ILUV ISLAM : Salah satu aspek penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim adalah perihal kesihatan. Pepatah arab ada menyebut yang bermaksud, "akal yang sejahtera terletak pada badan yang sihat." Di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan seperti kempen "Rakyat Sihat, Negara Maju" untuk melahirkan masyarakat yang sihat, kuat dan cerdas.

Masalah obesiti atau kegemukan merupakan salah satu penyumbang dominan kepada pelbagai penyakit terutamanya penyakit yang berkaitan dengan saluran darah seperti penyakit jantung dan strok.

Pendek kata, mereka yang memiliki berat badan yang berlebihan mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kronik.

Apabila seorang Muslim mempunyai masalah obesiti, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada tahap kemampuannya untuk melaksanakan tugas harian dan tugasan dakwah. Maka, kita perlu menjaga berat badan bagi memastikan bahawa kita mampu mengoptimumkan tenaga dan usia yang Allah pinjamkan kepada kita.

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)

Beberapa bulan lepas, saya berkenalan dengan seorang muslim yang hebat dan berpengalaman dalam usahanya menurunkan berat badan.

Beliau adalah En. Sher Khan yang kini merupakan seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) di sebuah syarikat ICT tersohor di negara ini, Skali Group.

Beliau telah berjaya menurunkan berat badan dari lebih 130 kg kepada kurang dari 80 kg! Ini bermakna beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak lebih dari 50 kg. Hebat bukan?

Ya, beliau telah berjaya menguruskan badannya dan seterusnya menikmati kehidupan yang lebih bahagia dan produktif.

Adakah beliau menggunakan produk pelangsingan badan yang sering kita lihat di ruangan iklan majalah dan akhbar? Atau, adakah beliau menjalankan 'treatment' di pusat-pusat pelangsingan seperti Slim World?

Wah, pastinya menarik untuk kita ketahui dan berusaha mengikuti jejak langkahnya.

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana beliau sudi untuk berkongsi rahsia dan pengalaman beliau bersama pengunjung iluvislam.com.

Jadi, bagi mereka yang inginkan badan yang sihat dan ramping seperti sahabat saya ini, nantikan perkongsian beliau di iluvislam.com dalam ruangan Kesihatan. Anda pasti teruja dengan usaha yang beliau telah lakukan.

Semoga perkongsian ini nanti dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan Muslim (atau pengunjung yang bukan Muslim) untuk memiliki badan yang sihat dan kuat.

Nantikan yang terbaik dari kami di iluvislam.com.

GreenAppleKu : Alamak..tengah asyik membaca..bersambung ler pula. Sabar yer.

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. kalau kita semangat nk diet tu teruskanlah, jangan kata nak diet, tapi kalau nampak makanan depan mata terus x ingt dunia.... haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama