Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1! 

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu bapa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!


GreenAppleKu : Turutilah garis panduan yang telah di tetapkan. Insyallah, kebahagian pasti milik semua. Andai telah ditakdirkan jodoh tidak panjang, kita masih mampu berdiri sendiri kerana tahu Allah adalah cinta no.1 kita. Untuk yang ingin baca artikel penuh, sila klik. Credit to genta-rasa.com.


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Alhmdulillah..dapat ilmu pagi2 mulia ni kat blog green..TQ..=)

    BalasPadam
  2. betul tu.. hm.. kekadang cinta tu buta.. belom jadi suami, pakwe la no 1..

    BalasPadam
  3. betul tu....manusia selalu taksub kepada cinta sesama manusia. Artikel ini bagus ... mohon utk share! Sy suka blog awak...moga dgn artikel2 sebegini dapat menyedarkan dan beri pengajaran utk saya jalani kehidupan.

    Terima kasih,.

    BalasPadam
  4. kunfayakun itu milik Allaj & Cinta juga milikNya ..segalanNya milikNya....berpegang pada itu insyaallah kita kita akan derita

    BalasPadam
  5. Cintailah Yang MAha Mencintai... =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama