Isu ini telah disiarkan di blog Mazidul Akmal Sidik (klik). Nukilan Mazidul,

Barangkali mereka, golongan terpelajar tetapi tidak bijak menghormati agama rasmi negara Malaysia, Islam. Jelasnya tindakan dipaparkan itu mencabar kesemua umat Islam di negara majoriti dihuni dan dipimpin penganut agama sama. 

Jika selama ini ISA digunakan kepada kelompok didakwa mengancam keselamatan negara, individu terbabit di dalam pembikinan klip video itu, sasaran terbaik untuk dikenakan tindakan sama.

Kita tidak membenci kaum lain tetapi hanya mereka terbabit mempersendakan Islam.

Nukilan Dr. Mohd Ridhuan Tee,

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kata GreenAppleKu

Suka kata-kata ini,  bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi. Kita tidak membenci kaum lain tetapi hanya mereka terbabit mempersendakan Islam.


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. ala..biasa la..kononnya mcm nak jaga sensitiviti kaum lain..tapi bila agama sendiri dikutuk2 org atas sume dok diam je..

    BalasPadam
  2. bijak, bijak, manggosteen memang bijak. Makan pun sedap nih.

    BalasPadam
  3. AAM setuju ngan kate2 epal ijau tu tp xnak komen lebih2 takut kene ISA,kuikuikui.....

    BalasPadam
  4. Kenapa pula nak takut my dear, kita sentuh bab agama Islam bukannya bab kaum. Tamo takut yer, saya selalu berada di belakang awak. hehe..

    BalasPadam
  5. klau nak ceta melayu.. tk guna.. bangsa kita semakin pudar dek hasutan barat gaya barat... pastu tu sesat, isu cam ni dah selalu di olah ...tpi tetap sama jer.. punca sbb melayu sdri tk sedar... klau sedar pun dua tiga kerat jer,yang lain still sama jer.. Agama itu landasan keteguhan sesebuah bangsa, tanpa agama bangsa tidak akan kekal dari semua aspek...
    apa pun bagus kerana mengutarakan entry cam ni...

    BalasPadam
  6. salah orang melayu juga..siapa suruh tak peka? orang cina sensitif..mereka cepat2 report polis & buat aduan jika apa2 berlaku kepada kaum mereka..melayu??

    makan,tidur,lepas tu,..tengok je..tak buat apa2 pun..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama