"Kereta lu sudah ada orang langgar lor..langgar lari lor.."Gi tahu pomen kereta pada saya.
"Eh..iya ker? Takder kemek pun?"
"Memang tak der kemek tapi lampu kereta tu sudah crack lor..lagi pun kalau takder benda langgar ini lampu tak jatuh punya"

Terang pomen pada aku yang masih blurr dan mula berasa marah ni..

"Kurang asam punya orang. Dah langgar..lari cam tu aje"kata saya yang tidak puas hati.
"Alah ini benda selalu jadi punya lor..jarang ada orang langgar mahu bertanggungjawap. Kalau boleh lari..lari lor, save duit"

Tarbiah pomen tu sambil buka tape yang aku tampal pada lampu signal kereta. Tenang jer saya lihat pomen ni buat kerja. Sempat juga lah tengok camner lampu signal kereta di baik pulih. Walau pun saya seorang wanita, minat untuk ambil tahu part kenderaan ini memang tinggi bukan apa untuk elak kena tipu.

"Okay siap."Gi tahu pomen tu pada aku.
"Berapa ni brother.."Pomen tersebut pun gi tanya kawan dia. Entah apa yang di diskus saya tidak paham sebab diaorang speaking bahasa mandarin.

"Tak per lah..ini sikit punya hal..sikit punya kerja..F.O.C"Senyum pomen tu pada saya.
" Eh..iya ker ni..thank you yer" Syukur dengan rezeki mu Ya Allah. Engkau telah bukakan pintu hati 2 orang pomen tadi untuk membantuku dengan ikhlas.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Sakit hati kan dapat org tak bertanggungjawab gitu..cube kalo kite buat diorang macam tu..mau kena teruk kite

    BalasPadam
  2. Orang zaman sekarang..memang sakit jiwa dan marah tapi benda dah jadi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama