Satu hari di pusat perlindungan wanita, kelihatan sekumpulan penghuni rumah Nur (bukan nama sebenar) baru selesai mengikuti kuliah Zohor. 

“Eh Shue, aku rasa ceramah ustaz tadi seperti di tujukan khas untuk kau jer” ejek Niena sambil menyiku Shue . 

“ Eleh, macamlah kau tu baik sangat! Kau dan aku pun lebih kurang, kalau tidak masakan kau akan tercampak kat sini!” Shue menyiku semula Netty tanda geram. 

“ Haaa.. tahu pun kau, semua yang tercampak kat sini lebih kurang mempunyai kes yang sama sahaja. Kalau kau kata Kay tu buat maksiat, kau tu pun pernah buat maksiat juga. Jangan nak berlagak!” 

“ Eh, salahkah aku bertanyakan kes Kay pada ustaz tadi. Kalau betul dia mengandung anak luar nikah, apa nak dimalukan. Bukan apa, senang kita  hendak menjaga Kay nanti. Kan orang mengandung nih selalu banyak masalah.” 

“ Tujuan kau tu memang baik tapi cara kau yang tidak kena. Kau memang sengaja nak malukan Kay kan. Seperti yang selalu kau buat pada setiap penghuni baru di sini. Aku kenal sangat kau ni Shue.” 




Moral of the story : Keutamaan kita sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini ialah sifat merendah diri sesama manusia serta memiliki akhlak yang mulia. Bukan bersikap buruk dan memandang hina kepada orang lain. 




Firman Allah, 

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang yang berlagak sombong takbur, lalu membanggakan diri” 

Surah Luqman, ayat 18. 


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama