Karya Kreatif.
Hak Cipta Terpelihara.




“Eh!!! Sakitlah!” 

Jerit Lisa marah. Terkial-kial Lisa cuba melepaskan lengannya dari genggaman Farid.

“Tengok ni, habis renyuk lengan baju kurung. Penat tau i seterika semalam.” 

Lisa benar-benar kesal dengan tindakan Farid. Suka hati dia jer renyukkan hujung lengan baju kurung kegemaran Lisa.

“ Kalau ikutkan hati i, i koyak-koyakkan jer baju kurung tu. You ingat i tak tahu siapa yang berikan baju kurung ni pada you! Zack kan!” 

Kembang kempis lubang hidung Farid bernafas. Api kemarahan Farid semakin membara. Kecil jer di lihatnya Lisa yang berdiri sambil urut lengan baju kurung di hadapannya. 



Walaupun Farid tidak pernah bersua dengan Zack, cinta FB antara Lisa dan Zack sudah lama di ketahuinya. Itu pun gara-gara Lisa terlupa untuk memadam akaun facebooknya pada suatu hari. Puas di cari siapakah Zack. Hanya nama Zack sahaja yang dijadikan picture wall. Misteri betul si Zack ni. 

“Ye,  memang baju ini hadiah dari Zack. Kenapa?” 

Lisa mula mencurahkan petrol ke api yang sedang marak. Sedikit pun tiada riak takut di wajah Lisa dengan perilaku Farid. Cool sahaja Lisa menghadapi situasi ini.

“ Lisa, sampai hati awak Lisa. Kenapa awak sanggup lakukan ini semua pada i Lisa. Kenapa?.”

“ Apa kena awak ni? Datang bulan ke? Dah orang memberi, tak kan i nak menolak pula. Tak kan disebabkan i terima hadiah dari Zack, you marah i bagai nak rak ni ?”

“ You jangan buat-buat innocence Lisa. You ingat i tak tahu yang you dan Zack  bercinta. I benar-benar tak sangka yang you berdua sanggup buat begini pada i.”



Berkecai cinta Farid tika itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Jika cinta itu dapat di tukar ke bentuk barangan kristal, sure dah berterabur di atas jalan pada saat itu. Namun itu semua tidak mungkin terjadi sebab cinta hanya dapat dirasakan.

“Farid, kita berkawan sejak kecil lagi. Kita membesar bersama, menangis bersama, ketawa pun bersama. You kena terima hakikat yang antara kita TIDAK MUNGKINKAN BERSATU. TIDAK MUNGKIN BERCINTA. Apa yang i dan Zack buat ini adalah untuk kebaikkan you juga. Kami sayang kau Farid.”

“Arrghh..untuk kebaikkan i konon. Kau penipu Lisa. Zack pun dua kali lima penipu. Sama-sama penipu. . Kebaikkannya hanya untuk korang berdua, bukan untuk i!”

Jeritan kecewa Farid kuat hingga berjaya menarik perhatian orang yang sedang lalu lalang. 

Entah dari mana, tiba-tiba satu penyepak hinggap tepat ke pipi Farid. Farid yang terkejut dengan serangan yang tidak diduga itu, jatuh terduduk. Sambil mengusap-gusap pipi yang sakit di lempang, Farid memerhati siapakah gerangan yang berani melempangnya. 

Abang Zack! 

Farid menyumpah di dalam hati. Tidak sanggup dia untuk menentang Abang Zack yang berbadan ketak-ketak seiras Ben Ashaari. Ditambah dengan rasa sakit dilempang yang belum reda, lebih baik Farid duduk diam memerhati di situ.

“ Mangkuk betul kau Faridah! Ini rupanya kerja kau yer. Mak ayah hantar kau ke sini untuk belajar, bukan untuk tukar jadi jantan. Dah lama Lisa hantar report kat abang tentang kegiatan sumbang kau ni. Rupanya makin lama makin parah dah kau ni. Lisa, kawan baik kau pun kau nak ajak bercinta? Hei !, kau sedar tak diri kau tu perempuan?!! Eiii..ikutkan hati abang, hancur kau abang belasah !”




Nota aku : Moral of the story, sekarang nih dah terlampau banyak kes tukar jantina ni. Yang perempuan nak jadi lelaki dan yang lelaki nak jadi perempuan. Sampai dah keluar akhbar isu ini. Sesetengah dari mereka ini sanggup untuk mati dari memilih untuk kembali ke jalan yang benar. Kesian pada mereka yang telah jauh tersesat ni. Semoga mereka ini diberikan hidayah sebelum pintu taubat tertutup.


11 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Semoga mereka diberikan hidayah..amin...

    BalasPadam
  2. cerita yang menarik..kena di panjangkan lagi jadikan cerpen lepas tu novel plak...

    BalasPadam
  3. ha..ha...ha... kelakar pun ade la

    BalasPadam
  4. Serius, mule2 bace tak paham yg bab Faridah tu. Tapi baca byk kali baru paham. hihi

    BalasPadam
  5. haha..nice..penghujung yg tak disangka2..

    BalasPadam
  6. adui.farid..oh farid...faridah rupnya kau..ha..ha..

    BalasPadam
  7. silap2 sok sebelum kawin kene ada surat pengesahan jantina dulu

    BalasPadam
  8. sampai hati abang sepak 'idah'. balik nanti ngadu ngan mak abah.

    huhuhuu... memang boleh jadi cerita ni, cerita pendek atas pentas 5 minit macam Jozan....

    BalasPadam
  9. perghh... bley karang novel plak llpas nie...

    ASCA

    BalasPadam
  10. hahahahha...faridah plak...kesian kat lisa..geli geliman I...
    jom epal hijau...mesti biasa men batu seremban kan???hehehhe..jom terjah plak!

    BalasPadam
  11. best

    pandai anda karang

    ade unsur nasihat

    buat lagi k

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama