Salam jumaat dan sejahtera di hari yang penuh keberkatan ini. Jom wangi-wangikan diri dan berhias se 'cantik' dan se 'hensem' sejajar dengan amalan yang menjadi 'sunat' di hari ini. 
Ketika kali pertama terbaca tajuk tersebut, hati saya berdebar. Jauh di sudut hati saya berdoa, agar tidak tergolong di kalangan hamba Allah yang bakal muflis di akhirat kelak. 


Muflis (dunia) ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar. Ehm.. ini sudah cukup buat hidup tidak tenang.


Muflis (akhirat) ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah di lakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang.
Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu di bebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka! 
(Riwayat Abu Hurairah, no. 2581)


Masyaallah..gerunnya hati dan saya tidak sanggup menjalani kehidupan seperti tersebut di akhirat kelak. Tempat tinggal kita yang abadi. Tempat tinggal kita yang kekal. 


Bagaimana mengelak jadi muflis?


Ada dua pilihan sahaja, sama ada tidak melakukan dosa terhadap manusia lain atau sekiranya telah melakukannya, mestilah memohon maaf dan redha daripada mangsa ketika di dunia lagi. Biarlah bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diistiharkan muflis di akhirat.


Seseorang yang bankrap di dunia, mereka masih ada kawan-kawan atau sanak saudara yang boleh memberi modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi apabila Allah yang telah mengisytiharkan muflis di akhirat, ke manakah lagi hala tuju kita, melainkan neraka..

  • Dosa memaki hamun, terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang dimakinya.
  • Memukul dan melukakan orang, Islam memberi hak qisas (balas balik) kepada yang menjadi mangsa.
  • Fitnah, memohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut.
  • Dosa memakan harta orang, dia mestilah memulangkan balik nilai harta tersebut atau mendapatkan redha mangsa.

Mampukah kita lakukan semua itu? Jika tidak, jangan buat dosa!

4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Nauzubillah, moga kita saling ingat mengingati. Hidup kita abadi di sana, moga kita hari-hari mengumpulkan bekalan untuk aman di sana. Amin...

    BalasPadam
  2. Kekadang amat susah untuk kita menyedarkan seseorang tentang hakikat kehidupan ini. Moga Allah memberi hidayah pada mereka.

    BalasPadam
  3. Insyaallah.. sama-sama kita ingat-mengingatkan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama