GreenAppleKu : Entah apa-apa punya sebab yang diberikan. Memang tak masuk dek akal. Sila baca ayat yang telah saya gelapkan. For me, you memang nak sangat pakai baju itu sebab pakaian tu kan lain dari yang lain! Kalau nak cari publisiti pun, janganlah guna tektik lucah macam nih.


KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

Nota : Nak tengok gambar, sila log in ke mStar dan search di sana. Blog saya tidak sesuai letak gambar sedemikian. Malu!


13 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. tapi die cantik..sayang sekali umur die tak sesuai...masih mentah..maafkan lah

    BalasPadam
  2. Abang Zam ni pemaaf orangnya. Tq sebab sudi singgah n komen di blog picisan ini. Salam perkenalan dari saya...

    BalasPadam
  3. salam kenal..boleh promosikan belog saya? masih sangat baru..
    tiada paksaan..terima kasih..sangat di hargai.. :)

    BalasPadam
  4. bole plak gituh..seba baek sy x kenal sapa dia ni..hahah

    BalasPadam
  5. @ Abg Zam, baru apa pula, saya selalu nampak abg lepak kat blog Ben. Nak promosi, insyaallah, tiada masalah.

    BalasPadam
  6. @ afuan shah, saya pun malas nak kenal artis tak guna akal nih, tapi apa yg dia buat amat.....

    awak faham sendirilah. by the way, tq for komen.

    BalasPadam
  7. tak kenal la plak artis ni sape... isyhh3..

    BalasPadam
  8. sape ea miera leyana tu?ta berape nak cam la..tp ta patut la dye pakai cm tu kan

    BalasPadam
  9. itu baru kejap kat dunia artis, dah tak sedar diri. alasan dia bagi pon tah pape..

    BalasPadam
  10. masih baru. lepas
    ni xbuat lagi la kan?
    insyaAllah.

    BalasPadam
  11. @ Jejaka Terhangat, betul komen awak, tah pape dan tak logik langsung. mcm dah tak der pakaian lain dah. Patutlah awak kurang suka sentuh isu artis nih, mereka ni memang tah pape (sesetengahnya jer)

    BalasPadam
  12. @ salemaziz, masih baru per bendanya. Dah masuk remaja pun, dah pandai berlakon . Amat muskil kalau dikatakan masih baru. Takkan lah blurr sgt bab berpakaian nih. Em...kita tunggu dan lihat, aksi seterusnya.

    Tq for your komen. Keep in touch yer..

    BalasPadam
  13. AAM tak terkate bile nengok cume yg terkeluarnye hanye BODOH....

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama