Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” 

Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 

Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” 

Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 

Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” 

Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” 

Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”

(Muslim)

Huraian:

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Betul tu...sesungguhnya hidup kita ini ibarat roda. Adakala kita senang dan adakala kita susah.. Tetapi kena ingat jugak sebab pada masa sekarang, ada yang memberi tolong tetapi mendapat bahana...

    BalasPadam
  2. betul.. Kita perlu ingat bahawa hidup ini ibarat roda. Adakala diatas dan adakala dibawah..

    BalasPadam
  3. Tolong biar ikhlas, jangan di sebabkan itu dan ini. Tq for komen En. Irwanpauzi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama