Mengimbau kenangan semasa saya tinggal diasrama dahulu, master plan nya adalah saya. (memang saya nakal sikit pada zaman sekolah dahulu..hehe..) tetapi kata orang, pengalaman adalah guru yang terbaik kan.

Syarat untuk menjayakan misi setelah mengenal pasti mangsa, semua penghuni bilik kena berpakaian sekolah, semua jam loceng, jam dinding hatta jam tangan kena set jam 7.00 pagi.

Mangsa dikejutkan dan gi tahu dia yang dia dah terlewat untuk kesekolah. Bila si mangsa bangun, sambil gosok-gosok mata dan tengok rakan sebilik yang lain dah siap sedia untuk kesekolah. Ada yang sibuk betulkan tudung dan ada yang pura-pura ikat tali kasut. 

Mangsa kelam kabut cabai towel, berus gigi, ubat gigi dan shower gel dan pergi mandi. Sebaik sahaja mangsa menjejakkan kaki kebilik semula, apa lagi APRIL FOOLLLLLL!!!!

To my dear friends, so sorry kerana awak terpaksa mandi pada jam 3.00pagi. Jangan marah yer, nanti saya belanja awak makan. He..he..

Berikut adalah pengalaman Jejaka Terhangat yang tidak kurang nakalnya. Memang nakal sangat.



Jejaka Terhangat

Aku sambut April Fool? April Fool tu bukan utk orang bodoh je ke? Haha, iye. Masa aku sekolah rendah dulu. Aku pernah gak pekena kawan2 sempena April Fool. Al-maklumla, masa tu tak tau apa2 disebalik peristiwa April Fool tu.

Bahkan, masa aku darjah 3, semua kawan2 pun join the crew pekena antara satu sama lain. Macam-macam idea diperah supaya kawan tu tertipu buat 2-3 kalinya.

Contoh ayat budak-budak menipu:

1. "Weh, ko tengok kat luar tu. Ada lembu tergolek. April fool"
2. "Man, cikgu panggil kau ke bilik dia. April fool"
3. "Shah, Yana kata dia suka kat kau. April fool"

Haha, adoi. Terlalu kebudak-budakannya aku masa zaman jahilliah dulu.


Tak cukup dgn ayat. Kitorang pekena kawan dgn perbuatan pulak. Memang jahat la. Time kawan tengah berdiri, aku tarik kerusi dia ke belakang. Bila dia duduk. Ha, korang tau la apa jadi kan. Terduduk terus dia kat lantai. Adeh, sakit.

Tapi, kawan tu tak boleh marah. Nama pon April Fool. Hari memperdajalkan orang tanpa rasa bersalah. Dengan kata lainnya, hari menguji kesabaran.

Astaghfirullah. Memang bebalnya aku dulu. Apa la yang seronok sangat kenakan kawan. Bila aku sendiri yg kena. Tahu pulak aku sakit hati.

Tapi, lepas dah tau sejarah. Bahawa April Fool tu diraikan sempena kejatuhan umat islam di Sepanyol sebab ditipu. Aku terus tak sambut lagi.

(Tapi tak diketahui sejauh mana kebenaran sejarah tu. Takut jadi macam kes Ustazah NurBahiyah pasal Valentine's Day pulak)

Apapun, benda ni memang hampes. Takde faedah. Kalau korang nak termasuk dalam kategori jahil, mangkuk dan bebal. Dipersilakan la sambut April Fool ni yek.


Entri berkaitan April Fool:



9 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. hahahah nakal nyeee kenakan kawan :P
    sy dulu duk asrama, tp kejap je.. lepas tu pindah sekolah biasa :P

    BalasPadam
  2. zaman dah besar punya april fool mmg fool lar... zaman skolah rendah, paling busuk pun.. letak gam bawah meja or kapur...

    BalasPadam
  3. @ Nisa Menaip, mana der, saya baik tau..hehe tq Nisa sebab sudi terjah blog picisan saya nih...nak g tahu Ben dan yg lain2 nih..

    BalasPadam
  4. saya tak sambut :)
    saya tak nak jahil..hehe..

    BalasPadam
  5. @ Lizzie Yasmin, Ni sorang lagi budak nakal..erk..you baik kan..hehe..

    BalasPadam
  6. tak penah ada pengalaman mcm ni. sbb tak suka kenakan org dan tak suka dikenakan oleh org.

    hihi ..

    BalasPadam
  7. surat khabar berita harian pernah buat satu joke april fool pada 1994. Ada satu artikel mencatatkan Kumpulan Teachers Pet dengan lagu warisan wanita terakhir mencatat jualan album terlaris 300 ribu mengalahkan Ella masa tu. Sedangkan Maman (teacehers Pet) tu artis baru...
    esoknya baru tau yang itu cuma april fool...

    BalasPadam
  8. belum pernah kena kaw-kaw..ala-ala ayat mcm bodo2 gitu je selalunya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama