WHAT??

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.

Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Nota : Ini adalah berita yang tidak sedap di baca ni. Kemasukkan warga asing ada pro dan kontranya. Yang berada di Malaysia sekarang ni sudah cukup rimas kita melihat, ini hendak ditambah lagi. Secara peribadi saya tidak berapa setuju dengan hal ini. Terutama bila terfikir bab kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bagus la kerajaan kita ni..
    baik hati..:p

    BalasPadam
  2. Hahhaha..kerajaan baik hati sebab rakyat kita memilih kerja sgt kot.

    BalasPadam
  3. adeh... tak sedar2 lagi agaknya.. byk kes yang melibaykan warga asing dinegara ni.. sampai orang tempatan sendiri pon dah takut dok kat negara sendiri.. huh..

    kalau takde sape yg nak keje kat negara sendiri,, biar kawan je yg buat semua kerja tu.. gaji kira triple la tapinya.. :p

    latest -
    -DoFollow Kan Blogspot Anda Sekarang...

    BalasPadam
  4. Xsuke3! Sy jgk dah lama xsanggup nk makan direstoran mamak...huuu

    BalasPadam
  5. Saya juga tak suka menggunakan kemudahan awam bersama warga asing. Kalau nampak group mereka, saya akan elakkan utk berada di tempat tersebut..But apa nih....ni kan negara kita, kenapa kita pula yang rasa tak selamat nih..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama