Merujuk kepada EMAIL yang diterima oleh GreenAppleKu,


" Salam sejahtera buat Cik GreenAppleKu a.k.a (GA). Diharap (GA) berada didalam keadaan sihat, happy dan ceria selalu. Saya ada satu persoalan yang ingin di bincangkan dengan GA. Isu ini agak panas dan sering di jadikan pelaris akhbar mahupun majalah. Nampak sahaja isu ini, pasti ramai yang berminat untuk membaca. 

Isu JANDA mahupun IBU TUNGGAL. Kenapa isu yang tidak baik sahaja yang dipaparkan oleh pihak media, sedangkan isu yang baik-baik tentang IBU TUNGGAL mahupun JANDA kurang di dedahkan apatah lagi mendapat liputan.

Melalui pergaulan saya dengan beberapa golongan ibu tunggal dan janda, tidak semua kaum ini jahat seperti yang sering kita baca dan dengar cerita. Saya teruja melihat kesungguhan mereka membesarkan anak-anak, menguruskan hal anak-anak dengan baik di samping harus bekerja untuk memastikan segala keperluan setiap bulan dapat di lengkapkan.

Walaupun berat mata saya yang memandang, tetapi pada mereka, alah tegal perkara biasa. Mereka puas hati dapat membahagiakan keluarga dan kehidupan mereka lebih teratur. Bila saya tanya, kenapa tidak mencari penganti? 

Nak ker mereka terima akak dan anak-anak. Okey, if yang lelaki (pastikan calonnya bujang NOT suami orang yer) setuju, nak tengok juga penerimaan keluarga pihak lelaki. After that, ekonomi bakal suami merangkap bakal ayah buat anak-anak. Bukan apa, jika silap tengok, akak pula yang terpaksa menyara bakal suami. (Sambil gelak-gelak..) Kan dah tambah satu lagi masalah bukan selesaikan masalah.

Itu pendirian akak yer dik. Akak tak tahu pula dengan pendirian wanita yang lain. Lain orang lain cara pemikirannya. Tapi jodoh kerja Allah. Jika sudah ditakdirkan suatu hari nanti akak dan anak-anak di beri peluang untuk mendapat penganti, biarlah yang terbaik dari segi agama. Baik agamanya, insyaallah baiklah yang lain. Jika tidak, akak lebih suka seperti sekarang. Fokus akak lebih kepada anak-anak. Mereka amanah dari Allah.

One more thing, jauhkan diri dari terlibat bercinta dengan suami orang mahupun ada niat hendak menjadi calon isteri kedua, atau angka seterusnya. Tidak semudah yang dibayangkan dan seindah yang diimpikan. Hidup pun dah tak happy. Boleh happy ker jadi perampas hak orang? Happy? Em..jika itu yang korang nak juga. Nasib koranglah yer. Akak dah nasihat.

Saya salute pada akak nih. To me, dia Super Single Mum. Antara jodoh dan rezeki, Super Single Mum ini pilih rezeki sebab itu yang lebih diutamakan. Minta komen GA  dalam isu ini.

SHASHA.. "

Wow.. Shasha, boleh buat satu entri email dari kamu ni. Em..saya tak nak komen banyak. Seperti kata Ustaz Kazim, janda tu terdiri daripada..
  • Perempuan yang telah melakukan persetubuhan secara sah ataupun tidak sah.
  • Perempuan yang diceraikan suami.
  • Perempuan yang kematian suami.
  • Perempuan yang sudah dan pernah berzina.
  • Perempuan yang pernah dirogol.
  • Perempuan yang sudah kehilangan dara walaupun bukan dari persetubuhan.
  • Perempuan yang berzina dengan tangannya.
  • Perempuan yang kehilangan dara.
Kepada golongan yang suka pandang serong pada janda mahupun ibu tunggal, sila rujuk manalah tahu anda tergolong dalam senarai di atas. Kalau bukan kamu, mungkin anak-anak ataupun adik beradik kamu.

Samada kita sedar atau tidak, suatu hari nanti, kita semua akan mengalas title tersebut apabila sudah tiba masa suami tercinta dijemput kembali ke rahmatullah. Lainlah kalau isteri yang pergi dahulu.

Kita manusia semuanya sama sahaja. Sekarang ini, kalau nak bicara tentang kes suami dikebas janda, tidak kurang hebatnya suami dikebas dek anak dara. Cuma, media lebih suka fokus isu yang panas...tektik nak lariskan akhbar mahupun majalah. Okay, mana yang kita nak baca dahulu..



SUAMI JUTAWAN DIKEBAS ANAK DARA



ATAU



SUAMI JUTAWAN DIKEBAS JANDA PANAS



6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. peringatan yg perlu di ingat semua perempuan..

    BalasPadam
  2. akak sokonggg sgt2 entry nih... dan akak sokonggg sgt2 apa yg dikatakan oleh 'akak' ibu tunggal tu... coz akak memahami situasi dia...

    BalasPadam
  3. akak sokonggg sgt2 entry nih... dan akak sokonggg sgt2 apa yg dikatakan oleh 'akak' ibu tunggal tu... coz akak memahami situasi dia...

    BalasPadam
  4. salam kenal GA...
    ramai yg tak tau tentang perkara ni kan...mmm...semoga mahligai yg kita bina aman damai sentiasa...

    BalasPadam
  5. info yg brguna. smoga kita x mengata mana2 golongan x kira dara @pun janda

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama