kegelapan menjadi masa yang terang dan penuh kebahagiaan.


GreenAppleKu : Projek terbaru yang terlintas di fikiran saya semalam ketika rumah mak saya terputus bekalan elektrik. Sambil baring atas katil tengok siling didalam bilik yang suhunya, dah ala-ala sauna, tetiba tercetus idea untuk menulis cerpen. 

Berdasarkan gambar, hadis dan pesanan di atas, cerpen itu mengenai kisah tiga remaja wanita, Lisa, Mia dan Dania yang hidup dalam konspirasi keluarga tersendiri. Pelbagai masalah dan ujian yang tidak mereka sangka, terpaksa mereka harungi.

Tengah blurr memikirkan tajuk cerpen yang bakal meletup ni. Sebab itulah, saya dengan ini memohon kerjasama semua yang saya tahu punya idea yang tidak kurang hebatnya, memberikan tajuk kepada cerpen saya tersebut. (Kenapa saya rasa seperti menulis surat kiriman rasmi pula nih..)

Jangan malu dan segan untuk beri idea ya. Tak baik kedekut tau.


Tragedi Cinta Masjid, adalah cerpen pertama saya sebagai blogger. Klik kalau nak baca yer.

Nota : Ada hikmah di sebalik setiap ujian yang Allah turunkan. Black out punya hikmah dapat idea create cerpen. Cool.



Sambil menanti komen dari anda semua, tetiba rasa nak watermelon ler..



ZAHIRIL ADZIM..





ZAHIRIL ADZIM

Rajin juga Zahiril Adzim ni menulis di blognya. Kepada yang tidak pernah tersesat masuk blog beliau seperti saya, hehe...

just klik here ZAHIRIL ADZIM











Isnin, 30 Mei 2011

ZACK..BILA NAK UPDATE BLOG? RAMAI YANG RINDU NI..



Tidak perlu di perkenalkan lagi blogger 'otai' ni. Walaupun last entrinya pada 23hb Febuari 2011 yang lepas, tetapi bila terjah blog beliau, wow! ramainyer pembaca yang sedang membaca artikel di blognya.

Ramai rakyat jelatanya bertanya, 

" bila nak buat entri baru "


" bila nak up date blog"


" dah rindu nak baca artikel baru ang , zack oii.."


" Abg Zack, update plzz..dh lama xgelak,tersengih sorg² nie. =)"


"bro bila nk updated blog..fb dah semalam..pnh mkn kasut saiz lapan x?..pnh dgr org mati tercekik selipar..???...updated ar!!"


" bro, aku dah puas baca sume. dah bosan. cepat la update. ko tgh bz nk kahwin ke bro?"


" update laaa barrrruuuuuuuuu.. uwaaaaaaaa"


GreenAppleKu : Itulah diantara luahan hati rakyat jelata di blog Zack. Sabar sahaja dengan tindakan Sultan (Zack). Jangan jadi rakyat yang derhaka yer. 









Salah satu artikel milik zack yang best. Kartun pun comel-comel, bulat-bulat.



WANITA MELAYU SEKSA!


Minta maaf kepada yang telah membayangkan ada entri berunsur lucah untuk artikel kali ini. Dan saya juga memohon maaf andai artikel ini di rasakan terkena pada batang hidung sendiri. Tiada niat nak kenen-kenen apatah lagi mengumpat. Sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat dari blog ini (klik to review)


Kesilapan besar:

Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?

Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat. Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.

Nasihat..

Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai skirt...!


Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan


GreenAppleku  : Memang awesome blog ni. Wajib terjah!


Ahad, 29 Mei 2011

BARBICAN DAN ISTAK ker BIR YANG HARAM TU?




Iya ker bir yang dahulunya halal tetapi kini setelah di uji di makmal ternyata mempunyai kandungan alkohol melebihi had yang di benarkan itu adalah BARBICAN dan ISTAK? Kebanyakkan sumber yang saya cari tidak meletakkan nama mahupun gambar minuman yang dinyatakan. Kenapa ? 

Betulkan saya jika saya tersalah. Okay saya tulis sekali lagi disini, betulkan saya jika saya tersalah. Risau juga, sekarang ni dengan isu saman menyaman.

Terima kasih kepada Wacanaku  kerana telah memberi penjelasan kepada teka-teki yang bermain di minda saya. Manalah tahu kot-kot ada kawan-kawan yang terminum bir tersebut, lepas ini bolehlah saya war-warkan kepada mereka supaya STOP minum air tersebut.

Sudahlah mahal, haram pula tu. Boleh mendatangkan kanser minum alkohol ni. Tak awesome teguk bir ni!

Setiap perkara yang Allah SWT haramkan umatnya makan atau minum adalah untuk kebaikkan umatnya juga. 

Untuk baca berita penuh mengenai keratan akhbar, boleh klik sini.




MASALAH PASANGAN ADA KEKASIH LAIN

Masalah A,

" Isteri aku ada lelaki lain. "

" Isteri aku lagi advance, dah berani berdating tanpa pengetahuan aku. "

" Isteri kau? Biar betul! Aku tengok isteri kau tu jenis pijak semut tak mati tu. Golongan isteri baik-baik, isteri contoh."

Masalah B,

Sambil menangis, lap-lap air mata yang mengalir, Mia mencari kekuatan untuk berbicara dengan Ustaz Elias.

" Ustaz, suami saya ada perempuan lain Ustaz. Dia nak kahwin dengan perempuan tu Ustaz. Kami dah ada anak sembilan orang Ustaz. "

" Puan, tu masalah biasa orang lelaki. Yang tidak biasanya, jika dia ada jantan lain Puan. Tu memang luar biasa dan boleh dilaknat oleh Allah swt." 

Greenappleku,

Rasa lucu dengan jawapan Ustaz dalam Masalah B di atas. Lain yang di adu, lain pula jawapan yang diperolehi. Niat di hati hendak meredakan masalah yang sedang di hadapi tetapi jawapan Ustaz tersebut boleh bikin hati marah jer. 

Bertenang wahai kaum sejenisku. Ada betulnya juga komen Ustaz di atas. Masalah suami ada perempuan lain adalah antara masalah yang biasa kita dengar dan baca. It's a normal thing yang akan terjadi dalam alam rumahtangga. Kalau tidak terjadi pada kita, mungkin pada adik beradik kita mahupun kawan-kawan kita. Kita manusia yang punya banyak kelemahan diri walaupun kita rasa kita lebih baik dan lebih hebat dari si polan. 

Tidak kurang hebatnya juga dengan Masalah A. Sekarang ni, kalau setakat terdengar isteri si A ada skandal dengan suami orang. Perkara biasa. Perempuan sekarang kan memperjuangkan yang wanita mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki! 

How to solve this problem,


Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1! 

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu bapa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!


Jumaat, 27 Mei 2011

PERKARA YANG PALING BEST UNTUK DIBUAT TAK KALA DI LANDA MUSIBAH

Musibah bermaksud bala bencana ataupun nasib malang yang menimpa seseorang. Tak kala diri di landa musibah, hidup tidak gembira. Nak gembira apanye sebab dah nama pun musibah. Banyak peristiwa sedih yang berkait rapat dengan musibah. Hati tidak tenang. Perlu melakukan sesuatu untuk hilangkan tekanan. Jika asyik berkurung di dalam rumah, boleh gila di buatnya. (Ayat tidak boleh blah sesetengah orang..)

Ada orang di uji dengan kemalangan. Hancur kereta ataupun motor kesayangan. Syukur diri masih diberikan peluang untuk mengumpul pahala.  

Ada orang di uji dengan penyakit. Muka yang licin bak telur rebus bertukar menjadi tah apa-apa akibat tersalah pakai produk terbaru di pasaran. Kes terpengaruh dengan iklan.

Ada orang di uji dengan kesakitan fizikal dan mental. Diri dijadikan bahan sepak terajang. Fikiran sentiasa tidak tenang memikirkan keselamatan diri yang tidak terjamin. Tetapi kerana cinta dan mungkin atas sebab-sebab tertentu, mereka ini terus bertahan dan setia di sisi pasangan yang sah sakit mental!

Ada orang yang di uji dengan kehilangan. Kereta hilang dari tempat letak kereta. Laporan polis telah di buat. Namun peratus untuk kereta di temui semula  50 - 50. Ansuran bulanan tetap kena bayar. Sungguh tidak adil.

Anggaplah setiap musibah yang datang sebagai salah satu ujian yang telah di tentukan olehNya. Perkara yang telah Allah SWT tentukan yang ianya akan terjadi, perkara tersebut tetap akan terjadi. Bukan di sebabkan oleh si polan dan si polan. Tetapi ianya telah di tentukan akan terjadi dalam kehidupan  kita. Kena redha dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Perkara yang paling best di lakukan tak kala di landa musibah..

Berdoa dan mengadulah padaNya. Berapa ramai dari kita, terfikir untuk mengadu pada Allah SWT apabila diri terkena musibah walaupun kita tahu Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Mengetahui.

Tidak semua orang suka mendengar masalah orang lain. Apatah lagi untuk mendengar dan peduli masalah yang kita hadapi. Silap haribulan orang akan kata, 

" Padan muka, dulu riak sangat. Bangga dengan kereta yang di beli hasil dari duit menang nombor ekor. Itulah balasan untuk orang macam kau..kahkahkah"

Dah ler diri di timpa musibah, kena gelak pula dengan kawan yang kononnya kita fikir, dialah calon yang sesuai untuk kongsi masalah kita.


WAJIB BACA DOA DHUHA, DOA PEMBUKA PINTU REZEKI





Terasa damai di hati setiap kali mendengar alunan doa dhuha di siarkan di radio IKIM setiap jam 8.15pagi. Sambil memandu ke tempat kerja, sambil melayan dengar merdunya suara kumpulan UNIC mendendang doa dhuha sehingga saya telah berjaya menghafal liriknya.


DOA DHUHA

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikkannya kecantikkanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya PerlindunganMu

Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikkanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu


Limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan
kepada
hamba-hambaMu yang soleh


                               

SUAMI KALAU MARAH TOLONG KELUAR RUMAH, ISTERI KALAU MARAH TOLONG PEGANG PISAU..


Awesome tajuk entri untuk artikel kali ini. Tips ini boleh di gunapakai untuk menghadapi rasa marah yang amat sangat. Amat sesuai untuk suami isteri demi menyelamatkan rumah tangga.

Bila suami marah, isteri sepatutnya diam. Jika isteri marah, giliran suami pula mendiamkan diri. Tetapi jika dua-dua tak nak diam, nak buat apa? Dua-dua tak nak beralah. Dua-dua punya sebab tersendiri.

Jika dah begitu jadinya, adalah lebih baik suami ambil langkah untuk keluar dari rumah untuk seketika. Risau jika keadaan semakin kritikal, terkeluar juga ayat keramat yang hanya suami punya hak untuk tuturkannya. Hendak pula terkeluar, AKU CERAIKAN KAU TALAK TIGA! Menyesal tak sudah, cik abang oii.

Saat berada dalam kereta, cakaplah, jeritlah, marahlah sepuasnya. Kalau keluarkan ayat keramat tersebut pun tak jadi masalah sebab tiada saksi dan tiada siapa yang dengar!

Tips untuk isteri, saat diri rasa marah yang tidak dapat digambarkan, cuba bawa masuk ke dapur, ambil pisau, cari yang besar sedikit kemudian anda tetaklah apa-apa yang hendak di tetak. 

Ubi kentang ker, lobak merah ker, ayam ker. Lepaskan kemarahan dengan buat kerja menetak di papan pemotong di dapur. Suami yang melihat konfem terdiam dan akan fikir berkali-kali untuk sambung gaduh.

Anda pula, silap haribulan, siap masak sup ayam dalam keadaan tidak sedar. Marah punya pasal, tengok-tengok dah siap masak sup ayam!


Nota : Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi. 


Khamis, 26 Mei 2011

WAJIB BACA : TIPS TO CREATE FITNAH..



Sudah tiga hari pasangan suami isteri ini beserta dengan dua orang anak mereka berkampung di rumah Ustaz Elias. Penyakit Mala, isteri Leman menjadi semula pada hari ke tiga mereka sekeluarga menumpang teduh bagi mendapatkan rawatan di rumah Ustaz tersebut.

Terjerit-jerit Mala sambil entah apa-apa perkataan yang terkeluar dari mulutnya. Habis bersepah bilik rawatan Ustaz di kerjakan oleh Mala yang sedang kerasukkan. Setiap kali Mala di rasuk, Leman tidak berani dekat kerana sudah serik rasanya untuk menahan sepak terajang, gigitan dan pelbagai lagi penangan Mala. Leman mengambil keputusan untuk cuba berubat dengan Ustaz Elias, apabila penyakit Mala semakin kritikal sehingga ke tahap pegang pisau!

Ketika keadaan semakin tidak terkawal, Mala tiba-tiba berjaya berlari keluar dari bilik rawatan. Sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, Ustaz Elias mengejar Mala dari belakang.

Hujung tudung Mala berjaya di rentap oleh Ustaz. Berlaku adegan tarik menarik antara Mala dan Ustaz. Ustaz perasan, ketika itu juga, ada sebuah kenderaan berhenti untuk melihat adegan tersebut. Dek kerana tersedar yang kehadirannya di ketahui oleh Ustaz Elias, pemandu itu terus meninggalkan tempat kejadian.

Selepas tiga hari dari hari kejadian, Ustaz Elias menghadiri satu jemputan untuk ceramah agama. Ketika menunggu orang ramai mendapatkan tempat duduk, Ustaz Elias borak kosong bersama seorang ajk majlis tersebut.

" Ustaz, saya nak tanya pun salah, tak tanya pun salah. Serba salah saya ni Ustaz "


" Apa dia perkara yang menjadi masalah ini. Tanya sajalah. Jika boleh saya selesaikan, kita selesaikan bersama. " 


" Betulkah Ustaz ada skandal dengan seorang perempuan. Baru-baru ni, depan rumah, Ustaz main tarik tangan dengan perempuan tersebut sampai tercabut tudung perempuan tu."


Ustaz tersenyum mendengar cerita sensasi tersebut. 


" Saya tengah mengubati penyakit seorang pesakit saya. Suami dan anak-anaknya ada sama ketika kejadian dia lari semasa rawatan sedang di jalankan. Suami dia tak berani dah nak kejar. Habis satu badan kena gigit dengan isteri dia. bla..bla..bla.."


" Ooooo, begitu rupanya kisah yang sebenarnya Ustaz yer. Herm, saya mohon maaf yer Ustaz."


" Tak per. Inilah hikmahnya bertanya. Bukan melihat dan terus buat kesimpulan sendiri. Lepas tu, terus sebarkan cerita yang tidak betul pada orang lain. Risau jatuh fitnah. Tahukan apa dosa fitnah tu."



AMARAN! ARTIKEL (18SX), ORAL SEKS DAN HUKUMNYA.


GreenAppleKu : Panduan daripada mereka yang tahu hukum hakam bab agama. Bukan dari mereka yang tahu ikut-ikut sahaja tanpa merujuk hadis apatah lagi al-Quran. Kenapa ianya boleh dan kenapa ianya tidak boleh. Apakah kesannya jika anda tetap ingin terus melakukan aktiviti tersebut. 

Credit to Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.  Banyak 'hot' topik yang di tulis oleh Ustaz ini. Tapi di sebabkan ianya blog agama, mana orang nak terjah sangat.


SOALAN..

Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.

- Suami isteri yang konfius -


JAWAPAN


Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.


KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman