SAYA NAK HADIAH NIH,
PASTIKAN BUKAN YANG TIRUAN..hehe..

Hadiah.. tidak kira besar atau kecil, mahal atau murah sesebuah hadiah tu, yang pasti semua orang suka dan gembira menerima hadiah. Siapa yang tidak suka kan. Jika saya kata ada juga yang tidak ‘happy’ menerima hadiah, anda percaya tak? Bukan kerana si’penerima’ tidak bersyukur tapi ini lebih kepada rasa terkilan.

Ada satu cerita. Cerita seorang blogger join contest yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saya yakin, sebagai blogger, kita tidak kisah sangat isu hadiah ini tapi sebagai seorang blogger juga, biarlah blogger yang hendak beri hadiah tu, CAKAP SERUPA BIKIN. 

Ceritanya blogger A buat contest yang hadiahnya minyak wangi. Blogger A letak gambar hadiah dalam blog dia. Minyak wangi jenama antarabangsa. Botol kecil pun, paling kurang dalam RM50 harganya. Hebat! Ramailah blogger lain yang join untuk give support sesama blogger sekaligus boleh tukar-tukar link, up traffic blogger yang anjur contest dan kalau ada rezeki, dapat hadiah. 

Namun bila hadiah telah sampai kepada pemenang, indah khabar dari rupa. Minyak wangi tiruan sebagai hadiah! Tidak ker hampa rasa si pemenang contest. 

Nasihat kepada yang hendak memberi hadiah ni, kalau hendak beri hadiah biarlah ikhlas. Pastikan yang asli. Kalau tidak mampu hendak beri yang mahal-mahal cari sahaja hadiah lain. Novel yang harga RM19.90 sebuah pun, saya percaya ramai yang akan gembira menerimanya. Ini tidak, indah khabar dari rupa.


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Sian kat si penerime tu.Xpelaa nak buat camne kan,huhuhu....

    BalasPadam
  2. tawar hadiah hebat semata2 nk tarik peserta..
    bila dpt hadiah, hampeh..
    apasalahnya biar ikhlas.. xyahla menipu kan.. =)

    BalasPadam
  3. @ Aku anak Muda, si penerima tu terkilan, terus jer dia campak hadiah tu masuk store.

    @ qucachahir, cam upin&ipin, betul3..hadiah pensil upin&ipin pun tak per punya. hehe..

    @ Solihin Zubir, geng hijau dtg melawat. Tq bro sebab drop komen..

    BalasPadam
  4. eh eh..kenapa la kejam.. huhu.. kalau tiruan ckp la tiruan..

    BalasPadam
  5. @ Ticer Syah, memang mereka nih kejam. Terus menusuk ke jiwa si penerima hadiah..adehhhh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama