Isu ini boleh kita lihat dan baca di mana-mana akhbar pada setiap hari. Majoriti wanita yang menjadi mangsa dera menyatakan sikap suami yang panas baran, cepat tangan, kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan, penagih, bekas penagih dan banyak lagi sebab lain adalah punca penderaan kanak-kanak.

Sesetengah kes yang kita baca, mangsa telah bertahan lebih setahun dengan sikap si suami. Kenapa perlu menunggu selama itu dan membiarkan sahaja diri di sepak, di terajang, di tinju, di penampar dan diperlakukan perkara yang tidak patut dilakukan terhadap seorang wanita apatah lagi kanak-kanak.

Setia dan taat seorang isteri selagi mana perkara tersebut tidak menyalahi hukum agama dan juga peraturan negara Malaysia. Tidak betul jika rasa cinta, sayang dan kasih pada suami adalah diantara punca yang menyebabkan seseorang wanita itu tidak berani bertindak. Sanggup menahan segala perilaku suami terhadap diri di sebabkan rasa sayang dan taat pada suami.

Itu dipihak anda, bagaimana pula di pihak suami? Adakah semua perilaku sepak terajang itu sebagai tanda yang dia masih sayangkan anda? Ehm..orang yang menyayangi pasangannya tidak akan sanggup menyakiti pasangan sendiri. Malah jika ada 'miracle touch' pasangan kita itu sanggup untuk turut sama merasai apa yang kita rasakan.

Kita hidup di negara yang ada undang-undang. Buat laporan andai diri telah menjadi mangsa dera. Jangan kita tunggu sehingga ada nyawa yang menjadi korban demi mempertahankan rasa cinta. Sesal kemudian, tiada gunanya.


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. manusia kadang-kadang lupa..dan sudah terantuk abru terngadah dah tak guna time tu

    jom baca
    Perkara Yang Wanita Perlu Tahu tentang Golongan Lelaki

    BalasPadam
  2. entry terbaru blog AKU SEBUTIR PASIR:= SINGAPURA DILANGGAR JHAZKITARO DAY 3/LAST - UNIVERSAL STUDIOS

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama