RM 13.00




"Syurga di bawah telapak kaki ibu." Perumpamaan ini sering kita dengar dan perkatakan kepada sesiapapun terutamanya dalam memperingati anak-anak kita. 

Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita sememangnya terlalu banyak. Allah begitu sayang bagi menggambarkan layanan istimewa kepada wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran ataupun ideologi serta agama lain yang memberikan dan meletakkan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam memartabatkan kaum wanita.

Bagaimana keistimewaan ini diberi? Ramai yang tidak menyedari akan hal ini.



Bagi menjaga keistimewaan wanita, Allah sudah meletakkan syarat ataupun larangan yang berupa kebaikan demi menjaga dan memartabatkan kaum wanita. Namun begitu, ada yang tidak memahami hikmah di sebalik larangan dan suruhan Allah. Bahkan ada yang berasa terkongkong kerana mahu mengikut hawa nafsu sehinggakan ada yang mengatakan Islam tidak memberikan mereka kebebasan. 

Antara perkara ataupun suruhan yang diperingatkan Allah yang dianggap negetif adalah seperti tuntutan menjaga aurat, larangan bergaul bebas, menjaga akhlak dan tingkah laku. Golongan sebegini melihat apa yang dilakukan Islam sebagai tidak memberikan manfaat kepada wanita. 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan wanita sebegini. Rasulullah berpesan dalam hadisnya, "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan perempuan yang mulia dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan perempuan yang hina." Dilaporkan oleh Ibnu 'Asakir.


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. salam. setuju dengan kamu..skrg ni ramai wanita yang seolah-olah tidak kisah untuk menjaga aurat dan batas-batas pergaulan..

    nice entry..=)

    BalasPadam
  2. semua perempuan kena baca dan amalkan benda ni...

    BalasPadam
  3. @ zalin, bukan setakat tidak kisah, tapi mereka lebih takut dikatakan ketinggalan zaman, tak up to date dari fikir apa Allah nak beri balasan dek kerana telah ingkar sebagai hambaNya.

    BalasPadam
  4. @ Yusri, lelaki pun kena main peranan, tegurlah aweks korang, rakan korang, tak pun korang hadiahkan buku d atas kpd mereka..hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama